Monday, March 23, 2009

Malam yang sepi

Aku.....xsuka perasaan yang sepi nie..bila tiba tengah malam,bila semua dah tidur,bila aku belum tidur,bila aku merasa kesepian dalam hati,aku x suka..syaitan membisikkan kesunyian dan kesedihan dalam hati aku agar aku terkenang perkara-perkara yang lepas..perkara yang membuatkan air mata panas mengalir di pipi ku..ya Allah..tabahkan hati hamba Mu ini yang penuh dalam dosa dan ya Allah,andai ini ujian dari Mu atas apa yang telah aku lakukan,aku terima dengan tabah walaupun hati ini menangis kerinduan..menanti mu..blogger-emoticon.blogspot.com

macamana nak study nie..esok test blogger-emoticon.blogspot.com
nak study keblogger-emoticon.blogspot.com tido time studyblogger-emoticon.blogspot.com my choice

p/s:Banyakkan Zikir..bukan dengar lagu Faizal Tahir-Sampai syurga,ingat leh masuk syurga kalau dengar lagu tu ke izat...blogger-emoticon.blogspot.com





Read More...

Sunday, March 22, 2009

Lagenda Baja Hitam!!!



Salam

Masih ingat lagi kah korang dekat lagu ini?yah..lagu yang penuh nostalgia,dan cerita yang memberi impak besar kepada kanak2 rebina seperti aku 11 tahun yang lepas,kalau tak silap aku,cerita satria baja hitam selalu ditayangkan dalam pukul 3 petang dan waktu tu aku dalam kelas fardu ain,biasalah,budak-budak,lepas sekolah kebangsaan,pukul 2.30petang,masuk kelas fardhu ain pulak sampai pukul 5 petang,tapi dulu kenakalan memang melampau,sebabkan baja hitam ini lah aku akan cilok lari dari fardu ain,balik ke rumah semata2 nak tengok cerita nie,mak aku tanya,aku cakap tengah rehat,hahahah,walhal rumah aku dengan fardhu ain tu,sekentut jer,selang dalam 7 biji rumah,hahaha,aku pernah potong sarung tangan yang orang guna untuk cat rumah tu,just potong dekat tempat jari2 nya,ala,macam hero baja hitam pakai tu,cool gila ah boleh pakai macam tu sambil bawak beskal,hahahablogger-emoticon.blogspot.comKlik read more to read

Minat habis lar aku dengan hero nie,sampai sekarang nie pun kalau diorang buat test macamana cara nak bertukar,tanya lah aku,aku dah hafal step2 untuk bertukar menjadi baja hitam,hahaha,memang memori yang best,tgk baju baja hitam,pergh cantik,tgk moto belalang tempur@kunyit cantik jer,nek beskal dulu,letak topeng baja hitam dekat depan..fikir2 balik sekarang,memang memori,sekarang nie aku tengok suit baja hitam,huduh,motornya huduh dan pelik,dulu lain sekarang lain,manusia punya cita rasa selalu berubah,kadang-kadang mengikut keadaan,kadang-kadang sebab pengalaman dan umur,tapi banyak yang berubah dari kebaikan kepada keburukan,macamana dulu kita nie sesuci sehelai kain putih,yang cantik,tapi hari ini kita berlumuran lumpur dan darah yang mana sabun buku fab pun belum tentu dapat menanggalkan kesan degil kotoran yang kita sendiri cari.

Tapi masih belum terlambat untuk berubah andai nafas masih dihembus dan jantung masih berdenyut,berubah kepada kebaikan dari buruk kepada baik,ada 5 golongan manusia:

1 yang tahu dia tahu dan tahu
2 yang tahu dia tahu dan tak tahu
3 yang tak tahu dia tahu dia tahu
4 yang tak tahu dia tahu dia tak tahu
5 yang tak tahu dia tahu perasan tahu

ha!!peningkan?aku pun pening masa dengar tazkirah subuh semalam di Masjid Usahamah Bin Zaid di Wangsa Maju,dengar banyak2 kali dah macam tauhu dah,berbelit2 dibuat nya,ok meh nak terangkan
blogger-emoticon.blogspot.com

1. Yang tahu dia tahu dan tahu
-ini adalah orang alim ulama yang tahu tentang ilmu yang dia ada dan tahu tentang tanggungjawabnya dan tahu untuk menyebarkannya,golongan ini memang golongan yang harus kita ikuti

2 Yang tahu dia tahu dia tak tahu
-Golongan yang mempunyai ilmu dan dia tahu dia mempunyai ilmu,tapi dia tak tahu untuk menyebarkan nya,golongan seperti ini kita harus bertanya dan menyuruh mereka menyebarkan ilmu yang ada

3 Yang tak tahu dia tahu dia tahu
-Ini pulak,golongan yang tak tahu ,mean tidak berilmu,tapi dia tahu dia tidak berilmu dan sekaligus berusaha mencari ilmu agar penuh didadanya,golongan ini adalah mereka yang rendah diri dan zuhud dalam mencari keredhaan Allah,bagus nie..mencari kebenaran

4 Yang tak tahu dia tak tahu dia tak tahu
-Yang ini memang golongan di klasifikasikan..tak boleh belah..dah takdak ilmu,tak tahu pulak nak mencari,pastu buat tak kisah pulak,golongan macam nie,kalau jumpa,baling batu dan lari jauh2,mereka adalah golongan yang akan menjahanamkan orang2 yang berada di sekeliling

5 Yang tak tahu dia tahu buat tahu
-ini lagi satu pelingkup masyarakat,boleh dikatakan syaitan masyarakat(syaitan adalah kata nama,mean setiap yang jahat,yg bernyawa berkelakuan huduh teruk nak mampus,itulah syaitan,aku pun baru tahu semalam)dah lar tak tahu,dia tahu dia xder ilmu,tak tahu,tapi pandai2 plak nak kuar dalil,ustaz itu tak betul ustaz ini tak betul,golongan ini memang perosak masyarakat,bangsa dan agama,kalau jumpa orang macam nie,ignore kan,buat tak tahu jer..

so..anda di tempat yang mana?fikir2 kan lah

p/s: aku ada test esok T_T,huagggrhhh nak melepaskan tension kejap
blogger-emoticon.blogspot.com
p/s/s:apa2 pun aku tetap minat baja hitam blogger-emoticon.blogspot.com

Read More...

Friday, March 20, 2009

Khaibar Khaibar Ya Yahud!

Kalau dengar lagu nie tapi masih belum ada semangat ingin berjihad dalam diri,tak tahu lah nak cakap apa,moga Allah mengampuni diri mu
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com


Read More...

Wednesday, March 18, 2009

Ini hardcore ke..tak perasan???




Actually gambar di atas nie xder kena mengena pun dengan cerita di bawah,cuma aku heran,hardcore sangat kah insan yang digelar melayu nie?ataupun dia tak perasan..pelik pelik..
blogger-emoticon.blogspot.com




Salam

Kadang-kadang aku hairan dengan manusia yang digelar melayu,hardcore kah diorang ataupun diorang nie benar-benar tak faham?Tadi aku pergi ke Times Square,nak buat tempahan lane bowling untuk tournament Universiti aku,malas aku nak pergi times square,ya..aku malas nak pergi times square,patutnya aku dah gerak ke times square pukul 2.30,tapi aku rasa begitu malas untuk pergi ke Times Square sebab aku ada sejarah hitam di sana,dah kena pergi sorang-sorang,aku tunggu di lobi Universiti,dekat pukul 4 lebih baru aku bergerak,sambil dalam hati berdegup-degup,aku tak suka Times Square aku benci Times Square.

Aku takut sejarah akan berulang disana,aku bergerak sorang-sorang ke tempat bowling,ramai betul makhluk yang bernama melayu dengan pakaian caca merba,pelik,ada perempuan perasan cantik,pakai ala-ala Rihanna,R.Kelly,wah..hebat anak-anak KL,tapi yang aku nampak bukan RKelly atau Rihanna,dah nampak macam orang asli,aku rasa orang asli di Pahang lagi hensem.

Selesai aku membuat tempahan lane,aku cepat2 bergegas nak balik,aku tak suka times square..jalan dengan pantas ke escalator..arghhhhhhhhhhhhhh tidak!!!lepas aku turun 2 tiga escalator,sejarah lama berulang..aku kembali sesat
blogger-emoticon.blogspot.com,waarrghhhhhhhhhhhh kenapa lar besar sangat times square nie,ini yang aku malas nak datang times square,dah masuk 3 kali aku sesat nak cari monorail,berpeluh2 aku berpusing2,aduhhhhh,dekat 10 minit pusing naik escalator yang sama..akhirnya pak guard yang nampak aku macam mencurigakan terus approach tanya aku,"nak pergi mana?,saya tengok awak dah 3 kali pusing dengan escalator nie",dengan ayu nya aku jawab "monorail pak cik.."..sungguh memalukan... Aku benci Times Square..blogger-emoticon.blogspot.com ,

Read More...

SuperIndianMan




Ini superman america pun belum tentu dapat buatblogger-emoticon.blogspot.com




Read More...

Friday, March 13, 2009

Button Badge iluvislam.com



Kalau berminat boleh contact aku di izat.tarmizi[at]gmail.com blogger-emoticon.blogspot.com

*gantikan [a] dengan @


Read More...

Saturday, March 7, 2009

Its 10% luck,20% skill,15%concentration,5% pleasure,50% pain..and 100% reason to remember the name

Pesanan untuk diri..bila aku tengok video nie,terasa sedih dan menitis air mata..betapa selama ini aku masih lagi 'tidur' dalam jaga..jangan mudah mengalah ya izat..bersabar dan berusaha walau jatuh beribu kali..engkau ada 'kaki' engkau ada 'tangan' engkau ada Dia yang Maha Mendengar

blogger-emoticon.blogspot.com










Read More...

Friday, March 6, 2009

Penganiayaan Kanak-Kanak

Kesian anak kecil yang tidak bersalah nie..Klik Read More untuk selanjutnya



video

Read More...

Beautiful Guy

Salam

Ever heard the term of beautiful guy?tapi ini berkaitan beautiful IN the guys..

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-


Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun(ini kena highlight sikit,biar sakit mata korang tgk)
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Aku kah lelaki yang cantik itu?Mudah2an..
blogger-emoticon.blogspot.com

Read More...

Thursday, March 5, 2009

Berlari menuju impian

Apakah binatang turut mengingau@mamai?


blogger-emoticon.blogspot.com


Apakah yang dimimpikannya?sama-sama lar kita renungkan blogger-emoticon.blogspot.com




Read More...

You maw gaji RM2000?

Salam

Semalam aku terima call dari seorang orang,katanya dari jobstreet(aku ada hantar resume dekat jobstreet)

Caller :"Hello can i speak to Mr Izat please"
Aku : "Yes speaking here"
Caller :"We've have receieved your resume about finding part time job,we want to offer you RM2000 for part time,but if you want for full time we will offer you RM17000,we're looking for two more person,according to your resume,we know your applicable for this job"

fuyoo..biar benar?kalau macamnie habis kaya ler orang2 dekat malaysia nie..mula lar aku musykil..walhal kerja tu data entry jer,kerja yang semua orang boleh buat,asal taw tekan keyboard,aih,nak pergi ke tak interview nie,kang aku kena cekik darah pulak,selalunya diorang suruh kuarkan duit dulu sebelum masuk kerja part time..apakah,kita yang nak kerja,kita yang kena keluarkan duit?blogger-emoticon.blogspot.com

Fikir punya fikir,aku tak nak waste kan time,lagipun malas nak pergi ke penang tu,transport dah takde,malas nak naik bas awam,hahaha.xper lar aku abaikan saja interview tu,rasa macam nak tipu orang jer,RM2000...

Takpe masih ada satu lagi peluang di KL nanti,balik nanti aku ada interview dengan syarikat oversea,part time juga,tapi ini macam menyakinkan sikit,tak perlu kuarkan modal apa-apa,cuma perlu kerja di rumah,bole lar masuk sikit duit sampingan buat beli moto duccati ke..blogger-emoticon.blogspot.com


Quote dari Samyvello :

Kalau takde duit,kita bina duit

blogger-emoticon.blogspot.com

Read More...

Wednesday, March 4, 2009

Makeup blog

Salam

Boring,xtaw nak buat apa hari nie,aku make up blog..hahaha..perasan kan?makin semak di buat nya,ini aku buat dari bangun tido pagi tadi(kul 12.15 pm,pagi ker?)hahaha,sampai lar malam tadi pas isyak,hanya break waktu solat

p/s:Alhamdulillah,aku berjaya combo hari nie,dapat azan zohor dan asar,disebabkan aku dah taw macamana nak on suis mic di masjid,cepat2 jer aku pergi ke mimbar blogger-emoticon.blogspot.com,sory pakcik,kena tunggu sampai aku habis cuti next week,pinjam tahkta mua'zim sekejap blogger-emoticon.blogspot.com

Read More...

Tuesday, March 3, 2009

Pak cik,saya azan ye?

Salam

Hari nie aku macam biasa,aku pergi masjid awal,niat nak azan zohor.
Masuk masjid,ada seorang pakcik,agak tua(dalam 70an),tapi nampak cute(babyface).
Aku hulur tangan,dia pun hulur tangan.salam..
Dia tanya "Subuh pukul berapa?"
Aku jawab
Dia tanya "Asar pukul berapa?"
Aku jawab.
Tengok jam dah nak masuk zohor,aku tanya pakcik tu,pakcik,saya nak azan boleh?tapi tak taw nak bukak suis.
Dia cakap,"ok,pak cik bukakan"
Aku follow dia dari belakang,dia bukak suis,aku dok 'ehem,ehem'betulkan tekak,dia betul kan mic..
sekali...dia yang azan =.=...apakah..aku terpingga2 di belakang dia T_T,pak cik nie prank kan aku hidup2..huhuhu

aku pegi ke saf belakang..buat muka tak taw huhuhu
blogger-emoticon.blogspot.com

Read More...

Monday, March 2, 2009

Berubah betul

Salam

Hari nie balik rumah mak aku di penang,setelah semalaman di rumah tok aku,thank to mak lang sebab ambil aku dekat airport.

Hari nie nak kena tolong mak aku bayarkan duit internet+duit moto dan ambil surat faraid untuk arwah ayah,aku naik moto dalam pukul 2.30 petang,lepas zohor,ingat malas nak pergi mana-mana,tapi tak maw tangguh2 nanti lagi banyak benda,dalam list dekat otak aku,nak beli file2 untuk aku failkan note2 serta tutorial aku.

Settle2 semua,selesai amik borang di mahkamah syariah,bayar duit tm,bayar duit moto,ingat nak pergi maybank,hari macam nak hujan,aku pusing2 cari kedai buku di depan sebelah tabung haji,malas nak masuk dalam bangunan Summit,rasanya dah lama tak masuk Summit,lama gila lar,dalam 3 tahun jugak kot,pusing punya pusing,tengok-tengok kedai buku tutup,hari makin gelap,nak tak nak,terpaksa aku parking tepi piza hut summit dan masuk juga dalam summit



Hari nie aku terkejut tengok summit,dulu masa zaman muda remaja(17 tahun) habis sekolah mesti datang summit,nak tunggu bus,so dalam masa tunggu bas,aku jalan2 dalam summit,masa tu banyak kedai,meriah,ramai makhluk berwarna warni melata-lata di ruang summit,tapi hari nie aku terkejut badak,nampak macam hidup segan mati tak nak,kedai yang repair ps1(playstation) aku dulu tu masih hidup,walaupun kedai2 tepi kedai tu dah tutup,dah berganti2 kedai tapi masih hidup rupanya kedai game tu,tringat aku,dulu adik aku hantar PS untuk direpair,dan setelah genap 4 tahun,adik aku tak ambil2,rasanya dah dibuat keychain kot =.=

Hari nie aku naik atas summit nak pergi kedai buku KBR,tingkat 4 tak silap aku,aik...aku naik tingkat 3 dah ada KBR,aku masuk2 belek2 pastu pegi kaunter nak bayar,"adik,dulu bukan kat tingkat atas ke","abang,dah lama kami tukar kat tingkat bawah nie,tahun lepas lagi",adui..keedai buku KBR yang dulu besar(aku jadi ahli,tapi x pernah pegi beli apa2 pun =.=) dah jadi kecik,nak bankrupt kot.

Hari nie aku rasa macam nak main boling,lama x pijak tempat boling ,4 tahun dah kot,aku naik tingkat atas sekali,depan elavator ada wayang..aikkk,terkejut aku,bila plak wayang GSC nie jadi tempat wayang untuk india,abis kaum india ambil alih,semua cerita,cerita diorang,pelik-pelik,aku tengok ramai jugak budak-budak sekolah,dah jadi standard macam pasar dekat balik pulau,aku masuk tempat boling,dulunya selalu bising dengan bunyi pin-pin boling,hari nie aku tgk,ade budak2 sekolah cina dalam 7 orang jer yg main,lain2 lane kosong..ades,sedih benar,aku pergi kaunter,"akak,bagi dua game,satu game baper?","satu game rm3.70",sekali dia jawab,aduhai..garau nak mampus,jantan rupanya,adus adus,dulu 4 tahun sudah,jantan jugak,jadi pondan pulak,sekarng nie pun jantan jadi pondan jugak..adakah ini trend tempat boling sekarang?saper jaga kena jadi pondan? =.=

Hari nie aku semangat gila nak main boling,pegi pakai kasut boling,cari-cari bola 10 pound,amik dua ketul,elok nak baling jer aku terperasan,apasal nampak cam bora-ombak jer lantai lane tu =.=,mak aih..dah berombak lane tu,buruk jadinya,rasa macam main dekat Bukit Jambul punya lane,buruk tak menyelerakan,hari nie semangat nak main boling dipatah2 kan oleh lane hampes tu abs hilang selerablogger-emoticon.blogspot.com


Hujan pun berenti,abs berpeluh2 main boling,aku pun balik,dalam perjalanan,aku nak masuk ke lorong rumah aku,nampak dua orang budak perempuan naik scooter dimana scooter tu lagi besar dari diorang =.=,mula-mula baik punya jalan,dah straight dah,pastu terpandang dekat padang ada budak2 laki nak main bola,sanggup patah balik,semata2 nak lalu depan padang,aku geleng kepala,gedikss nyer diorang,teringat lagi dulu,time aku sekolah rendah,kami yang kejar perempuan naik beskal beb,bukan diorang yang kejar kami,dulu time budak2 sekolah,biasa lar buat2 macho,tak pandai main bola pun,buat2 pandai,menyemakkan padang,pastu nampak budak2 sekolah,kami kejar naik basikal,itu pun budak2 kelas jugak,cam Siti Nurazimah(ATMA) ngan Syazana,Hidayah(anak cikgu azmi),itu pun yang kami kenal jer,xder ler nak menggatal dengan budak2 yang x dikenal,tapi bila aku tgk budak2 pompuan nie,pergh..gedik abis,sanggup patah balik semata-mata nak lalu depan budak2 tu,pastu dah lalu buat2 cam xpandang,jual mahal ler tu,walhal diorang yang patah balik..ok xpa,abs satu kes,dah patah balik,sampai hujung lorong,mak aih,buat stunt minah rempit,tukar driver depan blakang sambil moto tengah berjalan,berani sungguh budak2 nie,aku tgk jer,tunggu kot2 terjatuh,bole pergi dekat tepuk tangan menari hula hup,blogger-emoticon.blogspot.com,malangnya..tak jatuh,expert diorang nie,macam berlatih siang malam..hahaha,xper lar,dah tu patah balik lalu sekali lagi depan padang,.gila gedikss..gedik^2,hahah,xper2 harap budak2 nie esok besar insaf lar tu,jgn gedik macam lain sudah..

Habis cerita untuk hari ini..macam2 dah berlaku,selama 4 tahun aku tak jejak summit,selama baper bulan aku tak pergi pekan,budak2 taman nie pun kalau eksiden tepi aku pun aku tak kenal dah,dah berubah,yang dulunya dalam rumah isap botol susu,sekarang nie dah pandai willie motosikal,yang dulunya mak bapak larang x bagi kuar rumah mengediks,sekarang nie dah pandai tukar2 driver time moto berjalan,Nauzubillah..Alhamdulillah aku dan adik beradik aku menerima didikan yang tegas dari Ayah dan Emak aku,dan Alhamdulillah aku berkawan dengan kawan2 yang baik,dan aku x berminat ke arah semua2 tu..Moga tuhan pelihara kami semua,aminblogger-emoticon.blogspot.com

Read More...