
Untuk siapakah kita belajar pandai2?
Untuk siapakah kita menjadi seorang yang baik dan soleh?or solehah?
Bagi aku..ini untuk masa depan aku,bukan untukku..tapi untuk anak2 ku dan keturunan ku kelak..agak susah orang nak memahami dan cuma sesetengah sahaja yang akan faham kenapa di awal usia muda,sedangkan waktu tu adalah waktu untuk kita enjoy,jumpa kawan-kawan dan enjoy sampai pagi(bagi sesetengah pemuda pemudi yang anggap waktu muda adalah untuk berseronok).Tapi bagi sesetengah pemuda dan pemudi yang bertungkus lumus belajar,berusaha mencari ilmu dan siang malam berusaha untuk perbaiki diri,mereka adalah insan yang memikirkan masa depan,lebihnya bukan untuk diri sendiri,tapi untuk membalas jasa ibu bapa,bakal anak2,bakal keluarga dan seterusnya legacy mereka.
Semalam adalah masa lepas ,"Hari Nie" adalah masa depan mu..take care of it,dont lose it because time will slowly consume all the effort that we have made.We're not prince of persia who have the dagger of time and sand of time..tidak akan ada istilah berpatah balik..once the road has been taken,there's no turning back..
Di depan ada dua batang jalan,satunya telah terang disulami cahaya lampu dan lampu neon sehinggakan malam terasa siangnya,dan satu lagi gelap hanya disirami cahaya bulan,dan kita tahu di jalan tu ada halangannya,kayu dan ranting reput yang akan melukakan kaki,hantu dan syaitan yang akan menghalang jalan kita.Sebaliknya di jalan yang terang tu,tanpa ada halangan..
Bagi manusia yang bijak,tentulah dia akan memilih jalan yang terang tu,kan senang..tapi bagi manusia yang bijak dan berfikir,dia akan memilih jalan yang hanya diterangi cahaya bulan..why?
Jalan yang terang,dihujungnya adalah kejayaan,sama dengan jalan yang gelap tu,dihujungnya kejayaan..tapi yang membezakan,jalan yang mana akan mendewasakan diri si pengembara dan menyiapkan dirinya untuk masa depan yang penuh rintangan...
Keluarnya si bijaksana dari jalan yang terang disulami kejayaan tapi mampukah dia menghadapi masa2 depan nya?hari tidak akan sentiasa cerah..janji Allah akan memberi ujian kepada setiap manusia.
Keluarnya si bijaksana dan pemikir dari jalan yang gelap itu dengan penuh kejayaan,tapi luka2 di badannya dan peluh menitik2..baginya halangan yang di depan nya nanti bukanlah lagi sebagai halangan,cuma ujian kecil untuk dirinya,kerana jalan yang gelap tu lah yang telah mematang kan hidupnya...yang menjadikan nya sebagai seorang yang bergelar insan..