Penunjuk yang menyesatkan


Malam tadi aku dengan mak aku nak pergi ke giant,mak nak beli talam,aku pun bawak mak pergi ke giant butterworth.

Lama tak bawak kereta,aku terlupa jalan nak pergi ke giant,so mak aku cakap,"awat tak bukak benda yang hang guna tu aritu",aku pun bukak garmin yang ada dalam hp aku,mmg agak senang sebab ada garmin,kalau sesat pun dia akan tunjuk jalan yang benar(jalan yang benar?=.=").

Pusing-punya-pusing,sampai sesat aku masuk taman orang,tapi yakin punya pasai,yakin dekat garmin,mmg ikut jalan yang aku sendiri tak pernah nampak,mak aku selaku pemegang map garmin nie dah cuak sebab masuk taman orang sampai lalu ke kuil india.

Aku cakap jangan risau,percaya dengan garmin,sebab aku pernah sesat naik keta dulu,guna garmin,jumpa jugak jalan,last2 nampak lampu GIANT,aku cakap kat mak aku "tengok,kan dah sampai" dengan rasa berlagak,aku main ikut jer jalan tu,aku tgk arrow dekat atas jalan,yang putih2 tu,mula2 arrow tuju ke atas,lepas tu makin aku tgk,arrow tu dah berlawan arus,pastu mak aku bising,"ada keta tu izat dok mai ada keta"..

Siot punya garmin,ini kes orang tak nak update map lar nie,aku dah ikut jalan one way,gagah jugak lar nak mengelak keta2 tu,huhuhu,nasib semua bawak slow..mak aku dah cuak,aku buat U-Turn,sampai jugak Giant..Alhamdulillah..

p/s: badan disitu jasad di tempat lain,aku balik tadi,sampai lupa nak tutup lampu keta yg kat bumbung dalam tu..mak aku pun elok jer tak perasan,sampai balik rumah,baru aku perasan apasal cerah sangat dalam keta blogger-emoticon.blogspot.com

Untuk Mak

Sila dengar lagu nie sambil baca,baca cepat2 nanti abs lagu xder feel..




Walaupun mak aku tak tau bukak Facebook,Internet..Terima Kasih Mak untuk segala yang mak dah beri dan korbankan selama nie,walaupun aku nie agak ego,yang tinggi...aku anak tengah..kak aku ada ayah,adik aku ada mak untuk bermanja,aku tak dak tempat untuk nak manja..kadang2 aku luahkan perasaan sambil naik moto sorang-sorang..sebab tu aku suka naik moto@keta sorang2 bila aku rasa tertekan,bila aku ada masalah.Kadang-kadang banyak masalah aku,hanya Dila tempat aku ceritakan masalah aku,mesti dia pun dah bosan dan kadang-kadang bernanah telinga dia bila dengar masalah aku yang banyak kali berulang ulang ulang ulang ulang,nak bermanja,tak taw..masih belajar dan cuba belajar..nak bermanja dengan mak,tak reti,ego tinggi,tak boleh blah.

Orang cakap ibu@mak adalah syurga,aku xtaw nak bermanja dengan mak aku,tapi tegas aku adalah salah satu cara aku tunjukkan kasih sayang aku,mak aku sorang yang manja,lahirnya sebagai anak yatim,tak dapat kasih sayang dari seorang mak buatkan dia jadi manja dan kengkadang banyak karenah dia,hanya arwah ayah aku yang dapat bersabar dengan karenah mak aku.

Bila dalam kereta,kalau berdua dengan mak aku,mesti dia nak bersembang ,aku layan,mula2 bersembang,lepas tu boleh pok pek pok pek,last2 aku pun diam..Mak tak faham cara anak2 melawak,mak seorang yang sensitive,kadang2 bila mak menangis sebab teringatkan arwah ayah,aku selalu dengan tegas cakap jgn menangis,yang hidup akan pergi,tapi sebenarnya dalam hati aku,rasa nak menangis sekuat hati..kalau aku tak kuatkan diri aku depan mak aku,dengan siapa lagi dia nak bergantung,terpaksa aku tahan.Mak..aku banyak dosa dengan mak,sedar tak sedar,walaupun bukan dosa besar seperti si tanggang,tapi kadang2 dosa kecik bila kita "Uh" sikit pun kita tak sedar.

Kadang2 dalam diam aku selalu jenguk mak aku tidur,tgk wajahnya yang penat bekerja untuk kami,masa arwah ayah aku dulu,aku selalu menjenguk ke dalam bilik,tgk wajah ayah aku..cikgu aku pesan masa darjah 5 dulu,balik nanti,pergi tgk muka ayah,muka mak yang bersusah payah untuk besarkan kita..dan aku amalkan sampai sekarang..

Selamat hari ibu..mak aku minta maaf andai ada salah silap,aku sayang mak aku,laki macho macam aku nie rasa segan plak nak ucap sayang dekat mak,abs kuat aku peluk n cium pp mak aku jer..

Terima kasih mak..

Akulah anakmu..

walaupun dah lambat..selamat hari ibu takkan pernah terlambat..


p/s: Jangan bising2 kat mak aku,aku tulis pasal nie..malu aku nanti blogger-emoticon.blogspot.com

Budak Budak Zaman Sekarang


Identity terpaksa dirahsiakan sebab aku pun x kenal diorang


Budak2 sekarng nie ramai yang tak tahu malu..Baru darjah 5,darjah 6 dah tergedik dengan lelaki..budak pompuan plak tu..Aku ingat lagi dulu masa aku darjah 6,naik basikal dengan member,kalau nampak budak2 pompuan satu sekolah,mesti aku lari and pura2 malu..ye la saper tak kenal aku,ketua pengawas blogger-emoticon.blogspot.com,hahaha..cam siot.

Tapi sekarang nie lain,boleh pulak diorang yang mengorat budak2 lelaki dan sekaligus melepakkan diri dengan budak lelaki dan yang tak bestnya,port diorang ada lah buaian depan rumah aku dengan erti kata lain,diorang telah merampas port mak aku melepakkan diri setiap petang,mak bengang,tapi dia hanya mampu kuar masuk tunjuk muka jer,budak2 tu buat tak heran,aku dah sound pun diorang buat pekak..nak sound lebih2 nanti,bercalar plak keta,dah 2,3 biji keta parking kat luar..budak2 sekarang nie terkenal dengan Revenge diorang yang hampeh.Kita marah siang,malam ada jer benda yang dicalarkan,tak pun rumah dibaling batu..kurang ajar kan?mana dapat semua nie?dari tv ..dari media

Cakap pasal TV and media nie,last last last week,aku ada pergi tgk citer Kick Ass..rasanya citer nie lah paling bodoh sekali,dah tajuk pun Ass..tapi masih lagi terlepas masuk ke Malaysia,apakah jabatan penapisan filem ingat Ass=Keldai?mengong or bengong?blogger-emoticon.blogspot.com.Yang paling tak best pasal cerita nie,budak2 darjah 5 dah diajar jadi trained Assassin,dah bunuh2 orang..pekehal?ntah lar,risau aku dengan budak2 sekarang nie..apalar nak jadi dengan anak2 kita nanti?perlukah kurung di dalam rumah?buat curfew? dan pasang tag GPS dekat kaki,tak pun tanam Micro Cip GPS dalam perut supaya mudah untuk dikesan?aku rasa tak mustahil benda nie akan berlaku nanti..blogger-emoticon.blogspot.com

Berbalik kepada budak2 nie..Bearcat rasa nak sepak2 ,aku rasa nak tampar muka diorang dan sagat di jalan raya..agak hodoh dua tiga orang tu,perangai pun hodoh..tapi budak2 ,diorang kan generasi negara..so nak dakwah,pasang lagu Maher Zain kuat2 nanti..hahah.

P/s: aku dah seminggu kat rumah dan terperap di rumah tak keluar,sofa tempat aku duduk melayari internet,dah hampir terbenam..baik kan aku..blogger-emoticon.blogspot.com,suami contoh di dalam rumah contoh..

Selamat hari ibu!

Keluarga india dan mak diorang..Happy Family ,Happy Mothers day..YENADEYYYYYYY!



Selamat hari ibu untuk emak aku walaupun aku tak panggil ibu macam sakinah panggil ibu,aku panggil mak tapi tetap ibuku!

tadi masa nak balik ke rumah selepas berfoya2 tengok orang berkanu..singgah di kedai makan,kedai nasi kandar,keluarga india celebrate dengan ibu diorang,makan kek ngan nasi kandar..teringat kat mak aku..selalunya bila malam hari ibu or hari bapak..mesti kuar p makan,kak aku lar blanja..heheh.

apa2pun selamat hari ibu

p/s: adik an,semoga sembuh cepat!
blogger-emoticon.blogspot.com

Exam Weeks

Bila nak final exam,baru lah bole kenalpasti mana satu student dan mana satu mat rempit,asal nak exam jer pasti McD dipenuhi dengan last minute preparation,ataupun senang nak cakap,yang baru nak study..yea,yang baru nak study,belajar pegi balik masuk kelas tunggang langgang selama lebih 4 bulan,dengan kepintaran sesetengah manusia dan hebatnya minggu exam nie,subjeck yang ambil masa 4 bulan diajar,hanya dapat difahami dalam satu malam..

Alasan,xnak study awal2,xsyok,tiada andrenalin study awal..bila nak final baru lar mata lebam hidung berhingus,kepala pening,jadi migrain..complete.

Sepanjang minggu exam nie banyak gak memories yang agak hampeh berlaku :

1.Masuk dewan exam untuk paper Network Security,Pening kepalas menghafal dan cuba-cuba nak ingat apa yang dibaca,sambil masuk aku dok belek2 slip exam,mencari tempat duduk,dah dapat,nak duduk..aku rasa macam tak kena tetiba dengar budak2 yang dah masuk and duduk tengah gelak,aku baru perasan,aku masuk ke dewan exam sambil menggalas beg di belakang..terbaik kan?invigilator tu pun selamber jer tgk aku sambil buat muka puas hati aku kena gelak.dem

2.Sibuk nak cari tempat,dah dapat trus duduk..tetiba datang sorang member lain cakap "bro,tu tempat aku"confious dan tengok balik slip exam..rupanya tu tempat untuk exam pagi tadi..dem jer kan?kes nie happen dekat kawan aku.

3.Sibuk2 menghafal apa yang nak kuar exam,bila member tanya soalan,jadi blur trus nak jawab apa,digelakkan ramai2,then bila tanya balik member tu..dia terdiam,dia tgk aku,aku tgk dia..dia pun lupa jugak..blogger-emoticon.blogspot.com

4.Exam pukul 9.00 pagi,memandangkan rumah aku dekat jer,kul 8.30 pagi aku pegi campus,slip semua dah check dekat rumah,elok nak naik pegi hall..slip aku tertinggal tepi laptop,padahal benda tu lar yg aku dok pegang tadi..dem

5.Paling x boleh belah..library penuh..macam magic,selalunya macam rumah mayat..


apa2 pun exam dah settle..weeeeeeeeeee Alhamdulillah blogger-emoticon.blogspot.com

Tips untuk Hidup #2

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuata n perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW :
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
Wallahualam

Tips untuk Hidup #1

Masa


Perlukah masa dijadikan sebagai alasan untuk kita berkata.."aku kenal dia lebih lama dari engkau",kesian lah mereka yang baru nak kenal dengan orang tu..lambat laun,anda akan kenal lama jugak dengan orang tu..masa yang jadi tali pengukur,walhal yang benar2 jadi pengukur adalah hati dan budi..bukannya masa..jangan pernah mengungkit kita kenal siapa dulu sebelum dia.
blogger-emoticon.blogspot.com

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com