Untuk Mak

Sila dengar lagu nie sambil baca,baca cepat2 nanti abs lagu xder feel..




Walaupun mak aku tak tau bukak Facebook,Internet..Terima Kasih Mak untuk segala yang mak dah beri dan korbankan selama nie,walaupun aku nie agak ego,yang tinggi...aku anak tengah..kak aku ada ayah,adik aku ada mak untuk bermanja,aku tak dak tempat untuk nak manja..kadang2 aku luahkan perasaan sambil naik moto sorang-sorang..sebab tu aku suka naik moto@keta sorang2 bila aku rasa tertekan,bila aku ada masalah.Kadang-kadang banyak masalah aku,hanya Dila tempat aku ceritakan masalah aku,mesti dia pun dah bosan dan kadang-kadang bernanah telinga dia bila dengar masalah aku yang banyak kali berulang ulang ulang ulang ulang,nak bermanja,tak taw..masih belajar dan cuba belajar..nak bermanja dengan mak,tak reti,ego tinggi,tak boleh blah.

Orang cakap ibu@mak adalah syurga,aku xtaw nak bermanja dengan mak aku,tapi tegas aku adalah salah satu cara aku tunjukkan kasih sayang aku,mak aku sorang yang manja,lahirnya sebagai anak yatim,tak dapat kasih sayang dari seorang mak buatkan dia jadi manja dan kengkadang banyak karenah dia,hanya arwah ayah aku yang dapat bersabar dengan karenah mak aku.

Bila dalam kereta,kalau berdua dengan mak aku,mesti dia nak bersembang ,aku layan,mula2 bersembang,lepas tu boleh pok pek pok pek,last2 aku pun diam..Mak tak faham cara anak2 melawak,mak seorang yang sensitive,kadang2 bila mak menangis sebab teringatkan arwah ayah,aku selalu dengan tegas cakap jgn menangis,yang hidup akan pergi,tapi sebenarnya dalam hati aku,rasa nak menangis sekuat hati..kalau aku tak kuatkan diri aku depan mak aku,dengan siapa lagi dia nak bergantung,terpaksa aku tahan.Mak..aku banyak dosa dengan mak,sedar tak sedar,walaupun bukan dosa besar seperti si tanggang,tapi kadang2 dosa kecik bila kita "Uh" sikit pun kita tak sedar.

Kadang2 dalam diam aku selalu jenguk mak aku tidur,tgk wajahnya yang penat bekerja untuk kami,masa arwah ayah aku dulu,aku selalu menjenguk ke dalam bilik,tgk wajah ayah aku..cikgu aku pesan masa darjah 5 dulu,balik nanti,pergi tgk muka ayah,muka mak yang bersusah payah untuk besarkan kita..dan aku amalkan sampai sekarang..

Selamat hari ibu..mak aku minta maaf andai ada salah silap,aku sayang mak aku,laki macho macam aku nie rasa segan plak nak ucap sayang dekat mak,abs kuat aku peluk n cium pp mak aku jer..

Terima kasih mak..

Akulah anakmu..

walaupun dah lambat..selamat hari ibu takkan pernah terlambat..


p/s: Jangan bising2 kat mak aku,aku tulis pasal nie..malu aku nanti blogger-emoticon.blogspot.com

3 comments:

  1. Bro Izat sama dengan abang kedua saya. Kira dia anak tengah la. Abang sulung, then saya ( sorang perempuan ) then adik lelaki. Dia dari form 1 tak duduk kat rumah dah sampailah dah masuk U apa semua. Agak tegas la dia. Tapi kalau masa hari ibu, dia akan berlumba nak jadi the first untuk ucapkan selamat hari ibu, time besday ke, dia akan belikan hadiah. mungkin inilah cara dia untuk tunjukkan dia sayang mama. Biasa lah lelaki, kurang pandai sket nak tunjukkan perasaan sayang walaupun hakikatnya tersangat sayang.

    ReplyDelete
  2. Mak izat seorg yang bertuah..punya anak spr izat. Mcik seorg ibu, ingin sangat anak2 ucapkan hari ibu melalui sms ke, atau sesekali tanya kabar .

    Tapi mcik positif, sbb mungkin salah mcik juga (& kebnyakan org2 Melayu dulu2), yg tak tunjukkan ksih sayang dgn dakapan, kata2 dsbnya. Spr juga arwah2 ibu bapa sebelum tu dulu2 yg anggap bila dah jlnkan tnggungjwab beri makan pakai & ilmu.. tu dah cukup.
    Kasih sayang x perlu tunjuk, kata depa ...

    Wlu bagaimana pun semua ibu2 sayang & harap yang terbaik untuk anak2 mereka .. kerana bonding kasing sayang sejak dalam kandungan lagi.

    mcik

    ReplyDelete
  3. Bro Izat sama dengan abang kedua saya. Kira dia anak tengah la. Abang sulung, then saya ( sorang perempuan ) then adik lelaki. Dia dari form 1 tak duduk kat rumah dah sampailah dah masuk U apa semua. Agak tegas la dia. Tapi kalau masa hari ibu, dia akan berlumba nak jadi the first untuk ucapkan selamat hari ibu, time besday ke, dia akan belikan hadiah. mungkin inilah cara dia untuk tunjukkan dia sayang mama. Biasa lah lelaki, kurang pandai sket nak tunjukkan perasaan sayang walaupun hakikatnya tersangat sayang.

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com