
Lif..
Semua orang taw apa itu lif,aku rasa ramai juga yang ada pengalaman yang menarik dan mungkin yang menyeramkan,maybe tersangkut di dalam lif(kalau dengan aweks aweks ayu tak apa)tapi kalau dengan bangla 4,5 orang yg baru balik kerja petronas,bau badan semerbak se tong bawang merah yang hampir rosak,tambah aircond pula tak ada,anda lemas dalam dakapan mereka,itu dengan manusia,tak kurang juga dengan benda-benda yang tak best,yang tu tak payah lar aku nak cerita.
Lif Plaza Rah,ada 24 tingkat semuanya,setiap makhluk penghuni Plaza Rah diberikan kad access,dulu ada kad access yang bug,bole tekan semua tingkat,tapi sekarang nie dah limit untuk aras rumah sendiri,aku tingkat 18,tinggi dan aku tak suka tinggi sgt sebab malas nak turun pijak tanah nanti.
Kejadian dalam lif antara yang tak boleh nak lupa,ada sorang perempuan,dari tingkat bawah lagi masa tunggu lif,memang nampak ek gila,berlagak,mentang2 dia cantik,semua laki dok tgk dia,ala-ala pelakon dania danielle(kea memang dia duduk sini?ura-ura cakap farid kamil pun duduk sini,tak pernah jumpa pun

),tunggu punya tunggu,lif pun datang,ramai lar yang naik lif tu,ada lar budak-budak junior diploma dalam 4 orang laki,pastu beberapa kerat perempuan,termasuk lar perempuan yang lagak best tu,semua orang dah masuk,tapi dia masih di luar,bila lif nak tutup baru nak masuk,dah tu buat2 macam rimas sebab ramai orang,aku buat tak taw jer,lantak lar..aku pun tekan button tingkat 18 selepas aku touch kad aku,dia tingkat 15,budak2 lain ada yang 16 ada yang 8.
Ting..Sampai tingkat 8,ada yang keluar..sesetengah makhluk yang naik lif nie,diorang rasa segan untuk tgk display LCD dalam lif tu yang bagitaw kita di tingkat berapa,konon nya berlagak cool x pun main congak tingkat,aku rasa minah tu termasuk dalam orang yang berlagak cool,lif terus bergerak...ting..terus minah tu keluar..kitorang dalam lif mmg dah tak tahan nak bantai gelak,tapi lahanatnya sorang pun x bagitaw dekat minah tu yang dia tersilap tingkat..di bantainya keluar tingkat 13,memang dah tak dapat nak cover gelak lagi bila pintu lif tertutup,amik kau,berlagak lagi cool,orang buat lcd display soh tgk,bukan nya ko conggak main kira tingkat dlam lif.Paling best sekali,setiap tingkat semua rumah desingnya sama,jgn silap masuk rumah sudah lar,kang terkejut badak minah tu kalau semua housemate dia bertukar jantina

Satu lagi...petang tadi,..aku,baru beli ehem ehem dekat masjid kampung baru..so dibungkus dalam plastik hitam,sebab ngantok sgt aku cepat2 nak balik,dekat lif ada 2 orang perempuan sorang pakcik,aku touch kad aku,tingkat 18,akak2 tu tingkat 20 lebih,pakcik tu aku lupa tingkat bape..dem bila aku terslip plastik tu dan berterabur dua tiga kotak gambar lelaki sexy pakai ehem2..adoiyai malu gila aku time tu,kutip2 cepat2..
18 tingkat to go from level 1..dengan akak2 yang tak tahan nak gelakkan aku dan pakcik yang usha pelik dekat aku..aku berpeluh muka merah..malu..ujian bulan posa..

p/s: tak kurang jugak mamat2 dan minah2 yang berlagak cool,nak masuk lif lambat2,bila terkepit pintu lif,baru dok buat2 nak tergelak sorang2..malangnya orang x layan