Hari Hari Sibuk

Seluar baru beli,tapi sebab jahitan tak berapa kemas di bahagian bawah,benang terus tertanggal,habis terbuka,sibuk punya pasal sampai takde masa nak pergi cari tailor,kalau dulu,semua arwah mak yang jahitkan,sanggup tunggu balik penang semata-mata nak minta tolong mak jahitkan,sekarang nie,nak cari kedai jahit pun susah,dulu bergantung dekat mak.

Jadi,solutionnya adalah...jeng jeng..letak je pin sekeliling,hahahahah




p/s : Sibuk ke Malas?Macam lebih ke arah kemalasan..hahaha

Another New Year

Salam

Wohaa,lama sudah tak menulis,bukan sebab sibuk bekerja,tapi malas untuk menaip,idea melimpah-limpah semuanya di curahkan ke dalam longkang.

Esok dah tahun baru,tahun 2012 yang penuh dengan joke kiamat dari orang kafir akan ditinggalkan,2013,apa azam 2013?Perkataan azam tu dah macam satu benda yang hidup di dunia fantasi,kah kah kah kah,hanya wujud dalam impian tapi tak pernah tercapai,tapi kali ini insyaAllah,kena lah bagi tercapai,kalau tak naya la aku tak kahwin T_T,yes,my azam is nak simpan duit dan kahwin,koh koh koh.

Baru-baru kerja nie memang sangat mencabar bab nak simpan duit,aku pun pelik zaman belajar dulu sebulan  MARA bagi RM700,selamber je boleh hidup,tapi bila dah kerja,gaji ribu-ribu pun kadang rasa tak cukup,adakah sebab tak bersyukur atau kurang berkat?Nauzubillah..Allah,hari-hari solat minta agar di berkatkan dan di percukupkan rezeki.

Ok,aku dah malas nak tulis lagi panjang-panjang,krohh krohhh..

Aku Terima Nikahnya




-Ini maksud di sisi Allah..perjanjian suami dengan Allah bersaksikan malaikat yang turun berkumpul dalam masjid bersama -sama manusia lain..

"Aku tanggung dosa-dosa isteriku dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku”....

Ilmu

Mereka yang menentang Hudud,Majlis-Majlis Ilmu dan Ceramah bukanlah dari golongan yahudi,zionis,ataupun kafir yang di import dari Israel,tapi dari golongan Islam itu sendiri..Bila tidak faham akan agama , dia yang mengaku islam ,dia  lah yang akan lawan agama Allah dan jika dia faham pada agama,dia akan bantu Islam dan sayang pada Allah.

Carilah Ilmu dan terus belajar kerana Ilmu Allah itu tidak terhad.

Between the need and the needed

Here's the situation

Dalam surau, baru lepas solat Zohor berjemaah,at the back of surau ada 2 people yang duduk meminta sedekah,sorang nie muallaf,katanya nak buat pembedahan kaki siap dengan sijil-sijil dan IC Muallaf, last week pun dia ada,this week pun dia ada lagi.Tak kisah lah,kalau itu betul than memang itu rezeki dia.

So today, I went to surau,ada sebuah kerusi roda,i expected that kerusi roda milik peminta sedekah yang satu lagi (ada dua orang hari nie).After performing a prayer,habis doa semua orang berpusu-pusu keluar dan memberi sedekah apa yang patut dekat dua orang tu, Aku diluar nak pakai stokin and suddenly aku perasan,rupanya ada seorang hamba Allah dalam surau tu yang tidak berkaki,badan dia half sampai pinggang,Allah..menggesot-ngesot hamba Allah nie ke tempat peminta sedekah dan memberi sedekah pada  si peminta sedekah, tanpa rasa bersalah dia pun menerima duit ,hampir nak menitis air mata aku tengok situasi tu,si peminta sedekah nie masih lagi mampu berjalan dan mencari rezeki..

Hanya Allah yang mampu membalasnya..

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com