Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam mengusik hati
Tanpa sempatku bendungi lagi
Kusering tertanya adakah derita tiada hujungnya
Apakah airmata tiada ertinya
Mengapa harus aku terleka dan jua alpa
Bahwa dunia sementara cuma
Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Di celah tadahan doa jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untukMu
Terima kasih tuhan Yang Maha Pengasih
Di atas rahmatMu yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku untuk membalasnya
Tanda cintaku kepadaMu Kau kekasih hati
Semogaku temui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam
Biar pun luka kasih terpisah darah mengalir pekat
Selamanya akan ku capainya jua
Keimanan ketaqwaanku
Lemah tiada berdaya
Selaut kasihMu akan ku tadah
Biar pun diriku terasa hina
Engkau Yang Maha Pengasih
Engkau Yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
Terima dari segala taubat
"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, redha ketetapan Ilahi"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
Terima Kasih
Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.
©www.izat.blogspot.com
©www.theizat.com
Tuhanku...
ReplyDeleteakulah hambaMu,
yang tak pernah sempurna mentaatiMu
Tuhanku...
akulah hambaMu,
yang hanya ingat padaMu tika kesusahan...
setiap waktu penuh kelemahan..
setiapa saat memerlukanMu..
setiap waktu penuh kekurangan..
setiap saat memerlukanMu..
Tuhanku...
ampunkanlah dosa-dosaku..
telah banyak yang kulakukan
menghitamkan hatiku..
ampunkanlah aku..
maafkanlah aku...
kubenar-benar mahu kembali kepadaMu
ampunkanlah aku..
terimalah aku..
terimalah segala taubatku....
surah An-Nisa' 4:48 bermaksud :
"sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik terhadapNya,namun Dia akan mengampunkan dosa selain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya"
.....