
Org luar xpernah nampak dan xpernah tanya apa yg terjadi di sebalik visor hitamku,aku nampak tabah,aku nampak kuat,nampak matang di luar nya,tapi org xpernah nampak bila aku menyarungkan visor hitamku,aku adalah seorang yg lemah,aku jadi seperti budak2,aku menangis dan meraung tanpa ada yg memperdulikannya,aku xpernah salahkan sesiapa,aku tahu,tiada siapa yg dapat melihat disebalik visor hitamku..seperti aku..tiada siapa yg pernah dan dapat lihat apa yg terselindung di sebalik hatiku ini..hanya Allah yg Maha Mengetahui..bibir yg kering dan lidah ini yg selalu menyebut nama Mu,jalanraya menjadi pusara air mata ku,hujan yg lebat menyambut kepulangan ku setiap hari..syukurlah pada Mu ya Allah,pagi hari Kau sambut ku dgn sinaran Matahari yg Subhanallah Maha Kaya cantik,yg terbit diseberang jambatan pulau pinang,seperti memberi harapan padaku yg lemah dan hina di sisi Mu ya Allah,terima lah hamba Mu ini,zikir yg tidak pernah putus,dan jgn Kau putuskan nya dari bibir dan lidah ku ini ya Allah
Sinaran Matahari pagi yg indah,seperti hanya aku yg dapat melihat nya,terima kasih kepada visor hitam ku..terima kasih padaMu ya Allah yg membuatku memilih visor hitam ini,setiap hari ku rasakan seperti semakin aku sayang pada visor hitam ku,dialah teman ku di pagi hari matahari yg terbit di seberang jambatan dan di petang hari matahari terbenam di sebelah sana,Ya Allah,Maha Kaya yg membenarkan ku melihat keindahan alam ciptaan Mu,walaupun visor hitam ini langsung tidak berguna di kala malam menjelang,hanya terpinggir di rak helmet bersama rakan2 nya..alangkah sedih hatinya bila melihat rakannya yg lain dipilih oleh ku bila malam menjelang.
Begitulah yg aku rasa dalam hidup ini..bila diperlukan,aku dijadikan tempat bergantung,habis madu sepah dibuang,dikala aku terkapai2 memerlukan tempat untuk aku bergantung,ditinggalkan aku seperti visor hitam ini..tapi Allah Maha Kaya,seperti cantiknya sinaran matahari di waktu pagi di jambatan Pulau Pinang,harapan diberikan kepadaku,umpama visor hitamku yg menemani ku dikala pagi dan petang tanpa jemu.
Disebalik visor inilah aku menangis memohon keampunan dan menagih simpati dari Mu ya Allah,hanya Kau yg ‘menembusi’ visor hitamku..andai tiba di trafik light,air mata ini meleleh di pipi ku hingga membasahi janggutku,yg disebalah hanya memerhati ku,tapi yg dilihatnya hanya lah air mata,wajahku dilindungi disebalik visor hitamku ini..tiada rasa malu bagiku,biarlah org x tahu siapa aku dan aku x perlu dedahkan siapa aku kerana perasaan ini biarlah yg Maha Kaya mengetahuinya.
Terima kasih ya Allah,terima kasih kerana ujian yg Kau berikan dikala aku lalai,walaupun perit ujian dari Mu,aku tahu aku lalai pada Mu,kerana kasih sayang Mu pada hamba-hambamu,Kau berikan ujian padaku agar aku ingat kepada Mu,ya Allah,berikan ujian yg menimpa2 kepadaku,ya Allah,jadikanlah aku susah ya Allah,ya Allah berikanlah segala duka dan lara kepada ku agar aku tidak pernah lalai kepada Mu,biarlah semua ujian ini diberikan pada ku,aku rindu pada Mu ya Allah,aku rindu pada Mu..aku mahu menitiskan air mata ini hanya pada Mu ya Allah,ingatkan lah aku selalu,berikan ujian agar aku tidak lalai,susahkan hidup ku agar aku semakin dekat padamu,berikan duka dan lara padaku agar aku menangis pada Mu,ya Allah..bergenang air mata ini di saat aku nukil
Hari-hariku..setiap pagi dan petang ku..hanya visor hitam inilah yg menjadi saksi,terima kasih ya Allah kerana kau memberikannya padaku..biarlah air mata ini menitis demi Mu,dari hamba Mu yg hina lagi tidak berdaya ini,terima lah diriku,tetapkan lah hatiku,ku serahkan jodoh ku,rezeki ku, hidup matiku hanya pada Mu,hanya Engkau yg tahu yg terbaik untuk hamba Mu yg hina ini.
Maafkan aku ya Allah..andai dosa ku lakukan dan ku pohon taubat darimu..andai diri ini terlajak melakukan dosa kembali..aku hanya lah insan biasa..maafkanlah aku ya Allah..
hati tersentuh tiap kali membaca post ini..
ReplyDeletesemoga dirimu terus tabah dan kuat mengahdapi kehidupan...