Sedikit Peringatan Buat Diriku..





Salam

Syed Qutb berkata ” Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata dari mata2 rantai yang panjang, kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjaungan kita dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda"..dipetik dari blog saudari seislam aku

Kadang-kadang,pernah aku merasakan,adakah aku melakukan usaha dakwah ini dengan cara yang berkesan?pernah aku cuba untuk bersuara,mengajak rakan-rakan ku bersama-sama sertai aku,tapi aku terkadang berasa takut,takut mereka akan mengadili diriku ini yang serba hina.."ala ko pun sembahyang subuh lambat,ko nak ajak kitorang plak" mungkin itu yang mereka fikirkan,mungkin itu tohmahan yang akan dilemparkan padaku andai diri ini bersuara mengajak bersama-sama menyertai dakwah..sekurang-kurangnya solat berjemaah bersama-sama di surau hostel.

Aku akui,diriku bukan seorang insan yang sempurna,kadang-kadang subuh aku pun terlajak,bukan tak pernah kunci jam loceng,kesian handphone nokia aku..alarm berbunyi dengan deringan "Futuristico" tapi aku masih lena dibuai mimpi,itu la,orang suruh tidur awal,tapi aku..lagi sebelum pukul 12 pagi,aku tak dapat nak lelapkan mata,semakin lewat malam,semakin cergas jadinya,sampaikan susah aku nak lelap kan mata,kadang-kadang bila mata tak bole terlelap,aku turun ke bilik tv,dengan semangat nak study,tapi malangnya,bila ada member yang buka HBO,aku pun join sekaki..begitu lemah iltizam diri ku ini.

Semester nie,aku amik 4 subjek sahaja,hanya 3 subjek sahaja yang memerlukan final exam,itupun aku masih teragak-agak,boleh kah aku score untuk final nie?aku perlukan pointer yang gempak untuk permulaan,niat dihati ingin menyambung ke peringkat yang lebih tinggi,mungkin peringkat Master,teringin juga kaki untuk menjejak di rantau orang,moga Allah tetap kan pendiriaan diri ini,bantuan dari Mu sentiasa aku nantikan.

Tadi,semasa aku tengah bersembang dengan rakan ku dalam YM,dia bertanya tentang blog aku..agaknya musykil kenapa aku letak tajuk "Aku,Dia..dan sesuatu" mungkin baginya aku dia dan sesuatu tu bermaksud aku dan kekasihku,tergelak aku sendirian,memang benar,itu antara aku dan kekasihKu..Allah,mungkin juga ramai yang bertandang ke blog ini akan berfikiran seperti sahabat ku ini,aku tak salahkan sesiapa,banyak isi kandungan dalam blog aku ni lebih menjurus kepada perasaan dan diriku..Aku..Dia dan Sesuatu bermaksud, Aku..Dia..tuhanKu dan sesuatu yang hanya Dia sahaja mengetahui..=)

InsyaAllah tentang masalah aku ini,aku akan cuba atasinya,dengan izin Allah,manusia tidak akan berubah jika dia tidak mengubah dirinya sendiri,insyaAllah,aku akan bangun awal untuk esok dan aku akan kembali mengajak rakan-rakan ku turun berjemaah bersamaku di surau,kadang-kadang terasa sayu di hati,niat di hati untuk berjemaah..tapi apakan daya,itu semua kuasa Allah..aku lah muaz'im..aku lah imam nya dan aku lah makmumnya..Moga Allah tetapkan iman di hati ku dan rakan-rakan ku,moga Allah memberi hidayah pada ku dan rakan-rakan ku..InsyaAllah...

2 comments:

  1. Mengingatkan zaman kolej akak...

    Benar utk berdakwah, kita akan rasa sdkt tertekan jk dirasakan kita yang memula dan mengakhiri...

    Apapun kita penyambung dan ada org lain jg yg akan turut serta bersama diketikanta dan menyambung dikemudiannya...

    Letakkan kita adalah yang diantaranya..

    ReplyDelete
  2. Salam...aku cuak gila nk final exam..ades 7 subjek...camna la nak kampoi..takutnya....ni nk mula tabiat lama kat matrik nih...hehe...tensi btol...da study rs cam x ingat jer..tp sempat ja g mrayaw agi...huhu...gudluck skupu...doa untuk aku skali...balik penang kita p poya2 ngan kak g...hehehe

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com