Salam..
Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan dan mengalami kematian.
Allah berfirman:
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian, kemudian
kepada Kami engkau akan kembali". (Al-Ankabut 57)
Tanggal 8/1/2009,bersamaan 11 Muharam 1430,perginya seorang insan,seorang suami dan seorang ayah yang tercinta,En Ismail,yakni ayah aku telah pergi selamanya meninggalkan kami sekeluarga,walaupun aku berasa sedih yang teramat,tapi aku x tunjukkan depan keluarga aku.
Sebelum nie,dua minggu sebelum pemergian ayah aku,dia dah dapat rasa yang hidupnya tak kan lama,ayah seorang yang baik,pendiam dan x pernah marah,dia terlalu sayangkan emak dan kami semua,walaupun emak aku kadang2 kuat berleter,tapi dia x pernah marah dekat emak,selalunya dia akan mengalah dan berdiam diri,perangai ayah memang macam tu,aku rasa dia lah ayah yang terbaik bagi kami,beruntung emak dan kami kerana dapat ayah yang sebaik tu
Emak ada menceritakan yang hari ayah aku meninggal,dia ada beritahu kepada tukang kebun yang dia rasa hari nie dia akan pergi selamanya..benar..pada pagi tu,semasa hendak makan ,tiba-tiba ayah aku jatuh terkulai di meja makan,mujur di sambut oleh seorang guru,ayahku sempat melafazkan kalimah syahadah dan...pergi untuk selama2nya..
Ayah jenis orang yang xkan menyusahkan orang,jenis pendiam,walaupun ramai rakan,ayah x pernah kuar melepak di luar,warung2 kopi,setiap kali balik kerja,ayah mesti duduk di rumah,teman kan emak aku,kadang2 ayah akan tolong mak memasak,kalau dia balik kerja awal,dia akan tolong emak untuk memasak,ayah aku punyai tabiat yang aku x bole nak buat,dia suka bangun awal pagi,dalam pukul 4,30 pagi,dia dah bangun,selaman nie dia x pernah tinggalkan solat subuh berjemaah di masjid,melainkan kalau dia sakit,itu pun jarang sekali,di pagi hari,ayah akan bangun dan basuh semua pinggan mangkuk,menjerang air,dia tahu,mak aku x mampu melakukan kerja2 berat disebabkan masalah jantung,ayah memang terlalu baik..
Semenjak dua menjak sebelum pemergiannya,ayah dah dapat rasa,seminggu sebelum pemergiannya,dia pernah meminta maaf kepada ibu aku, dan berpesan kepada aku dan keluarga,aku pun dapat merasa perubahan ayah,sakit dadanya kadang2 semakin menjadi,kesian melihat ayah aku terpaksa bekerja walaupun sakit,ini semua sebab nak menanggung kami sekeluarga,kalaulah aku sudah bekerja dan mampu menyara keluarga..ayah aku bekerja dengan kuat hingga perginya pun di tempat kerja..Dua hari sebelum pemergian ayah aku,dia ada menghantar aku ke stesen bas di Butterworth,masih lagi dia sempat berpesan padaku supaya menjaga diri dan berkali-kali dia berkata,ayah x kan hidup lama..
Pukul 1.05 petang,aku menerima panggilan dari emak,terkedu aku bila mendengar yang ayah aku pengsan di tempat kerja nya,dan jantungnya sudah tidak berdenyut,aku redha dan pasrah dengan ujian dari Allah,waktu tu aku di Kuala Lumpur,dalam keadaan tergesa-gesa aku bersiap2 untuk pulang,selesai solat zohor,aku turun dari apartment,semasa dalam lif,aku call adik aku bertanya tentang ayah ku,terdengar suara adik aku dalam keadaan yang teresak2 "abang,ayah dah takda"..ya Allah,hanya Innalillah wa inna lillahi rojiun yang mampu keluar dari mulutku,sebak di dada hanya Allah yang tahu..air mata bergenang,tapi aku harus tahan..sampai di KL sentral,aku pergi ke Air Asia,tiket pukul 2.45 petang sudah tidak dijual,habis lewat pun pukul 7 Malam,aku terkejar2 pergi ke MAS,untuk membeli tiket fire fly,ya Allah,minta2 masih ada tiket,Alhamdulillah tiket pukul 5.45 masih ada,sampai di Subang dengan menaiki teksi,masih ada sejam lagi sebelum flight berlepas,masa tu aku sudah tidak mampu lagi menahan rasa sebak di hati,aku pergi ke toilet di subang,dan menangis..aku rindukan ayah,..banyak pengorbanan ayah,masih teringat lagi taktala aku melihat wajah ayah aku ketika dia sedang tidur,masih terngiang2 lagi bila ayah aku membuka pintu bilik aku setiap pagi dan bertanya padaku kenapa kau x tidor2 lagi,jam dah pukul 4 lebih..paling sebak bila aku mendengar bunyi motor ayahku,aku tahu setiap pagi dia akan balik dan aku yang akan membuka pintu rumah untuknya..sebak sgt2..mata aku merah ketika mengambil tiket penerbangan..aku menahan diri dari menangis lagi,hanya zikir dan Al-fatihah mampu aku hadiahkan
Sampai saja di rumah dalam pukul 8 lebih,aku lihat jenazah ayah ku,,rasa sedih di hati,emak menangis2,aku cuba memujuk,ntah lar,aku x mahu keluarkan air mata depan emak ku,aku harus tabah...setiap yang hidup pasti akan mati..
Jenazah ayah aku akan di simpan esok pagi,jadi malam tu aku menemani jenazah,berulang2 kali aku membacakan yasin di tepi ayah ku,aku lihat wajah nya tenang,selalunya aku akan rasa takut bila berdepan dengan mayat,tapi kali ini tidak,walaupun aku menemani ayah aku sorang2,aku tak takut,bila aku lihat wajah nya yang tenang dan seperti tengah tidur..pukul 5 pagi,semua dah tidur,kakak ku dan abang ipar ku pergi mengambil mek yang datang dari terengganu,waktu tu aku dah x dapat menahan air mata bila tiba2 alarm hp ayah ku berbunyi..ya..waktu ini mmg time ayah aku akan bgn..menitis air mata ku sambil menatap wajah tenang ayah ku..
Ayah memang minat dan sayangkan binatang,setiap kali ke tempat kerja,dia mesti membawa bekal untuk kucing2 di tempat kerjanya,pernah sampai dia berkongsi makanan dengan kucing2 di tempat kerja kerana terlupa untuk membawa bekal untuk kucing2 tu,ayah aku sanggup ke kedai makan semata2 untuk membeli makanan untuk kucing2 di tempat kerjanya..malam sebelum jenazah ayah aku di simpan,..ada seekor kucing yang aku x pernah tgk,datangnya dari mana pun aku x pernah nampak,semua hairan,kakak aku pun hairan,kucing tu seaakan-akan seperti tahu perginya ayah ku,walaupun begitu ramai tetamu yang datang,kucing tu tetap juga menunggu di depan pintu rumah tanpa berganjak,bimbangkan kucing akan masuk ke dalam rumah,adik aku membawa kucing ke tengah padang,dua kali adik aku angkat,dua kali juga dia datang dan duduk di hadapan pintu rumah..kami berasa pelik,mungkin kucing tu dari tempat kerja ayahku..biarlah,dia datang untuk melihat tuannya buat kali terkakhir..
Esoknya,Alhamdulillah,Allah permudahkan urusan memandikan jenazah,ramai yang datang ketika solat jenazah,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pun datang,dan bersolat di sebelah ku..pagi tu sebelum jenazah di kapan kan,suasana pilu dan aku menatap wajah ayah ku buat kali terakhir,tenang wajahnya,persis seorang yang sedang lena di buai tidur,agak2 dalam pukul 9 lebih,kami menolak jenazah ke tempat perkuburan,pagi tu tenang,awan redup dan cahaya matahari dilindung awan..Subhanallah,Maha Kaya Allah..awan mengiringi kereta jenazah ke tanah perkuburan,ya Allah...hanya Allah yang tahu apa yang ayah aku lakukan semasa hidupnya sehingga diberi penghormatan sebegini dari Mu..aku lah yang menyambut ayah ku di liang lahat,aku berkata di dalam hati,satu hari nanti aku pula akan menemani ayah,,cuma masa dan Allah yang akan menentukan...
Alhamdulillah,semua urusan selesai dengan begitu mudah,dengan izin Allah..semasa aku pulang,sempat juga aku membelai kucing misteri tu,sebelum aku masuk di dalam rumah,agak2 dalam pukul 11,aku keluar untuk memberi kucing tu makan,dan sampai sekarang kucing tu hilang,tanpa dapat di kesan..agaknya tugas dia sudah selesai..Moga-moga Allah merahmati roh ayahku,sesunguhnya dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami,seorang ayah dan seorang makhluk yang bertanggungjawab terhadap hak nya kepada Mu dan kepada makhluk-makhluk Mu ya Allah..moga-moga aku dapat mewarisi sifat penyayang sifat sensitif dari ayah ku..hidupnya sentiasa dipenuhi dengan kebajikan,dan melakukan derma,hinggakan kami pun x tahu..ayah suka berahsia dengan apa yang dilakukan nya,baginya biarlah hanya Allah yang mengetahui apa yang dilakukan nya..Alhamdulillah..moga kita bertemu lagi wahai ayah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
Terima Kasih
Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.
©www.izat.blogspot.com
©www.theizat.com
Assalam
ReplyDeleteInnalillah..
Moga ayahmu termasuk dalam golongan yang diredhai-Nya.salam takziah dari Ardhil Kinanah..
salam takziah, izat..
ReplyDeletesemoga ketabahan milik hati seorang kamu!
ReplyDelete"Ya ALLAH...jadikanlah aku seorang yang penyabar dan bersabar di atas setiap dugaanMU"
ReplyDeletep/s: salam takziah, izat...moga rohnya ditempatkan dalam golongan yang diredhaiNYA...AMEEN
abg izat, takziah.
ReplyDeleteerin baru tau.
missed post ni hari tu.
hope abg izat kuat smgt.
salam ya akhi..
ReplyDeletetakziah buat akh sekeluarga..
mengalir airmata saya baca post abg izat ni.. betul..!
ada beberapa sifat arwah ayah abang izat ada pada ayah saya..
semoga arwah ayah abang izat bersama roh orang2 yang soleh.. amiin..~~
salam akhi izat...
ReplyDeletebaru terbace psal berita ni.. (T_T)
mengalir air mate bce luahan izat...
bru lps ngs..pastu bc..ngs lg..(T_T)
moga rohnya ditempatkan dlm golongan y diredhaiNya..ameen
maaf, missed post ni...
ReplyDeletetakziah...
slalu wat baik ngan org yg dia syg...
slalu menderma ats namanya...
slalu mendoakannya...
salam akhi izat...
ReplyDeletebaru terbace psal berita ni.. (T_T)
mengalir air mate bce luahan izat...
bru lps ngs..pastu bc..ngs lg..(T_T)
moga rohnya ditempatkan dlm golongan y diredhaiNya..ameen
semoga ketabahan milik hati seorang kamu!
ReplyDelete