Minta derma encik

"Encik minta derma encik untuk pesakit mental yang baru keluar dari wad mental,dia memerlukan pertolongan daripada saudara seperti encik untuk memulakan hidup baru di dunia luar tanpa saudara mara yang lain " kata-kata dari seorang pakcik yang datang kepada aku semasa aku on the way nak balik dari kelas,dia datang sambil menghulurkan tangan,agak berbau sedikit,tapi aku tahan,maybe bulan puasa kot,agaknya dia panggil aku encik sebab aku pakai blazer bmw yang aku beli dekat danau kota tu,hahahaha

Aku asyik mendengarkan kepetahan pak cik nie bercakap,ala2 berpakaian seperti salesman dan petah sgt berkata-kata,aku bertanya "nie untuk siapa pakcik duit yang nak didermakan nie?"sambil aku menyeluk nyeluk kocek,nak bukak wallet segan,dalam tu ada sekeping jer RM50,baru draw tadi,xkan nak cakap aku bagi seringgit minta balik baki rm49.00,macam kejam jer,itupun klu dia ada tukar duit kecil lar,hahaha

Sambil menghulurkan kad pesakit mental untuk membuktikan yang pakcik nie tak tipu aku,aku tak kisah tipu ke tidak,aku tetap bagi walau sedikit,itu hal dia dengan tuhan kalau dia tipu aku,aku pun belek2 kad pesakit tu..aik..apasal macam familiar jer muka dia nie..aku tgk kad,aku tgk pakcik tu,tgk kad..tgk pakcik tu..aku tanya.."pak cik,saper dalam kad ni"..slumber pakcik tu jawab "Tu saya ler encik"..aduyai...petah betul pakcik nie bercakap,syg sakit mental,tidak boleh jadi salesman..aku hulurkan duit dan salam dengan pakcik tu,sambil dia pun tersenyum,rezeki bulan ramadhan.

p/s: cam best jer nak minta derma untuk diri sendiri..kena praktikan nie,tapi selalunya bukan jadi duit derma,jadi hutang yang bertimbun-timbun,pening-pening

2 comments:

  1. kadang saya derma je kalo dia takat tujuk sijil ke.. kad ke.. yg lain tu hubungan dia dgn tuhan

    ada tu yg jual buku.. rm25. tp mane lah ade wet.. just derma yg ade je..

    teruskan mendidik diri jd pemurah =)

    ReplyDelete
  2. kadang saya derma je kalo dia takat tujuk sijil ke.. kad ke.. yg lain tu hubungan dia dgn tuhan

    ada tu yg jual buku.. rm25. tp mane lah ade wet.. just derma yg ade je..

    teruskan mendidik diri jd pemurah =)

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com