Fakta Atau Auta




Aku suka baca buku yang ada manfaat,aku tak suka baca novel,rasa macam buang masa lepas tu tak dapat apa-apa,tapi terpulang jugak pada individu masing-masing,ada yang kaki borong novel,hati jiwang,muka ganas macam perompak,hahahah,tapi paling best aku suka baca,fakta,keep it short but full of knowledge,aku suka sangat,tambah-tambah fakta tentang angkasa lepas,buat kita bersyukur dan rasa diri kita sangat lah kecil kemetot..

Ilmu tak mahal pun,bagi yang mencari,dia tak kisah pun berapa,ala dalam google pun banyak kan?sekarang nie orang tanya itu ini,masuk google jer cari.

Ini fakta yang aku rasa boleh dikongsi bersama-sama..baca,jangan malas,atleast ada ilmu,aku rasa kalau masuk Who Want to Be A Millionaire,rasanya setakat RM100.000 tu memang dalam tangan kot,hahaha,lagi satu boleh buat awek korang impress,pompuan suka lelaki yang tahu bukan yang garu,ramai lelaki yang garu dari tahu sekarang nie,bila awek tanya itu ini,tak tahu,garu kepala.



# Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).

# Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.

# Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.

# Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

# Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.

# Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.

# 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

# Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.

# Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.

# Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

# Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.

# Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

# Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketakutan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka malang. di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.

# Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.

# Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.

# Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.

# Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

# Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

# Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).

# Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.

# 4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.

# Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.

# Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

# Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.

# Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.

# Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.

# Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

# Unta mempunyai 3 kelopak mata.

# Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.

# Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.

# Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.

# Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.

# Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.

# Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.

# 13% orang di dunia adalah kidal.

# Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.

# Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.

# Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.

# Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.

# Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.

# Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

# India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.

# Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.

# Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.

# Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.

# Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.

# Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.

# Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.

# Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

# Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.

p/s: lama aku tak update blog..baru lepas final exam..

p/s/s : sapa yang ada fakta,boleh la menyumbangkan dekat komen tu..

7 comments:

  1. hehehe...tambah lagi.. ada kawan cakap nama asal TOYOTA kalau tak silap adalah TOYODA~ hehehe.. nama family pengasas..

    ReplyDelete
  2. suka baca facts tapi xpernah igt! hahaha... siap install dalam fon agy daily trivia... =)

    ReplyDelete
  3. otak burung unta lg kecil dr matanya ;p

    ReplyDelete
  4. haha jujur nye tak rajin membace :D haha tapi blog saya rajin :D haha

    fact tetang awek n boyfriend tuh betul :D haha macam saya yang kurang suke baca fakta, suke tanya ayah je :D and it will be great kalo ade boyfriend yang leh layan perangai malas nak membace dan nak tanya je saya ni :D haha

    ReplyDelete
  5. sama la...tak bpe rajin bace..
    lau bace dah, igt nye susah ;-D hihi

    thanx kongsi

    ReplyDelete
  6. bace post ni, byk facts baru saya dapat. terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. bace post ni, byk facts baru saya dapat. terima kasih :)

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com