Yes!Aku dah pergi tengok Transformers 3 petang tadi di Pavillion,expectation aku sangat tinggi memandangkan ini adalah movie ketiga arahan Michael Bay,dulu setiap kali tayangan awal transformers,comfirm aku yang pergi dulu,sampaikan kalau duduk tempat depan melangut sampai pening kepala pun aku sanggup tunggu sebab nak tengok cerita nie,actually aku tak minat sangat transformers,tapi aku kagum dengan benda-benda besar ,hahaha,nampak macam cool gila kan?hahaha
Tapi..Transformers 3 agak..mengecewakan dan membuatkan aku rasa mengantuk..zzzz,why?
CON :
1.Aku rasa janggal bila tiba-tiba Megan Fox diganti dengan Rosie Huntington-Whiteley seorang supermodel,janggal sebab dah dua episode asyik tengok Megan Fox yang tak cantik tu tiba-tiba diganti dengan orang yang lagi tak cantik..pffff..dah dia tak cerita macmana Megan Fox boleh putus cinta dengan Sam.
2.Sepatutnya Robot kecik Wheelie tu tukar dari Decepticon ke Autobots disebabkan dia rasa sayang dekat Megan aka Mikela,tapi dalam Transformers 3 si Wheelie mengutuk Mikela,ada satu adegan masa dalam rumah Sam,part awal..apa nie,aku rasa mcm wheelie nie Steven Speilberg jer kan?hahaha,memang dia usir Megan atas satu kenyataan akhbar yang Megan buat menyatakan dia ada kutuk Yahudi,FYI,Steven is Jew dan dia bengang and terus batalkan contract Megan =.=..
Wheelie
3.Banyak muka character lama dan character baru(robots) disebabkan terlalu banyak,cerita jadi crampped dengan banyak character,sepatutnya banyakkan sejarah tentang Sentinel,ataupun kalau nak cerita tentang the Dark side of the moon itself,seperti tajuk yang di ura-urakan,buat lah cerita berdasarkan tajuk,ini dah lari cerita dari tajuk,aku nak tahu tentang Sentinel,sejarah sentinel semua tu dan bila dia buat perjanjian dengan Megatron,ini tak damn terlalu banyak benda yang nak diceritakan sampailah jalan cerita jadi sempit dan masa pun tak cukup,kalau ambil masa macam cerita Hindustan,3 jam mungkin cukup.
4.Nak cerita robot ke manusia ?Pengarah banyak tampilkan aksi-aksi yang cliche dari mana-mana action movie dan aku tengok cerita macam dah tak menarik,bottomline,you can actually expected what will happened next.Banyak watak yang tidak berkembang (thx to Cik Aish for the comment),bukan gemuk,tapi character watak baru tak diceritakan banyak sangat macam Prime yang jahat dalam Transformers 2 dulu
5.Bila terlalu banyak cerita yang nak diceritakan dalam satu cerita,plot jadi kelam kabut walaupun terurus,storyline tidak strong macam Transformer 1 dan Transformers 2,sejam lebih dah buat aku rasa bosan dan mengantuk,im here for the story and action,kalau ada action saja memang bosan.
6.Pengarah gagal nak sampaikan part lawak dalam cerita sebab hanya segelintir saja yang gelak bila part lawak,tu pun ada dua tiga minah mana saja yang gelak dan lepas tu bila part lawak lain,aku gelak,orang lain tak gelak,damn?
Ok,aku bukan nak kutuk Transformers 3,tapi itu hanya pandangan aku tentang jalan cerita,bagi yang nak tengok movie dan bukan sekadar aksi,mesti rasa agak kiciwa sedikit,bukan aku sorang yang review macam nie,ada komen-komen dalam Rotten Tomatoes pun agree with my opinion
"It's a lousy movie, but at least it's a lousy movie with a serviceable story, killer CGI and an action climax that goes on forever (at least an hour)"
Ini cerita pasal robot,bukan cerita pasal manusia,lebih bnyk cerita tentang manusia dan yang paling sedih,what in the world cerita action robot nie ko nak libatkan cinta bengong sam dengan awek nya?!!!!potong stim gila,baik aku tengok cerita cinta,rasa nak muntah bila aku tengok cerita yang nak selamatkan dunia tapi the only stupid reason Sam nak selamatkan dunia bukanlah sebab nak selamatkan dunia sangat,tapi aweknya!"There's nothing that makes us care about the characters or the life-and-death struggle between - wait, let's check the notes - yes, between the Autobots and the Decepticons. "
"you are the only world to me"
Blehhhh!muntah aku tengok movie Transformers cinta-cinta nie,serious potong stim..
To the PRO part in the movie:
1.CGI menarik,okthxbye.
Overall..aku mengantuk,i think im done with the Robots Movie yang tak Berobot langsung,more to..
Transformer 3 : Sam Selamatkan Dunia Kerana Cinta
or
Transformers 3 :Syarikat-Syarikat Kereta Berebut Nak Sponsor Kereta
Aku harap untuk movie yang akan datang,lebihkan cerita robot dari manusia..
p/s :Ini sekadar pendapat dari aku,but still,movie Transformers 3 masih lagi menarik,pergi tengok dan buat penilaian,aku dah kurang rasa teruja dari Transformer 1 dan 2..tapi masih boleh layan lagi..hope Transformers 4 tak macam nie,kalau ada la..


hmm tak sangka plak camtu, yg d earlier ones semua best. baru plan nak tgk esok ni, tp blum tgk pun cam dah rasa frust dah ni hehe
ReplyDeletetgk cerita ptg td? tp ko post entri ni baru je 10min yg lepas.. skrg kul 1pm.. pelik.. @_@
ReplyDeleteyup...sgttt disappointed sebab byk watak tak berkembang...and..i want megan! haha..
ReplyDelete@mama kembar 3 hehe,mama boleh pergi tengok dulu dan buat penilaian sendiri,this is base on my solely judgement yang mungkin tak sama dengan orang lain :P
ReplyDelete@KecohAbes, pernah dengar tak auto post yang kita setkan time untuk post entry?haha
@Cik Aish Yup,watak sangat tidak berkembang sebab terlalu banyak sangat watak yang cerita nie nak ceritakan..its so sad..
pergh best gile ko da tgk. aku tgk thriller mcm best, tp bile tgk review korg mcm hampeh jek. agagaga. takpe tunggu aku tgk dulu br nk judge. hahaha
ReplyDeletesy setuju!transformers 3 ni tak sehebat yg lepas..terlalu padat citenye..xpe..kite bg semangat kt org lain utk menonton..hehehhe
ReplyDeletepakcik emo
ReplyDeletedah agak da citer nie mesti x menarik...bnyk sangat kontroversi...
ReplyDeletebosan la cite dia..
ReplyDeleteaku tdo dlm panggung tadi...
kehkehkeh~
aku dah kecewa baca review hanggggggg damn! hukkk
ReplyDeleteBETOI BETOI...BAGI AKU YG EXPECTATION TINGGI TERUS KECIWA....HIGH EXPECTATION HIGH FRUSTRATION...SEME YG IZAT KOMEN..ITULAH YG ASH RASA +_+
ReplyDelete