Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup selama-lamanya sampai mati.
Tapi sekarang bertunang pun dah macam mendapat lesen perkahwinan, "Ini hak aku!", padahal waktu itu adalah waktu yang paling kritikal, waktu di mana syaitan akan cuba untuk menggagalkan usaha untuk menjadi pasangan yang halal,sebaik-baiknya jagalah diri dan iman sewaktu bertunang kerana penghujungnya belum pasti.
No comments:
Post a Comment
Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah