La tahzan ya Izat Tarmizi..





La tahzan ya Izat Tarmizi ..Allah dah janjikan kejayaan bagi mereka yang bersabar dan istiqamah dalam doanya..berdoalah kepadaNya agar disatukan engkau dan dia dalam iman setelah dipisahkan engkau dan dia dalam kemarahan Nya..

La tahzan ya Izat Tarmizi..sesungguhnya x perlu lah engkau merintih dan merayu pada makhluk yg bernama manusia..merayu dan menangislah kamu pada Allah yg Maha Mendengar..Sesungguhnya walaupun dia melarikan diri darimu,ketahuilah hanya Allah yg menentukan semua itu

La tahzan ya Izat Tarmizi,xperlu engkau menunjukkan keikhlasan dirimu padanya..Hanya Allah yg tahu tentang dirimu..Ikhlas itu rahsia Allah..seperti semut yg hitam di atas batu yg hitam dalam malam yg pekat gelapnya

La Tahzan ya Izat Tarmizi,biarlah alam ini buta tentang dirimu,hanya Allah yg celik tentang hatimu..biarlah bukan di dunia kasihnya milikmu..di akhirat pasti bertemu..InsyaAllah

La tahzan....

3 comments:

  1. salam..

    La Tahzan..
    Alam tidak pernah buta tentang dirimu,tetapi ada manusia yang sentiasa buta dalam kecelikan dirinya..

    biar ada manusia yang buta tentang dirimu,yang pastinya masih ada yang insan yang sentiasa memerhati jauh ke dalam dirimu menggunakan mata hatinya..

    Andai dirimu terasa dijauhi,jangan bersedih..

    itu adalah kerana lintasan dari syaitan yang menyesatkan..

    sedangkan dirimu sebenarnya tidak dijauhi tetapi..

    "dikagumi selayaknya kerana siapa dirimu jauh disudut hatinya.."

    buat saudara Izat Tarmizi..
    jangan bersedih..

    seperti madah seorang pujangga:
    Tidakkah kau lihat bahawa anugerah Tuhanmu tidak terkira,
    baik yang baru ataupun yang lama,
    tidak perlu suntuk,
    sebab tidak ada sesuatu yang lalu ada kesusahan juga tidak akan kekal
    mudah-mudahan Allah memandangmu selepas ini dengan pandangan yang penuh kasih sayang..

    jangan bersedih lagi..=')
    wassalam

    ReplyDelete
  2. salam..

    izat..

    kalo sidia sudah sememangnya tertulis di luh mahfoz sbg milikmu, jgn kau risau, kerana walau sejauh mana pun dia melarikan diri dari mu, pasti suatu masa nanti, hatinya akan tertarik dan terdorong jua pada kamu..
    Walau tanpa pertemuan yang kita rancang, Allah pasti sudah mempunyai rancanganNya yg tersendiri buat mu dan sidia..

    insyaAllah..

    kejar cinta Allah sebelum kamu mengejar cinta hamba-hamba Allah...

    =)

    ReplyDelete
  3. salam..

    izat..

    kalo sidia sudah sememangnya tertulis di luh mahfoz sbg milikmu, jgn kau risau, kerana walau sejauh mana pun dia melarikan diri dari mu, pasti suatu masa nanti, hatinya akan tertarik dan terdorong jua pada kamu..
    Walau tanpa pertemuan yang kita rancang, Allah pasti sudah mempunyai rancanganNya yg tersendiri buat mu dan sidia..

    insyaAllah..

    kejar cinta Allah sebelum kamu mengejar cinta hamba-hamba Allah...

    =)

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com