Tolong ingatkan aku, Andai aku terlupakan tuhan, Dalam kelapangan dan kesibukan, Dalam kesenangan dan kesusahan.
Tolong ingatkan aku, Jangan jadi anak derhaka, Mak ayah dilupakan jangan, Usah diluka hati dan perasaan.
Tolong ingatkan aku, Supaya ingat pesan guru, Bukan sekadar peringatan, Tapi tarbiyah berpanjangan.
Tolong ingatkan aku, Dengarlah dan bacalah al-Quran, Tika radio penuh nyanyian, Tika televisyen penuh hiburan
Tolong ingatkan aku dimana Islamnya zahirku, jika aurat didedahkan, disingkat diketat dan dijarangkan.
Tolong ingatkan aku,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan, Sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan aku, Kalau bercinta biarlah kerana-Nya, Dalam memilih utamakan iman, Kelak ikatan dihindari syaitan.
Tolong ingatkan aku,
Hidup ini satu kembara,Kutiplah mutiara dalam perjalanan,Moga disana menjadi bekalan.
Tolong ingatkan aku,
Diri ini milik Yang Kuasa,
kepada-Nya jiwa diserahkan,
Segalanya Dia-lah tumpuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
Terima Kasih
Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.
©www.izat.blogspot.com
©www.theizat.com
semoga berjaya di dunia dan di akhirat..
ReplyDeleteSesungguhnya saudaramu yang jujur adalah yang selalu bersamamu, yang bersedia mengorbankan dirinya untukmu..Dan orang yang apabila zaman berganti, tidak memutuskan hubungan denganmu, sekalipun bercerai denganmu, rasa persahabatan tetap buatmu. -Saidina Ali karamallahu wajhah-
ReplyDeletebuat saudara..hargailah apa yang ada disampingmu sebelum ia hilang dan dirimu mula rasa kehilangan bila ia telah tiada...
semoga berjaya di dunia dan di akhirat..
ReplyDelete