KL Gangster Review
Ok,cerita ganas?ganas..memang ganas gua cakap lu,tak sangka kerja sampingan Seth Tan selain dia pernah merogol Nora,dia jugak bekas kongsi gelap gua cakap lu,hahaha,first thing first,aku tak faham kenapa PEKIDA nak saman cerita KL Gangster,jujur aku nak tanya,PEKIDA nie gangster jugak ke nak saman cerita yang aku tengok semuanya jalan cerita untuk gangster,yang aku rasa sorang jer ahli PEKIDA,tak lain tak bukan si Zizan aka Abang Long Fadil,yang lain semuanya geng kongsi gelap.
Tak perlu lah kot nak panjangkan cerita,kalau nak pakai buah or apa sekalipun,aku tengok cerita Young and Dangerous(sila google kalau tak tahu) lagi lah gangster ganas dan mampu bertahan sampai 7 Movie,takder pulak aku dengar Kongsi Gelap Hong Kong nak saman diorang.
Mungkin jugak sebab kes saman nie buatkan aku pergi tengok KL Gangster,bagus betul cara promosinya,hahaha,ramailah aku tengok tadi macam-macam jenis orang,ada yang sorang datang dengan awek,pakai rayban,apakejadahnya pakai rayban dalam Mall dan dalam panggung wayang..o wait..sampai habis cerita dia pakai ray ban,nak menangis aku tengok mamat nie,tahap cool dan gangster dia terlalu tinggi,hahahah.
ok ok lets go to pro dan con
PRO:
1.Baru korang ada ilmu pasal gangster dan tahu orang yang naik kereta besar-besar tapi muka pecah rumah adalah gangster.
2.Jalan cerita agak menarik,banyak aksi dan kurang cakap.
3.Aksi Ajib sangat lawak walaupun lawak dia straight dan tegas,wachaaa!
4.Actually benda-benda nie banyak betul,mengikut kata kawan aku la.
5.Mengajar kita yang kerana duit dan pangkat,mcam-macam orang boleh buat,itu gangster,yang kita nampak,yang tak gangster lagi lah.,white collar tu,yang kerja Goverment,yang kerja pangkat-pangkat tinggi.Itu adalah gangster dalam senyap,muka senyum hati busuk,sial puii!(bak kata zizan aka fadil)
CON:
1.Comfirm!comfirm budak-budak sekolah yang tengok cerita nie semua teringin nak jadi gangster,macam aku tengok Young and Dangerous masa darjah 5 dulu,tapi Alhamdulillah,sekolah fardhu ain menyelamatkan aku,hahaha.
2.Apasal si Shark aka Shamsul tu cakap pelat sangat?tak perlu la nak cakap macam tu,cakap jer guna suara yang biasa-biasa.
3.Jalan cerita terlalu straight dan direct,boleh dibaca dan diteka.
4.Ending agak kureng,maybe ada sekuel nanti,biasalah stok cerita SKOP,mesti ada sekuel.
5.Yang last nie tak dak kena mengena,tapi bersedialah untuk tengok cerita bersama-sama dengan gangster-gangster yang nak pergi tengok movie tu,macam-macam jenis yang datang,hahah.
Kesimpulan dia,boleh la nak tengok dan release tension,ada pembaharuan dalam movie tanah air,5 hari dah RM6.5Juta,kaya kaya..
Meh tengok pulak movie gangster Uganda,hahaha,ini kalau tak box office aku tak taw la..aku tengok pun nak termuntah,uweek uweek bunyinya,hahahah..LALALALALA!
p/s : Aku tengok semua anak-anak mak Malek nie semua jadi tak berguna,nak salahkan siapa?tentulah salahkan mak bapak dia,kesian?tak aku tak kesian pun tengok mak dia jadi macam tu,mesti Allah nak tunjukkan something yang dia buat silap masa muda dulu sampai semua anak-anak jadi rosak,yang 2 orang lelaki jadi gangster,perempuan jadi kaki dadah dan gila seks,so nak salahkan siapa?salahkan lah mak bapak yang tak didik anak dari kecil dan salah sendiri waktu muda dahulu,Allah dah janjikan,akan beri kesusahan pada kita kelak atas kesalahan kita waktu muda,Dia akan balas untuk keluarga dan anak-anak kita,mari menginsafkan diri..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
Terima Kasih
Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.
©www.izat.blogspot.com
©www.theizat.com

kenapa tibe2 malek?? sape malek?? dhilla ta tgok lagi.. n best ke ntah cte melayu?? taleyh diduge la..
ReplyDeleteending: akhirnye aku ditangkap.. -..-
ReplyDeletesape malek?jeng jeng jeng,nak tahu kena tgk la :p
ReplyDeletego malek..i lap u..
ReplyDeleteaku xtgk lg..
ReplyDelete'Alhamdulillah,sekolah fardhu ain menyelamatkan aku'
ReplyDeletehahaha. haram aku nak tgk gak cerita ni tapi tak berkesempatan. demit. duk rumah reja lena ja. sapa pun tak ajak deting. huk.
btw, puak pekida nak saman pasai depa kan gangster melayu. besa la tu. org melayu ni, buat natang pa yang tak pernah depa nak melenting. hehe. aku pun melayu. yeay aku kutuk diri aku yeay ;P
nada hng keja bangun tdoq lewat,sapa nak ajak dating,tiket pun dah habis,bangun tengah hari tdoq lewat,haha,mat rempit ja bole ajak hng dating,waktu tak sesuai untuk jejaka ganteng ,waktu hng vice versa dengan depa..
ReplyDeleteNtah la,dalam movie nie aku nampak memang mcm depa downkan PEKIDA,hahaha,sebab apa?sebab aku tengok Si Zizan sorang ja yang ahli Pekida,dan yang lain tu gangster.
Pengarah pandai main jalan cerita,dia buat macam si zizan tu sembang pong pang pong pang,tapi bila lawan,perang,lari dulu,dah tu sikit-sikit dok beristiqfar,ucap Alhamdulillah,tapi at the same time sembang pasal pompuan itu ini,pasal gaduh dengan orang..
P la tengok,mesti hang boleh nampak apa mesej dalam cerita nie,tersirat banyak(bukan tersirat pasal gangster) tapi tersirat pasal apa yang dia nak bagitaw melayu tu macamana,hahahaha
owh... cambest je sampai 6 juta. kaya kaya!
ReplyDeleteHi abg tapit..awww :3
ReplyDeletewahh...nak tgk cter ney..! tapi kelantan xde wyg la pulak adush T.T
ReplyDeleteganas giler tebaatusasula...
ReplyDeletewoohooo...mcm beshh..tp tak tgk lagi..biar yg gengster2 (konon gangster la kottt~~~!!!) pegi tgk dulu...diorg kn abg long..hahahahaa.....
ReplyDeletep/s tu sangat beshh.. insafff...hehe...;)
x tengok lagii. aduiii. hahaha
ReplyDelete