Pudu Yang Baru

 Aku tak taw kenapa aku search image Pudu dekat google keluar binatang nie,aku letak jer la,abaikan plzz


Mesti korang rindu aku kan?*sepak-sepak diri sendiri,perasan nak mampus* ,lama jugak aku tak update,kalau tidak sehari sekali paling lama pun 3 hari,kali ni aku sibuk sikit nak uruskan hal-hal peribadi dan balik kampung,dah lama aku tak balik kampung,last aku balik dulu terminal masih lagi dekat Bukit Jalil,memang banyak kutu dan aku sampai terpaksa beli sampai dua tiket sebab tak nak naik bas kutu,cilakak!aku kena tipu!Stesen Bas Bukit Jalil memang sangat suck dan teruk dengan lecah dan kutu yang banyak,semua nie sebab Stesen Puduraya tengah renovate,dengan kos hampir RM70Juta lebih,Uda Holding amih alih untuk naik tarafkan jadi Uda Mall Puduraya,tengah bulan April diorang dah bukak dan baru minggu lepas aku berkesempatan pergi.


Perghh,..turun jer dari Stesen LRT Plaza Rakyat,masuk-masuk Pudu, terus aku teruja,sebab ada aircond,hahaha,memang lain sangat aku tengok,dah macam airport,cuma tak dak karpet nak guling-guling,cantik memang cantik gila,aku sampai tak taw nak beli tiket dekat mana,dengan harapan ada kutu yang menunggu,tapi dah tak dak kutu dah,kena beli di kaunter dekat tingkat 3 tak silap aku,nie aku ada ambil gambar Pudu yang baru.Disebabkan tiket bas takdak,aku terpaksa tunggu selama 4 jam,so aku amik kesempatan nak tinjau-tinjau Pudu yang baru sambil buat laporan tahunan,hahaha..



Yang atas tu escalator ke surau,sangat nice!
 HAAAAAAAAAAAAAA!nie kaunter nak beli tiket,tengok tu,macam airport tak?kat atas nie bole golek-golek
 Tengok tu siap ada pakcik yang tertido,aku teruja tak boleh tidur sebab sejuk dan kawasan yang nyaman,yeah!ini dekat tempat kaunter tiket
 Tudia siap ada tv yang announce bila bas nak bertolak,macam airport dah,tapi yang best nya,maklumat nie semua tak bole pakai sebab tak tepat,hahaha,owh btw akan ada announcer bagitaw bila bas nak bertolak,kalau tengah berak pun jangan risau,speaker ada disetiap lubang jamban*ok yang nie aku tipu*
 Nie pulak food court dia,tak banyak lagi kedai yang bukak,tingkat atas 2,tingkat dari tempat kaunter tu,kat luar tempat parking kereta.
 Kedai banyak dekat tengah-tengah
 Bakso nie tak dak kena mengena dengan pudu tapi ada jual dekat foodcourt,sangat sedap tapi hati-hati jangan makan waktu nak bertolak,aku sakit perut nak berak gila-gila sampai terpaksa tebal muka suruh driver berhenti dekat perhentian,dah la haritu highway jem nak mampus!
 The best part kat foodcourt dah tak dak asap rokok!ho yeah!ada kawasan untuk si perokok!boleh la aku makan dengan tenang.
 Ini kawan menunggu,kat sini ada macam-macam jenis kedai,boleh simpan beg,aku simpan beg dekat sini dan jalan-jalan pusing pudu,hahaha,4 jam tu T__T
 jeng jeng jeng!ce teka sini kawasan apa?ini lah kawasan surau!jangan salah sangka,ni bukan tempat sembahyang,tapi ini kawasan luar surau,maksud aku korang kena masuk ikut pintu surau baru nampak kawasan nie,sangat bersih!dan boleh lepak2 tidur dekat tepi tu
 Dalam nie baru lah dewan sembahyang,besar gila tu siap beraircond dan bersih..
 Haaa!!ini sangat canggih!untuk elakkan asap bas naik,diorang pasang pintu automatik,nak masuk kena tekan,dah macam nak naik flight
 Tudia eskalator maut!nohorom!dah la eskalator tak bergerak!Buat aku malu,dua kali terjatuh,bukan sekali,dua kali weh!aku terjatuh masa balik kl,dah la perempuan punya ramai kat bawah tu nak amik beg dalam bas,aku nak naik laju-laju,siap "excuse me excuse me tumpang lalu",bedebuk!jatuh!,naik lagi,Bedebuk!dua kali jatuh!!dem berdarah ibu jari kaki aku,dah tu aku terpaksa tahan sampai rumah baru boleh cuci sebab toilet dekat LRT tutup,aku tak sanggup lagi nak tunggu dekat PUDU!aku malu!hahah!
 Tengok!luka dalam tu,teruk berdarah-darah!terjengket2 aku balik ke rumah,tahan sakit dalam LRT,tapi gua tak nangis beb,gua kental!*adesss..*

Ini after effect,dalam tu,aku dapat letak plaster jer la,huhuhu..terima kasih Pudu,aku puji hng,hng bagi kelukaan..huhuh




p/s: kalau nak toilet free tak nak bayar 30sen,p masuk dalam surau,ada toilet dalam tu lagi cantik dan percuma,tak payah letak beg dekat kanter beg kat surau tu pun takper,redah jer bawak masuk sekali dengan beg,even dekat surau tu dia kata tak bagi bawak beg,lagi satu,dalam surau tu ada tempat letak kasut dekat tepi tu,kalau rasa sayang kasut,tak payah la tinggal dekat luar.


16 comments:

  1. tak berkesempatan lagi nak pegi sana...

    semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. Tq cik habsah,sihat?kucing2 ok?hehe,amin moga kaki izat cpat sembuh,hahaha janganlah nak dtg kl semata2 nk pergi melawat puduraya,hehe

    ReplyDelete
  3. semuanya utk Rakyat.. hahahah ;D

    ReplyDelete
  4. Tapikan izat tengok,dah ada kebocoran berlaku dekat kawasan Kaunter tu,hehe,mampukah bertahan pudu nie?

    ReplyDelete
  5. lama tak ziarah pudu. ohhoy. canggih pulak dah. harap2 sentiasa bersih je pudu nih. :)

    ReplyDelete
  6. lama jugak tak jejak pudu. hmm, baguslah dah lawa camnih. rase best je nak naik bas. :)

    ReplyDelete
  7. wehhh bila hg kena nie???

    ReplyDelete
  8. macam mana lekat nama pudu yep.

    ReplyDelete
  9. wahhhh..;canggih nyeeeee.....nk pegi jenjalan jelah..mcm jnjalan kt klia.hehehe

    ReplyDelete
  10. Wahhh...gua kagum dgn Pudu yg baru. Sekali tgk macam kat airport lak..

    apapun..bagus2..pastikan service pun cun mcm rupa bangunan pudu tu.

    ReplyDelete
  11. wah, sanggeh tuu,,, ;-D
    kemas je tgk, takde la bserabut cam dlu,,
    ngalahkan pasar ikan

    *teruk jgk luka tu, bubuh la myk gamat bg cepat kering oke

    ReplyDelete
  12. wah, Pudu ya..
    eh, semoga lekas sembuh...

    ReplyDelete
  13. xtau la bile bole smpai sane..hehe..tgk luka tu agak sakit tu..

    ReplyDelete
  14. eh... yg food couart tuh tak tau kat mana... puas melilau, tak jumpa,. tingkat 2 eh?

    ReplyDelete
  15. Food court 2 tingkat ats dr counter tiket,kalau dr counter tiket,keluar ke tempat parking terus ke hujung,naik tangga dua tingkat,dia dekat bumbung atas bangunan sebelah kanan..kalau x taw mmg kena tanya,kalau x susah nak jumpa.

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com