Haritu entry tentang Isteri 'comel',harinie tentang ciri-ciri lelaki yang layak dicintai..walaupun tak dapat semua ciri,insyaAllah masih usaha untuk kesemuanya..amin
13 ciri ini diatur mengikut perspektif seorang gadis Melayu beragama Islam khusus untuk panduan anda:
1.Taat kepada Allah, taat pada ajaran Rasul.
2.Mahir membaca Al-Quran dengan lancar, hafal surah-surah asas dan doa-doa asas, rajin membaca Al-Quran.
3.Mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap.
4.Suka menyeru orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
5.Ada sikap optimis – berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
6.Bersih dari sebarang kemungkaran yang nampak dan tak nampak.
7.Baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, seorang lelaki yang jujur.
8.Tak pernah tinggal yang wajib, rajin melaksanakan amalan sunat dalam beribadah.
9.Berani menhadapi cercaan dan berani menghadapi orang yang mencela.
10.Tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungawab.
11.Bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
12.Tenang air mukanya, waspada dan bijak dalam membuat keputusan.
13.Jika dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.
“…Kalau setiap saat awk ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH.. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu…”
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.”
(HR. Tirmidzi)
p/s : Kadang-kadang manusia yang merubah sifat azali manusia yang lain,daripada baik terus kepada sifat-sifat yang sebenarnya bukan dari dirinya sendiri,sifat amarah yang datang nya dari syaitan,Nauzubillah,aku hanya manusia biasa,suasana dan keadaan boleh mengubah diri aku jadi sangat defensif. I hate the other side of me.
mmg tpt ciri2 di atas..hehhee
ReplyDeletemmg ciri2 idaman. :D , harap 1 ari jumpa org seperti ini. Amin, insya-ALLAH :)
ReplyDeletestiap insan mesti nak yg terbaik kn..apa2 pun dalam mencari yang terbaik,kita pun kene cuba jadi yg terbaik..btw,nice entry..:)
ReplyDeletepasangan adalah cermin diri kita.kalau kita baik,baik jugak la pasangan kita.kan?
ReplyDeletesemoga hang bertemu jodoh dan cepat kahwin. ameennn.... :)
ReplyDeleteAmin..tq sis,tu la,aku pun harap dapat bertemu jodoh,tak de la sunyi sangat hidup,dah la mak bapak pun tak de,anak tengah plak..hurm :(
ReplyDeletebetuul betul betuul :D
ReplyDeleteentry yg best ;)
ReplyDeleteMmg susah bertemu dgn yg se'perfect' ni, tp doa boleh utk ditemukan ataw yg sdh berpunya boleh berdoa agr si dia akn diberikan ciri2 tu. sy tertarik dgn satu ayat tu,"Kalau setiap saat awk ingtkan ALLAH & setiap saat itu juga saya ingtkan ALLAH.. Bermakna waktu itu kita dah menjadi satu kerana mencintaiNYA yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu".. InsyaAllah, Amin..
ReplyDelete