"Tak kisah la dia nak pakai tudung jenis apa pun,janji dia bertudung,sekarang zaman islam belum kuat,nanti bila islam dah memerintah,baru kita tegur"
Apasal aku nak heboh-heboh pasal tudung nie!Aku bukan nya perempuan jah!nak ikut fesyen ala diva gitu~~..yea,aku bukan perempuan,tapi aku bakal ketua keluarga nanti,semua benda aku kena ambil tahu dan menyibuk.
Ramai yang keliru bila ustaz cakap macam nie dan tak kurang jugak perempuan-perempuan yang bertudung rasa gembira untuk pakai tudung ala nun dan bonggol unta dan comfirm ramai perempuan yang dok ikut trend bertudung zaman sekarang akan horray sebab lepas ni tak akan ada orang bole tegur dah cara diorang bertudung,dalil ustaz nie akan digunakan untuk diorang defend cara pemakaian tudung kurang mengikut batas islam.
Take an example here,seorang muallaf yang baru masuk Islam dan tentunya dia tak tahu cara untuk bersolat,jadi dia hanya mengikut cara orang islam bersolat di masjid,kita angkat takbir,dia angkat takbir,kita rukuk dia rukuk,tapi bacaan dalam solat dia tak tahu,adakah Allah menerima solatnya?InsyaAllah,Allah akan terima solatnya sebab walaupun dia tak baca apa-apa dalam solat,tapi niatnya untuk bersolat dan usaha untuk solat tu dikira sebagai pahala,sama jugak untuk orang yang tak tahu membaca Al-Quran,walaupun bacaan nya macam itik sudu patuk makanan,tapi atas usahanya tentu Allah bagi pahala.
Macam tu jugak sebaliknya,kalau orang Islam yang lahirnya Islam,wajib bagi dia untuk tahu bacaan dalam solat,if solat kosong tanpa membaca,tentunya solat tidak diterima,sama juga dengan hafiz dan hafizah yang menghafal Al-Quran,kalau bacaan tajwid tak betul,dikira salah dan berdosa.
Apa kena mengena aku membebel?kaitkan dengan cara pemakaian tudung,cuma bezanya orang yang baru bertudung dan ikut fesyen tu bukan mualaaf,perempuan Islam yang baru berjinak untuk pakai tudung atas sebab terikut-ikut dengan fesyen,maksud ustaz di atas,biar diorang pakai tudung macamana pun asalkan bertudung dari dedah kan aurat..TAPI..kita yang tahu hukum tentang bertudung harus menegur dan guide diorang dengan cara yang elok tentang pemakaian tudung,bukan nya menghina dan mencela diorang,on off tudung atau tidak bertudung sekalipun,kita yang jadi contoh untuk diorang bertudung,so tegur dengan cara paling berhikmah,melalui pemakaian dan akhlak kita.
Kesimpulan,benda yang ustaz nie cakap untuk orang yang jahil dan kurang pengetahuan agama,bukannya satu lesen untuk yang belajar agama and especially yang tahu tentang agama untuk pakai tudung yang terang-terang tak ikut kesesuaian dalam islam.Yang tidak bertudung tu,itu league lain,caranya pun lain untuk menegur diorang,ini kes untuk yang bertudung,pakailah tudung elok-elok,kan manis,tak payah bonggol-bonggol tu,serious aku sebagai lelaki nak cakap..sangat huduh bonggol tu...Renung-renungkan lah hadith dibawah..sekian.
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.“(Riwayat Muslim)
p/s : Tudung Hana Tajima bole diterima selagi tudungnya labuh menutup dada,tq..
ppuan tayah nk rmbut pjg bjela sgt kot.. t pakai tdung kompom mst nk bonggol pnye lah..
ReplyDeleteutk cantekk:
ReplyDeletesaya suke kalau ade rmbt panjang.kalau pakai tudung lowerkan la rmabut tu tak yah bonggol2 macam unta.
kpde tuan blog:
jika tak suke sile tegur dengan cara yang baik.sekian.
hmm..xtau nk kta pa..tpi sya sdri pun x ska n x mnt bggol2 tu..
ReplyDeleteelakkan dri pakai bonggol unta :P
ReplyDeletebonggol unta biar unta yang pakai..
ReplyDeleteAlah..ikut suka sapa2 la nak rmbut dia pnjg ke tak..yg penting bila dia ikat rmbut tuh..tak pyh nak tinggi2 smpai jd bonggol..boleh je rendahkan ikatan sanggul tu supaya tak terserlah bonggol tuh..
ReplyDeleteutk cik zety : sama la, suke jgk rmbut pjg sbnrnye =D tp bdasarkn pgamatan kt sekeliling, ramai yg tak rendahkan ikatan rmbut..mgkin sbb fesyen tdung skang kot..
ReplyDeleteSy suke perempuan rambut panjang!weee nampak sexy!semestinya dalam umah bila dah kawin la,kalau dedah-dedah tunjuk kat orang,sy rasa sedih nak nangis-nangis!weee!
ReplyDelete