Hadapi dengan senyuman..

Salam...

Orang cakap,kalau kita bersedih,sembunyikan dalam senyuman kita,biar kita bersedih,tapi jangan libatkan orang lain untuk rasa gembira bersama-sama dengan kita,pernah tak kita tersenyum macam orang gila sorang-sorang masa berjalan balik dari sekolah,pejabat,tak pun dari kedai,semata-mata untuk menyembunyikan kesedihan dalam hati,bila balik rumah,masuk bilik,menangis puas-puas,hipokrit kah itu?

Selalu kita tangisi keadaan kita,apasal aku tak hensem,apasal aku tak cantik,apasal aku tak kaya macam sahabat aku,ada mazda rx8,aku naik lrt jer pergi ke kelas,apasal mamat nie aku tgk balik rumah tak payah study pun,tup tup tengok kertas quiz,kertas exam,full mark,apasal aku buat test dengan bersungguh-sungguh,tapi boleh pulak silap soalan dan satu lagi nak full mark?apasal?apasal mamat nie boleh pulak pergi kerja part time pukul 9 malam dan balik pukul 3 pagi dan boleh lagi score untuk exam.

Banyak benar persoalan,kalau nak dijawab dengan logic akal,sungguh akan menyakitkan hati dan bisikan syaitan pasti datang,aku pernah tertanya-tanya tentang semua ini,pernah aku terfikir,kenapa aku tak dilahirkan dalam keluarga kaya raya macam Flizzardo yang mampu beli baju baju sehelai beribu-ribu ringgit dan mampu pakai lamborghini,banyak berfikir membuat kan kita rasa dunia ini tak pernah adil untuk kita,ada yang dapat lebih,ada yang dapat kurang,dan ada yang tak dapat apa-apa.

Sebab semua benda bukan datang dari logic,kita ada tuhan kita ada agama,kita ada petunjuk,kita pengikut Nabi Muhammad,kita ada sejarah,belajar melalui nya,mungkin sekarang aku tak berapa berada,tapi aku boleh berusaha untuk berjaya demi masa depan anak-anak aku dan demi emak dan arwah ayah aku,kadang aku tengok,dia nie kaya,boleh beli MacBook,aku pakai Dell,tapi aku tak pernah tengok orang yang lebih kesian dari aku,yang tak mampu nak beli laptop,hari2 buat assignment di Library guna PC Universiti,rasa macam susah sangat nak bersyukur dengan apa yang kita ada,silap kita,bila kita pandang di atas,kita rasa tak pernah bersyukur tapi bila kita pandang di bawah,kita rasa kesian dekat yang dibawah.

Sedih,hati memang rasa sedih,tapi itu yang buatkan kita dekat dengan Allah,jika tahu caranya Allah akan bagi Sakinah(ketenangan,bukan Sakinah Che Ross) pada kita,ketenangan yang buatkan seseorang itu lebih pentingkan akhirat lebih dari dunia,aku selalu dengar,bila aku nak ambil exam,member-member akan cakap "Ala,buat apa nak pulun-pulun,dunia jer bai",ye memang dunia,aku balas dalam senyuman "memang dunia,tapi sementara nak mati,kalau mati kejap lagi,xper,kalau mati lambat lagi,saper nak tanggung perut hang",tergelak sama-sama bila fikirkan balik.

Aku nak kaya,aku nak berjaya,aku nak kuasa,ya aku tak pernah puas dalam semua tu,lebih penting lagi aku nak jadi orang yang soleh+berkuasa+ber'wang',bila aku baca buku tokoh-tokoh gerakan Islam abad moden,aku nampak semuanya dari mereka yang berjuang ke jalan Allah,dan mereka adalah SOMEBODY,orang yang berjaya dalam dunia(Dr,Engineer,Ulama) dan mereka adalah orang yang menggegarkan dunia dengan ilmu akhirat mereka,berkorban dan berjihad di jalan Allah,aku nak jadi seperti tu,bukan hanya tin kosong yang diketuk,bunyi jer lebih.

Setiap yang berlaku semuanya ditakdirkan,aku tak pernah rasa kecewa bila aku 'kalah' setelah aku berusaha,sekarang ni aku tengah berusaha untuk menjadi SOMEBODY,atleast hidup ada hala tuju,pernah aku dengar orang cakap,ala cukuplah bersyukur dengan gaji yang ada sekarang,ya,memang kena bersyukur dengan apa yang ada sekarang,tapi kalau diberi peluang untuk yang lebih baik,perlukah kita tolak bulat-bulat?Hidup memang kena bersederhana,tapi Allah tak pernah larang untuk kita berusaha menjadi yang lebih baik dari yang terbaik.

Kesimpulannya,apa yang orang cakap,ignore kan selagi kita fikir itu yang terbaik bagi kita,dan bersyukur tak kira kita pandang atas atau bawah,kalau rasa nak naik ke atas,usaha lebih dan jangan lupa bantu yang dibawah,orang cakap syukur lah dengan apa yang ada,tapi nak bersyukur tu agak susah,hanya dimulut sahaja,di hati masih lagi nak itu nak ini,bersyukur tak bermakna kita perlu stop kan usaha kita untuk dapat yang terbaik,bersyukur untuk situasi sekarang dan berusaha untuk yang lebih baik dari masa depan.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud:
"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama
dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t."

Hadapi dengan senyuman walaupun pahit walaupun pedih,biar kita menangis di sisi Allah,biar Dia dan kita sahaja yang tahu,lagipun hanya Dia yang memberi..Aku,Dia dan Sesuatu...

Sedikit klip video untuk korang2

Semua kan baik-baik saja..ketetapan tuhan..



blogger-emoticon.blogspot.com

5 comments:

  1. yups..walaupun kita dlm keadaan tensen,..muka kna senyum..:)

    ReplyDelete
  2. * senyum.senyum.senyum *
    tapi kan, senyum sorg2 kang org keliling ingt 3 suku.
    agak2 la k. :D

    ReplyDelete
  3. Senyum sorang2 xpa,biar orang kata kita gila,yg penting kita hepy gila,haha

    ReplyDelete
  4. apa-apa yang berlaku,kita harus hadapi ia dengan tabah.biar pahit mana pun sekali...sesungguhnya tiap sesuatu itu ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  5. salam...well, it's not hipokrit!.
    unless kite sedari and cepat2 hargai ape yg kita ada.

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com