
Salam
Semalam,5 haribulan 2, aku berpeluang untuk menyertai satu ceramah dari Ustaz Hasrizal@Saifulislam di Masjid UIA Petaling Jaya,Alhamdulillah,sebagai seorang wakil ipt dari www.iluvislam.com,ini adalah tugas aku untuk bersama-sama dalam menyampaikan dakwah dan bersama-sama menyertai usaha dakwah jika aku berkesempatan.
Alhamdulillah hari tu,rabu,memang ada satu kuliah saja,dan kuliah di batalkan atas sebab lecturer on leave,so satu hari takde apa yang hendak di buat,akhi zahir ada menghantar mesej dalam iluvislam dan mengajak semua untuk bersama-sama ke majlis ilmu tu,so why not aku mengambil kesempatan nie,walaupun tak de transport,aku cuba juga usaha,mana tahu,Allah permudahkan jalan aku,Alhamdulillah,sekali harung jer,aku contact akhi zahir dan akhi zahir setuju untuk mengambil aku di stesen Universiti selepas maghrib,akhi zahir bekerja di KL Sentral,jadi memudahkan beliau untuk datang mengambil aku,lepas jer solat maghrib,tepat pukul 8 malam,aku dah terpacak di stesen bas universiti,bab-bab masa ini aku sensitive sikit,memang sharp on time,lagipun aku minta tolong dari akhi zahir,tak kan aku nak buat akhi pula yang tertunggu-tunggu.
Jalan agak sesak dan dalam pukul 8 lebih,akhi datang menaiki kereta,kami bergerak tanpa membuang masa ke Masjid UIA yang terletak di Petaling Jaya,baru aku tahu yang Masjid UIA ni dekat sangat-sangat dengan tempat aku tinggal,al maklumlah aku nie memang bukan kaki berjalan,tambah-tambah tak da transport,lagi lar memerap di rumah,balik U,lepak rumah,sabtu ahad,hari cuti,lepak rumah,sampai rumah pun naik bosan dengan aku.Agak-agak dalam pukul 8.20,kami tiba di Masjid,bergegas kami berjumpa dengan wakil ipt di sana,memang agak terlambat sedikit,tapi Alhamdulillah,Saudara Dzul(Presiden GAMIS) dah menguruskan tempat untuk wakil ipt dari iluvislam,insyaAllah,tujuan untuk memperkenalkan iluvislam.com di serata dunia bermula dengan titik pertama di sana,dalam memasarkan buku pertama iluvislam.com(Media Dan Islam).
Ceramah bermula sejurus selepas solat isyak,agak ramai dan cramped sikit di dewan kecil tu,sampaikan di luar pun penuh,aku agak segan untuk berada di booth iluvislam memandangkan yang menjaga pun 3 orang muslimah,jadi aku mengikut saja kemana akhi zahir pergi,agak-agak dalam pukul 9.30pm,Ustaz Hasrizal tiba dan majlis dimulakan,aku mencari-cari spot yang agak bagus untuk melihat ceramah,mula-mula di tepi pintu dewan,dalam semua sudah penuh,agak segan juga mulanya,semakin ramai muslimah yang datang,akhirnya aku bergerak ke belakang dewan,rupa2 nya ramai lagi muslimin yang ada di belakang tu,so aku decide untuk join diorang,sound malam tu memang clear,tapi penglihatan agak terjejas sedikit memadangkan ada pintu2 besi yang berlubang2 kecil menghalang penglihatan,agak pening kepala jugaklah nak mengintai2 bila Ustaz Hasrizal buat tayangan video
Memang menarik isi kandungan yang disampaikan,walaupun kisah sejarah,tapi memang berkait rapat tentang Ummah zaman sekarang,tambah-tambah dengan apa yang berlaku sekarang,sejarah adalah sebahagian daripada tamadun hidup manusia,sesiapa yang melupakan sejarah,akan hancur bangsa itu,sejarah mengajar kita menjadi manusia yang bertakwa kepada Allah,kisah Mehmet Fatih @ Sultan Muhammad al- Fatih dalam usahanya untuk menawan Constantinople(Istanbul sekarang)memang menggagumkan,bayangkan beberapa ratus tahun selepas percubaan,semenjak dari zaman Rasulullah,sahabat-sahabat berusaha untuk menawan constantinople,usaha diteruskan selama beratus-ratus tahun dan atas determination yang tinggi serta memegang janji Rasulullah yang bahawa suatu hari nanti constantinople akan jatuh ke tangan islam,Sultan Muhammad al-Fatih bertindak dengan bijak,mengkaji sejarah-sejarah dahulu sebelum bertindak untuk menawan constantinople,atas usaha yang berterusan,Allah memberi kejayaan kepada Sultan Muhammad dan tentera2nya yang berjuang dengan satu matlamat,Fisabillillah.
Banyak lagi intipati yang berguna,yang boleh diambil,nak hurai pun panjang,kang xdak sape nak baca,aku yang syok sendiri pulak nanti,tapi xper jangan risau,bole rujuk blog akhi zahir untuk lebih detail http://kalamkhalifah.blogspot.com/.Alhamdulillah malam tu lebih 35 buah buku iluvislam dijual,misi malam tu berjaya dengan bantuan Allah,lebih kurang pukul 11 lebih aku dan akhi zahir bergerak pulang menaiki motosikal,atas moto akhi zahir berkongsi ilmu dengan aku,memang banyak yang aku dapat,walaupun rasa sekejap saja,tapi insyaAllah jika berpeluang lagi,aku akan lebih banyak meluangkan masa dengan akhi zahir.Semoga tercapai matlamat kami untuk memperkenalkan iluvislam di serata dunia,Fisabillilah..
Balik letih..mandi..trus tido..the end...

org da bca buku ustaz hasrizal. aku terima nikahnya. best. byk ilmu yg dapat. :D
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletetry lah bace izat buku aku terima nikahnya...
hehe...