Sampai Syurga

Pernah dengar kisah wanita-wanita hebat dalam islam?pernah dengar nama Atikah?pernah kan,tapi belum tentu kita pernah tahu tentang kisah Atikah Binti Zaid Bin Amru bin Nufail di zaman kehebatan sahabat-sahabat Nabi.Saidina Ali pernah berkata ”Barangsiapa yang ign mati syahid dengan cepat, maka kahwinlah dengan Atikah.”

Ini adalah antara para syuhada dan sahabat-sahabat yang pernah menjadi suami Atikah,Umar b al-Khattab,Zubair b Awwam,Ali b Abi Talib,Husain b Ali b Abi Talib

Kisah Atikah,wanita yang digelar sebagai isteri yang 'memberi' syahid kepada suami nya,ramai pahlawan-pahlawan hebat di zaman para sahabat yang mati syahid,tapi keistimewaan Atikah adalah setiap kali Atikah berkahwin,suaminya akan mati dalam syahid di medan perang,disebabkan kelebihan pada Atikah,ramai pemuda-pemuda yang rindukan syahid silih berganti berebut untuk menjadikan Atikah sebagai seorang isteri,kecantikan Atikah,kebijaksaan Atikah dan sifat lemah lembut adalah satu bonus tambahan pada Atikah.

Mendengar tentang kisah Atikah ini,Abdullah Bin Abu Bakar,anak kepada Saidina Abu Bakar ingin menyunting Atikah,dipendekkan cerita,Abdullah berjaya menjadi suami kepada Atikah,Atikah terlalu cantik bagi Abdullah,hinggakan pada suatu hari,azan berkumandang,bapa Abdullah,Abu Bakar bergegas ke masjid untuk berjemaah,melewati rumah Abdullah,dia terdengar gelak tawa Abdullah dan Atikah yang bergurau senda,Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Masjid

Selesai solat berjemaah Abu Bakar pulang dan sekali lagi dia melewati rumah Abdullah,masih terdengar lagi gelak tawa senda gurau,lalu dipanggil Abdullah,"Hang mai sat kat sini,pak nak tanya sikit,hang pergi solat berjemaah tak tadi?Hang nak jama' solat hang tu?Adakah Atikah,isteri hang tu telah melalaikan hang?"Abdullah menjawab "ya pak",Abu Bakar menyambung bicara,"Wahai Abdullah,sesungguhnya hang telah melumpuhkan perjuangan hang sebagai seorang muslim dan sesungguhnya hang telah melalaikan tanggungjawab terhadap agama hang Abdullah,ceraikan Atikah"

Apa reaksi korang?"Ahhh bapak nie,kalut ja,ni cek punya hal,bapak peduli apa kubur masing-masing",tak,Abdullah tidak menjawab kurang ajar macam tu,dengan berat hati Abdullah menceraikan Atikah,walaupun kasihnya pada Atikah terlalu dalam tetapi CINTANYA pada ALLAH melebihi cinta dunia,cinta Atikah yang cun lagi bijak sana tu.

Selepas peristiwa itu,Abdullah mengasingkan diri dari orang ramai dan berada di dalam bilik,sambil berdoa dan menangis kerana terlalu rindukan Atikah,Abdullah faham dan dia tak pernah meminta kepada MANUSIA untuk memberi HARAPAN padanya,kerana dia tahu,HATI ADALAH MILIK ALLAH.

Suatu hari,semasa Abu Bakar sedang menunaikan solat,dia terdengar rintihan anak lelaki nya,Abdullah di dalam bilik,kerana rintihan itu terlalu menusuk kalbu,bak kata orang sekarang,feeling,Abu Bakar melangkah masuk ke bilik Abdullah,dedaun pintu diselak perlahan-lahan,alangkah terkejutnya Abu Bakar bila melihat anakya itu pucat,lesu,kurus badannya,kerana terlalu rindukan kekasihnya Atikah,Abu Bakar tidak sampai hati membiarkan Abdullah begitu,lalu Abu Bakar menyuruh anak nya berkahwin semula dengan Atikah,Atikah dan Abdullah menyambut dengan hati yang terbuka dan gembira bila dapat bersama kembali.

Kesimpulannya disini,CINTA yang HAKIKI adalah CINTA ALLAH dan JANGAN PERNAH MEMINTA DARI MANUSIA,Berdoa Dan Berharap Hanya Pada Allah,moga cinta kita adalah cinta hingga ke syurga.Janji Allah,berdoa dan berharap hanya padaNya,Dia akan tunaikan,cuma masa yang menentukan,pegang pada janji itu,sabar dan ikhlas..sabar dan ikhlas ya izat..

Klik Sini untuk lagu selingan,selingan jer..Sampai Syurga Faizal Tahir







blogger-emoticon.blogspot.com

2 comments:

  1. Bro,maaf kalau komen ni menyinggung...tapi boleh tak tukar kaler font kat entry nie...mataku terasa azab nak membaca....

    ReplyDelete
  2. No problem Angah,tu colour tulisan format lama tu,background dlu kaler hitam,hehe

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com