Malunya aku sebagai manusia

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim

by:Izat Tarmizi Bin Ismail@www.izat.blogspot.com

Alhamdullilah,hari ini sempat juga saya pergi ke ceramah ustaz Akil Hail yang diadakan di Flat Seri Delima,pulau pinang..banyak betul ilmu yang saya dapat,sayang sekali saya tak bawa buku nota untuk catatkan ilmu2 yang berha
rga..tapi x pa,atas dasar janji saya kepada seorang rakan Yahoo Messenger ,akan saya ceritakan sedikit sebanyak apa yang saya perolehi,mudah2an kita semua mendapat berkat dan rahmat dari Illahi

Hujan renyai2 masa time maghrib tadi,hujan rahmat dari Illahi,Alhamdullillah,masa sesi ceramah dari Ustaz Akil,cuaca elok dan saya rasakan seperti langit dipayung oleh Allah untuk hamba-hambanya yang datang ke majlis ilmu malam tadi,Alhamdullillah..

Tadi ceramah bermula agak lewat sedikit,dalam perancangan,patutnya lepas solat Isyak,dalam pukul 9 lebih,tapi Ustaz ada sedikit masalah,dalam pukul 10 lebih baru dapat mula,ramai hadirin dan hadirat yang datang dalam mencari keberkatan majlis ilmu nie,tajuk yang menjadi pilihan malam nie "Pengorbanan Modal Insan Kelas Pertama".Menarik,tajuk yang memang menarik,tambahan kita,umat Islam baru menyambut Hari Raya Korban.

Saya tertarik dengan tajuk yang dibincangkan tadi,mengapa umat Islam sekarang semakin berpecah?mengapa umat Islam se
karang lebih kepada membawa haluan masing-masing?kita ambil contoh jiran kita,Indonesia..berapa ramai umat islam di sana,tapi mengapa perpecahan masih berlaku sesama saudara seislam?ini yang ditekankan dalam ceramah tadi,3 sifat yang menjadi pemusnah Islam,Dengki,Nafsu dan Sombong.Seperti mana dengkinya Si Qabil serhadap Habil hingga sanggup membunuh saudaranya,Sombongnya Iblis sampai tidak mahu sujud kepada Adam dan betapa kepinginnya Nafsu untuk ingin masuk di dalam syurga.

3 sifat inilah yang menjadikan umat islam berpecah belah,pe
ngorbanan harus dilakukan untuk mencapai generasi ummah yang mampu mengoncang dunia sepertimana para sahabat dulu yang sanggup ketepikan ketiga-tiga sifat ini untuk mencapai kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Malu..malu kita sebagai hamba Allah,sebagai makhluk yang hina yang dicipta oleh pencipta yang MAHA AGUNG,tapi kita lupa kepadanya,Masya-Allah..Dalam hadis Qudsi menyatakan,Allah telah berfirman "Jika sejengkal kamu datang kepada Aku,sedepa Aku datang kepada kamu,jika berjalan kamu kearah Aku,berlar
i Aku kepadamu,Jika sebesar mana dosa yang kamu lakukan selagi tidak menyekutukan ku,akan Aku ampunkan"..Subhanallah Maha Suci Maha Kaya Maha Penyanyang Allah kepada hambanya..tidak sedikit pun kita merasa malu dan takut kepada pencipta yang Maha Agung,kenapa?kerana kita hanya percaya di minda tapi tidak yakin di hati!

Pernah ada seorang rakan bertanya kepada ustaz,"ustaz,macamana nak mendapat kemanisan dalam berzikir?saya xpaham dan x dapat nak merasai
semua itu ustaz"..masakan kita hendak mendapat kemanisan iman dan zikir jika tidak disertakan dengan hati?hati lah penentu segalanya,percaya di minda yakin dihati,Insya-Allah,kemanisan iman itu akan datang dengan sendirinya jika hati sudah yakin.

Allah maha pemurah dan maha penyayang,Allah berikan kejayaan kepada orang Islam,Allah berikan kejayaan kepada orang bukan
Islam,tapi Allah hanya berikan Iman kepada orang Islam,tidak semestinya anda orang islam,anda beriman,tapi sudah pasti jika anda beriman,anda adalah Islam dan janji Allah..Sesiapa yang sentiasa ingat dan takut kepadaKu,selamatlah dia dunia dan akhirat..ini janji Allah BEB!bukan janji seorang kekasih yang akan tinggalkan kita,bukan janji manusia yang xpernah ditepati..

Rakan-rakanku sekalian..tepuk dada tanya selera..adakah 3 sifat nie sudah terpacak dalam hati kita?sudah sebati dalam jiwa kita?belum terlambat untuk membuangnya..belum terlambat selagi sangkakala tidak berbunyi ditiup Malaikat Israfil..belum terlambat selagi ayat-ayat Al-Quran di angkat kelangit..renung-re
nungkanlah..semoga Ilmu yang sedikit sebanyak yang saya dapat,boleh dijadikan iktibar dan panduan..Insya-Allah

p/s:Ustaz ada berpesan,kepada muslimat2 tu yan
g mana nak masuk toilet,pakai lah kain untuk menutup badan semasa mandi,kerana dalam tandas tu tempat syaitan dan jin bertapak,dan jangan terkejut jika ada lebam di paha nanti..si jin pun x tahan tengok gebu-gebu..bacalah doa sebelum masuk tandas..mudah-mudahan Allah lindungkan kita dari syaitan yang dilaknat





No comments:

Post a Comment

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com