Assalamualaikum
5 hari..dah dekat 5 hari aku x menulis apa-apa,ialah..masa memang mencemburui aku,sibuk kesana dan kesini,Alhamdullilah,Allah dah memilih aku untuk bersama-sama dalam menjalankan usaha dakwah..syukur aku panjatkan kepada Dia..3 hari aku keluar berjemaah di Surau Tanjung Bungah,dalam nak keluar berdakwah nie pun Allah dah bagi ujian kepada aku..Subhanallah..4 kali aku dah tashkir(beri nama untuk keluar jemaah di seluruh pulau pinang) 4 kali x jadi keluar atas sebab-sebab yang tertentu..bagaimana kuasa Allah..satu hari aku berjumpa dengan 2 orang sahabat,malam khamis di Masjid Benggali,dalam masa satu hari aku kenal mereka,hanya Allah sahaja yang tahu betapa rapatnya ukhwah kami.
Nak dijadikan cerita,aku sempat bertanya kalau2 ada jemaah yang hendak keluar 3 hari,Alhamdullilah,mmg ada,aku berniat sgt2 untuk keluar bersama2 dengan mereka,Allah maha kaya,esoknya lepas kerja,trus aku pergi ke Tanjung Bungah,tunggu di Masjid terapung..mmg aku x sangka yang jemaah kali nie akan pergi ke Tanjung Bungah..hmm..tempat nie terlalu banyak kenangan,bnyk sgt sampai ati aku rasa teramat sebak..Subhanallah..dalam Allah pilih aku untuk keluar berjemaah,Allah bagi aku ujian,ujian samada syg aku dengan makhluk atau dengan Dia..
Ujian datang menimpa2..aku tunggu dekat 10 minit,xder siapa pun,aku telefon Abg Abdullah Masri,rupa2nya diorang beriktikaf di Surau Tanjung Bungah,so aku tanpa membuang masa trus bergerak ke sana,walaupun aku x taw kat mana,tapi aku redah jer..Alhamdullilah,aku jumpa..dan masa nie lah tiba2 ati aku jadi berdebar sangat2 dan rasa sebak ...aku terjumpa ayah dia dan adik dia..ya Allah..aku tahu bagi sesetengah org,ujian nie bukan lah penting sgt,tapi Allah uji diri aku,4 kali aku tashkir untuk keluar..tapi akhirnya aku ditempatkan disitu..di tempat Allah ingin menguji diriku..sedih ati nie bila teringatkan,tapi aku bersyukur sgt2 berkat doa dan usaha dia yg tidak putus asa dalam mendoakan aku..terima kasih aku ucapkan..jazakallahu khairan kasira..ingatlah..tiada teman yg terbaik dalam hidupku,kecuali kau yg telah mengingatkan aku terhadap tanggungjawab aku kepada agama ku dan rasul ku..moga2 Allah kurniakan rahmat yang tidak terhingga kepada dia dan keluarganya..sejak dari tu aku x pernah pandang orang lain..biarlah kasih aku seteguh kasih Zulaikha,aku berdoa agar hati aku dijauh kan dari zina hati dan mata..xjemu aku berdoa..
Aku bersyukur sgt2,dalam 3 hari aku keluar,terlalu bnyk ilmu yang aku perolehi,sygnya aku kepada dakwah dan Rasullulllah..ujian ini aku terima dengan redha,dan aku paham,Allah syg aku,sebab itu Allah berikan aku ujian ini..ya Allah,terima kasih atas ujian dari mu,aku tidak akan sekali-kali jemu menerima ujian darimu kerana aku tahu,engkau sayangkan diriKu,malu rasanya aku kerana dulu aku selalu leka dan lupa padaMu..maafkan aku Ya Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
Terima Kasih
Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.
©www.izat.blogspot.com
©www.theizat.com
assalamualaikum...
ReplyDeletewahai saudara izat tarmizi..
ujian itu tarbiyyah dari illahi..
saya juga seringkali diuji..
ujian umpama tali-tali yang telah ditakdirkan tersimpul mati..sekiranya kita menghadapi ujian,ungkaikanlah ikatan tali-tali itu dengan sabar..bukan terus mengusutkan simpulannya..sabar itu manis..=) yakin pada janji Tuhan..InsyaAllah..kita akan berlapang dada..ana al faqeerah ilallah..wassalam