Lenguh..Susu bayi?

Assalamualaikum

Penatnyer hari nie,masuk kerja kul 8.20,balik kul 6.30..lenguh rasanya pinggang aku nie,tadi pagi aku masuk kerja awal sikit dari biasa,lagipun memang selama nie aku masuk kerja awal pun..hehe

Actually aku ada sedikit maklumat ataupun ilmu yang ingin aku kongsi bersama-sama dengan korang semua,tadi masa aku pergi Imigresen Georgetown untuk upgrade system diorang,aku sempat baca buku Quran Saintifik karya Dr Danial Zainal Abidin.Awal sangat senior engineer aku pergi ker Imigresen,patut pukul 5.30 baru boleh update after system diorang dah offline,tapi aku pergi awal sejam..letih menunggu,tapi aku x mau buang masa,terus aku seluk beg galas aku dan capai buku Quran Saintifik

Apa yang menarik ingin aku kongsi bersama ialah bila aku terbaca satu bab dalam buku nie(bab 55 muka surat 155) cantik nombor..jgn pergi tikam nombor ekor pulak..haram tu..hehe.bab nie menceritakan kebaikan susu ibu terhadap bayinya..xper,xper aku paham,aku tahu bab nie maybe belum sesuai lagi dengan zaman kita,tapi ini sekadar ilmu untuk aku kongsi bersama untuk bakal2 isteri dan suami nanti,Insya-Allah apa yang akan aku tulis nie moga2 menjadi peringatan dan diambil iktibar agar bayi2 kita sihat dengan izin Allah(adus xsabarnya nak kawin)

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi,Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud , "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik aka susu buatan dari lembu,walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri,tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.

Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi ,Begitu Agung nya Allah,sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang betul,sebaik bayi dilahirkan,susu pertama berwarna kekuningan,ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu2 yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran

Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria,tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti,ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung,sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi,Insya-Allah,susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit,lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila2 masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria,walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel2 otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan


Sekian sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan untuk anda semua,mudah2an ilmu yang sikit ini mendapat berkat dan sebarkan demi kebaikan bayi2 kita..Menyusu lah demi masa depan bayi yang cemerlang(untuk bayi2 sahaja) =)


2 comments:

  1. Alhamdulillah..menarik2 =)
    semoga jadi ingatan di masa akn dtg nnt..

    *semoga dikurniakn suami yg soleh juga~ameen~*

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..menarik2 =)
    semoga jadi ingatan di masa akn dtg nnt..

    *semoga dikurniakn suami yg soleh juga~ameen~*

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com