Beza Blogger Macho dan Blogger Beauty v2





Kenapa banyak sangat perbezaan yang aku buat nie?yea sebab aku jaki dekat blog perempuan perempuan yang lawa,bukan aku jaki diorang lawa,tapi aku jaki sebab diorang dengan senang akan mendapat followers yang terdiri dari awek-awek cun jugak termasuk dengan jantan-jantan tegar.

Lelaki yang macam aku,sangat susah untuk menarik orang datang ke blog sebab aku tak pernah nak pamerkan aksi ghairah ataupun aksi cute aku di dalam blog,aku takut ada ramai orang yang termuntah tak kurang jugak yang jumpa bomoh dan gunakan pic aku untuk disantau bagi mengelakkan aku meneruskan entry-entry gambar aku yang akan memualkan para pembaca,so aku kena stay low,get down dan menulis dari dalam bilik yang gelap di penjuru yang gelap sambil mendengar lagu kekasih gelap.


Susah nak jadi lelaki yang serina misterina(mysterious) macam kebanyakkan blogger,lain lah macam benasshari.com yang ramai pengikut-pengikut wanita tu,kan kan kan,abang ben tulis entry seciput pun dah ramai yang masuk membaca,lain pulak macam aku,sekali nak tulis entry nie,sampai kena fikir gila-gila,nak cari isu semasa,nak cari idea,nak cari itu ini,arghhhh sampaikan nak present FYP pun masih memikirkan apa tajuk nak post nie ha?

Apa beza blogger macho dan blogger beauty:

1.Blogger lelaki pening kepala nak cari entry yang menarik untuk dipos,kang copy paste orang cakap kaki tiru,kang post pendek-pendek orang cakap tak ikhlas nak tulis,kang pos entry letak gambar sendiri nanti orang cakap kita gay =.=.wtfish?

Kalau aku hensem macamnie kompim aku dah post gambar aku posing macam-macam,hatta air liur meleleh pun aku posing,tapi malangnya ini gay =.=


2.Blogger perempuan senang,yang cun,ha,letak jer gambar,tulis entry kutuk diri sendiri pun kompim akan ada awek-aweks tegar yang menjadi tukang komen akan cakap.




"No sis you tak huduh sis,jangan cakap macam tu sis,u tetap cantik walaupun sis taruk plastik sampah cover muka sis,i love u sis" komen by miss toyatakimukikokojeli.

Cuba kalau lelaki yang letakkan gambar sendiri,tulis "Aku rasa tuhan jadikan aku serba kekurangan"


"Hek eleh,muka pecah tembok,hidung serombong kapal,woi tak bersyukur lagi ka Allah jadikan muka ko macam sampah tu?" komen by Anonymous.

3.Lelaki memang susah nak tarik orang untuk baca blog,melainkan blog korang memang dah ada peminat setia yang sanggup Bookmark page korang dan kalau extreme fanatik yang buat homepage!ha senang masuk masuk terus blog benashaari dekat depan page tu.Kalau macam tu hidup memang senang.

4.Perempuan senang nak tarik blogger perempuan sebab banyak yang kaki blogwalking,dari satu blog ke satu blog,dah tu ada yang jadikan sebagai bed time story sebelum tido,jalan-jalan tengok blog akak-akak fashionita dulu,akak-akak cun,komen-komen sikit,baru lega nak tidur malam,tidak boleh dapat mimpi ngeri.

"Weiiii~~~~ko tak tengok entry aku lagi weiii~~~bangun weii~~~" nightmare tak?

5.Lelaki dahagakan komen korang,tolong lah jangan jadi silent reader T_T,tulis lah komen sikit,cakap "hai hensem" dengan nama sebenar pun xper,penat lelaki nak tulis entry(rujuk point no 1.),atleast dia taw,ada jugak lelaki@perempuan yang baca dan berkongsi dengan dia,tidur pun lena,hahaha.

6.Perempuan paling senang nak dapat komen,baru post entry,Facebook like cecah 10000,komen cecah 100000,perghh..padahal post tentang "Hari ini saya malas nak kerja,jerawat tumbuh di pipi".

Kesimpulan,sebenarnya,aku cemburu,tu yang betul tu..hahahah..diskriminasi blog!kami nak hak lelaki kami balik!(untuk yang tak hensem dan myterious)..hahahaha

p/s : Aku nak buat pertandingan jugak la jugak,main tukar-tukar link,pastu nak pegi gym bagi ketul-ketul...yeah!

p/s/s : Oh one more before i forget,just take this as an advice,hati-hati wahai wanita,takut nanti gambar tu disalahgunakan pulak oleh insan yang tak bertanggungjawab,ingat cantik anda untuk suami anda..sekian..

25 comments:

  1. hehehe. entri best. betol gak ko cakap. sebenanye perempuan yang misterius pon susah gak nak mendapat trafik yg tinggi.

    Jadi kesimpulannya: KEnala jadi cantik @ hensem kot.

    wakakaka!

    rileks lah. maybe ade cara lain kot utk anonymous blogger ni. Kena ada identiti yg unik lagi menarik.

    Contohnya blog aididleaks dan keretamayat

    bye!!!

    p/s: panjang x komen aku??

    ReplyDelete
  2. Panjang ,aku suka,nah cokelat koko jeli

    selalu bila bukak blog pompuan nie mesti tertanya2 lagu apa plak nak kuar nie,hahah

    ReplyDelete
  3. cian..he3..xdela diskriminasi pon..ni saye dh dtg blogwalking blog awk..suke tak? suke tak?

    ReplyDelete
  4. oret2...ha dah letak komen dh nie...x jd silent reader dh...ok?...but mysterious forever bru adventerous..x perlu la nk tyg sgala bnda me'alah tu...ur entry simple but cucuk kalbu...tu sje...daa~...

    ReplyDelete
  5. Hahah,mmg nak bg tusuk kalbu pun..

    ReplyDelete
  6. hahahaha.. awat tak stay dulu kat post ni.. rilek 2 3 hari.. baru post yang baru.. hahahaha.. btw, anda gay!!

    ReplyDelete
  7. Nanti aku kecikkan post yg ats2 tu,bukan apa,ghairah nak post entry baru,hahaha..thx gay..awai bgn...

    ReplyDelete
  8. I'm here, peminat number satu :)

    ReplyDelete
  9. heheh..entri yang best n betul...=)

    ReplyDelete
  10. hai hensem..*merujuk no.5* :p

    ReplyDelete
  11. Hahah...ada jugak yg ikut apa yg aku cakap XD

    o hai cik habsahharun

    ReplyDelete
  12. hahahaha...macam2 hal!

    ReplyDelete
  13. jd silent reader tu cool lah, :D
    jd blogger yg mysterious pon cool jugak! :D
    hahaahhahahhh

    ReplyDelete
  14. @fairuz adoi,jangan la jadi silent reader,jadi la komentator yang aktif,nak kutuk ke apa ke,lepas kan jer,baru best berblogging,atleast xder la blogger syok sendiri kan kan kan..hahaha

    ReplyDelete
  15. dari mata turun ke hati. tibe-tibe nak tekan keyboard dan komen entry ini. bagus bangat sih entry nya... =)

    ReplyDelete
  16. this entry make me smile..thnx...=)

    ReplyDelete
  17. aq ska r blog ko...entry dye best....

    ReplyDelete
  18. sian sadis je mendengar keluhan . (: lepas ni aku komen banyak2 ye .

    ReplyDelete
  19. sian sadis je mendengar keluhan . (: lepas ni aku komen banyak2 ye .

    ReplyDelete
  20. dari mata turun ke hati. tibe-tibe nak tekan keyboard dan komen entry ini. bagus bangat sih entry nya... =)

    ReplyDelete
  21. heheh..entri yang best n betul...=)

    ReplyDelete
  22. hai izat!
    baru jumpa you're blog from Ayeemayam punya.
    nice entry btw. =)
    and nice blog. i found it informative somehow.

    have a nice day!
    god bless!

    Eiza Kamarul

    ReplyDelete
  23. haha..suka gilaa post ni..kwn tira #laki diie slalu tanye tira nk post ape kat blog..haha

    bile ckp..post lah pasal ape yg berlaku hari ni kee..nthen die ckp..aku ni lelaki..mane sesuai nk post cam gituu...

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com