Polis menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang anggota penguatkuasa,so bila korang dah ditangkap,secara on the spot korang akan dianggap sebagai suspect,buat muka hello kitty pun jangan harap dia nak buat baik,itu tugas pihak polis,diorang pun banyak lagi keja nak buat,jangan sampai silap haribulan bila korang disoal jawab,tapi jawapan yang korang bagi tu akan makan diri balik,so hati-hati.
Nie aku nak kongsi hak korang sebagai bila berdepan dengan polis,jangan gelabah,relak,polis pun manusia biasa jugak (padahal kalau aku pun aku gelabah jugak,haha)
Luangkan sedikit masa korang untuk membaca,ingat baca jangan tak baca,ketahui hak korang sebagai seorang rakyat Malaysia,mana taw nanti nak naik flight tetiba kena tangkap ke,nak pergi kedai runcit,tetiba polis datang.
5 minit yang korang spend untuk baca hak anda dan selamatkan diri anda
Read more here
Bila korang berada di jalan raya atau di luar nanti, ingatlah bahawa:
* Polis memang boleh meminta seseorang itu untuk berhenti dan polis boleh
bercakap dengan sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak korang
sama ada nak jawab atau tidak, melayan dan bekerjasama dengan mereka atau tidak.Walaupun apa yang aku nak cakap nie nampak macam berani mati dan tindakan ganas,tapi aku syorkan agar korang jangan menjawab segala soalan yang bila korang rasa makin pelik,jangan takut,itu hak korang sebagai rakyat Malaysia,kalau dah rasa pelik gila,gunakan hak korang cakap "I want my lawyer,saya nak gunakan hak untuk tidak bersuara",takder lawyer pun jangan risau,boleh ambik no bantuan guaman,aku selalu ada no guaman nie incase kalau benda-benda tak best jadi,ini no untuk pusat bantuan guaman KL 03-26913005
* Polis juga boleh cuba menyoal dan mendapatkan butiran tentang seseorang
sekiranya orang itu telah melakukan kesalahan atau mengesyaki seseorang itu
telah melakukan kesalahan. Sekali lagi,korang terpaksa buat cara berani,jangan risau,korang tak perlu dedahkan kalau korang rasa pelik,tunggu bantuan guaman,ingat ayat power di atas "I WANT MY DAMN FUUU LAWYER!" (sebut dengan lembut dan ceria).
* Polis tidak boleh memeriksa badan, beg atau barang-barang yang korang bawa
semata-mata kerana korang disangkakan oleh polis yang korang ada buat something yang boleh disyaki,kalau terpaksa jugak pastikan pegawai berpangkat tinggi ada bersama dengan anggota polis yang lain
* Polis boleh memeriksa kereta atau kenderaan yang korang naiki, atau
barang-barang yang korang bawa, sekiranya mereka percaya pada korang terdapat
barang-barang yang dicuri, senjata atau dadah, peralatan yang digunakan untuk
mencuri atau sebarang bukti bagi korang untuk melakukan sesuatu kesalahan.
Aku ingatkan agar korang jangan bawak barang-barang yang disyaki dan berbahaya,aku punya baton besi yang selalu aku bawak dalam beg,kena rampas masa nak naik flight di LCCT,tapi dengan cara yang elok,bila toleransi di antara kita dan pihak polis.
* Sebelum diperiksa, polis mesti terlebih dahulu memberitahu siapa
mereka dan dari balai polis mana mereka datang, kenapa mereka mahu memeriksa
korang dan memberitahu korang bahawa korang akan diberikan satu salinan
rekod barang yang diperiksa oleh mereka. Jika mereka tidak menyatakan
perkara-perkara ini, ingatkan mereka bahawa mereka sedang melakukan sesuatu
yang melanggar undang-undang negara!"
* Hafal nombor polis di baju mereka. Jika mereka tidak memakai sebarang nombor atau tanda nama, mereka sedang melakukan satu pelanggaran terhadap undang-undang. Cam muka mereka baik-baik!
* Ketika polis memeriksa badan, kenderaan atau barang-barang korang, jika
ditanya untuk memberi penjelasan, korang tak perlu memberitahu butiran
terperinci bagi soalan-soalan mereka.
* Polis mesti menyerahkan kepada korang satu salinan rekod barang-barang yang
diperiksa ketika proses pemeriksaan sedang berlaku atau sebaik saja pemeriksaan
selesai mereka jalankan. Kegagalan polis untuk menyerahkan salinan rekod ini
bererti mereka bertindak melanggar undang-undang negara.Jika tiada sebarang salinan yang diberikan,ini sama dengan tindakan mencuri.
* Jika pegawai polis yang membuat tangkapan mahu merampas ubat-ubatan, telefon bimbit dan barang-barang korang,polis mesti menyediakan satu salinan barang rampasan dan meminta korang menandatangani senarai tersebut.
* Jika semasa ditangkap korang ada membawa ubat-ubatan keperluan ataupun barang-barang lain, korang boleh memohon agar barang-barang tersebut dibenarkan untuk dibawa bersama .
* Korang mungkin digari oleh polis semasa mereka menangkap korang. Korang boleh meminta agar gari dibuka pada masa itu juga. Walau bagaimanapun adalah menjadi budi bicara pegawai polis yang menangkap korang sama ada mahu terus menggari atau tidak.
*Korang MESTI diberitahu oleh polis apakah sebabnya korang ditangkap atau ditahan oleh mereka.Tak boleh "Balai cerita".
* Dalam apa keadaan sekali pun, sekiranya korang tidak bertindak agresif atau melawan, polis tidak berhak untuk bertindak kasar dengan memukul, mengetuk, menyiku, menumbuk, menendang atau melakukan apa-apa sahaja perbuatan ganas terhadap korang!
*Sekiranya ditahan,korang akan diberikan satu panggilan telefon,tolong telefon orang yang faham dan yang boleh tolong korang,jangan pergi telefon MCD,soh hantar balai sebab lapar.
Dah habis baca?sure korang dah baca sampai habis nie?tolong baca sampai habis dan janggan tertinggal point-point penting,kena beringat,kita tak taw apa yang akan jadi dekat kita nanti,be carefull in your life,salin no telefon yang penting,kalau boleh sila hafal.Ambil no bantuan guaman tu.
Last sekali ingat ayat power nie
"I want my lawyer,Saya nak gunakan hak saya untuk berdiam diri"

betul2!! termaktub dalam criminal procedure..tq2x!!
ReplyDeleteLawyer pun dah luluskan,terima kasih cik lawyer,hahaha
ReplyDeletesama2..hihii.. penah kene ke ape?mmg berguna entry ni..sbb org ramai xtaw hak dorg.. kot nnt ada yg amek ksmpatan or dorang 'ter' over dlm hak dorg.
ReplyDeletePernah,ce baca link yg izat letak tu,hahaha,nie khidmat lawyer nie sejam berapa?xnak iklankan dekat sini ka?hahaah
ReplyDeleteeeeii... ni juz lawyer temberang je ni..lawyer kampong byk agy nk mnuntut ni..kekekeke... ntah2 kene mnuntut ngan the izzat.com..heewww!!!
ReplyDeleteminta izin kongsi di blog saya boleh...
ReplyDeleteSilakan,Jgn lupa backlink dkt sy :p,nak amik badge square blog tu pn leh,letak dkt blog awk,haha
ReplyDeletei want my lawyer.
ReplyDeletesaya nak gunakan hak saya untuk berdiam diri.
bagus entry ni..syabas bete.
hohoo..tengkiu
ReplyDeleteentry yg menarik
ReplyDeletehurm btul jugak kan..lebih baek berdiam diri dari ckp..klu ckp pon msti diowg igt kta tpu diowg..tmbhan lak masa tu tgh cuak(takut) dgn polis..nak ckp pon trketar2..
ReplyDeletehurm btul jugak kan..lebih baek berdiam diri dari ckp..klu ckp pon msti diowg igt kta tpu diowg..tmbhan lak masa tu tgh cuak(takut) dgn polis..nak ckp pon trketar2..
ReplyDeleteeeeii... ni juz lawyer temberang je ni..lawyer kampong byk agy nk mnuntut ni..kekekeke... ntah2 kene mnuntut ngan the izzat.com..heewww!!!
ReplyDelete