Tengok Boleh,Ikut Jangan

pic credit to sayaiday


Kenapa aku tengok sekarang ni ramai sangat yang nak ikut artis-artis?sampai cara berpakaian pun aku tengok dah jadi songsang,aku bukan nak salahkan si artis tu,maybe dia tak dapat ajaran agama yang secukupnya or dia just ignore kan pasal hal tu,ada sorang artis pernah cakap,tolong jangan jadikan artis sebagai idola,dan dia di hentam teruk oleh artis-artis lain,come on derrr..betul la apa yang dicakapkan tu,si artis yang cakap macamtu pun masih rasakan diri dia belum sempurna,aku heran sebab banyak yang nak ikut gaya-gaya artis  nie tak lain dan tak bukan,jeng jeng jeng..wanita!kenapa aku cakap wanita dan bukan lelaki?setakat nie aku tengok takder la pulak orang laki yang ada jadi fashionita follow certain-certain artis lelaki,jangan cakap la kalau yang follow artis luar negara tu,aku generally cakap tentang dalam negara,jangan pandang luar kalau dalam tak settle.


Tudung macam siput (you know who) dikatanya smart apa,fashion kot,smart la kalau yang pakai tu bukan islam,kalau caranya islam,tolong buat betul-betul,jangan nak main-mainkan,memang ko kata dia pakai tudung tapi nyanyi tu kan hukumnya tetap salah,yea!memang salah,ada aku kata betul?tapi ingat dosa-dosa kita dihukum berperingkat ditapis dengan apa kesalahan yang kita buat,sebab tu ada hukum orang berzina,ada hukum orang amik riba dan sebagainya,so kalau dah agak tak tahan sangat nak menyanyi dan pakai tudung,atleast buat pakai tudung dengan cara yang betul(maaf jangan ingat aku nak galakkan orang bertudung boleh nyanyi pulak yea).Ini bukan nak judge orang,tapi ini nak tegur orang,kalau korang nak kata kenapa aku tak tegur minah-minah di tepi jalan yang pakai tudung tapi pakai baby-t,aku tegur,aku tegur dengan hati yang meluat dan tak suka tengok and tolong belajar ada cara-cara untuk kita menegur orang,by hand by speech and by heart,so disini aku by hand,tulisan dalam entry ni.

Tengok boleh,tolong jangan ikut,aku lagi suka kalau orang perempuan pakai tudung macam makcik-makcik yang nak pergi kenduri,itu lagi buat aku minat dan rasa jatuh hati dengan keayuan,bukan apa,bila dah bertudung ikut fesyen,nanti nak keluar rumah,pakai tudung pun dah amik masa 1 jam!tu belum kira mandi lagi,30minit,makeup lagi 30 minit!,so biar lah bersederhana dalam segalanya,relaks sudah,tak perlu vogue-vogue pun,korang nak tayang dekat siapa?yang halal ditontonkan hanya depan suami,yang korang tangkap gambar kalah model amber chia dan hannah tan tu kenapa?nak bagi lelaki-lelaki jatuh cinta(termasuk aku,kalau tak termasuk aku maknanya aku bukan lelaki normal,sekian) dan timbul nafsu sekaligus korang dah dapat dosa.Simpan babe,simpan untuk suami mu.

Sebab tu la aku cakap,golongan wanita nie senang lahhhhhhhhh sangat nak terikut-ikut,kalau dulu aku ingat budak-budak sekolah yang senang sangat nak terikut dengan artis-artis nie,ingat lagi aku,member-member sanggup tempah seluar 2x lebih besar dari kaki sebab nak buat seluar baggy katanya,nak hip hop,(aku dulu sekolah pun tempah jugak seluar V-Cut,hahaha jenama Cantona lagi tu),tapi rupanya semakin aku membesar dengan riang nie aku tengok ramai jugak wanita-wanita yang suka mengikut fashion-fashion para artis,ada yang bagus kita ikut,macam Wardina tu,ikut la cara dia (tapi tak payah la kikis bulu kening),ini tak,artis rambut pendek,wow!aku pun nak potong rambut pendek jugak lar!

Yang aku hangin sangat dekat artis nie bukan apa,diorang tu dah tak bole kata apa dah,memang akan jadi idola jugak bagi sesetengah orang,sebab tu kalau artis yang kita bagi teguran dekat dia macam ada website gosip tu,atleast terima,dan jangan rebel,ini bila dah rebel nampak sangat sikap yang suka memberontak..Kalau ko nak pakai macam Nun sekali pun pakai lah,janji tutup aurat,dan janji ko masih islam.

Tanda-tanda akhir zaman


Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:
- Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang2 tertentu sahaja.
- Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
- Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
- Suami taat pada isteri.
- Anak mendurhakai ibunya.
- (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
- (dan) menjauhkan diri dari bapanya.
- Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
- Orang yg paling hina dikalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
- Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
- Arak diminum di merata-rata tempat.
- Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
- Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
- Banyak jenis muzik dimainkan.
- Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.

Ok itu point untuk matikan hujah yang nak sokong sangat artis.

Sekian
p/s : Usop jugak best!

10 comments:

  1. Salam Izat..

    satu en3 yg bagus....
    memang sekarang ni dah melampau lampau sgt segala yg tak baik..

    ReplyDelete
  2. Kot da bleh mengundi tu, carilah kerajaan yang terbaik. Undi rehsia ek...

    ReplyDelete
  3. "Tudung macam siput (you know who) dikatanya smart apa,fashion kot,smart la kalau yang pakai tu bukan islam,kalau caranya islam,tolong buat betul-betul,jangan nak main-mainkan,memang ko kata dia pakai tudung tapi nyanyi tu kan hukumnya tetap salah,yea!memang salah,ada aku kata betul?"---> I strongly agree dengan this statement... I hate the fact hanya kerana beliau bertudung litup, beliau diangungkan sedangkan suaranya itu aurat.. Apa guna bertudung then?

    ReplyDelete
  4. @misz Qahirah yes,memang tajam..hehe

    @ctm.zainal itulah kalau dah jahil akan kuarkan statement yang jahil,sebab tu jadi perempuan nie ujian 1001 macam,nak jaga sorang anak perempuan lagi susah dari jaga 1000 orang anak lelaki

    ReplyDelete
  5. "Tudung macam siput (you know who) dikatanya smart apa,fashion kot,smart la kalau yang pakai tu bukan islam,kalau caranya islam,tolong buat betul-betul,jangan nak main-mainkan,memang ko kata dia pakai tudung tapi nyanyi tu kan hukumnya tetap salah,yea!memang salah,ada aku kata betul?"---> I strongly agree dengan this statement... I hate the fact hanya kerana beliau bertudung litup, beliau diangungkan sedangkan suaranya itu aurat.. Apa guna bertudung then?

    ReplyDelete
  6. siapakah yg bertudung macam siput tu? aku dah confuse2...

    sebenarnya orang sekarang semua berpakaian ikut trend.. sampai dah x sure mana halal dan haram..

    dorang lupa, kadang2 apa yang nampak cantik (dan elok) pada orang, tak mestinya sesuai untuk dia juga

    dorang juga lupa sopan tak mesti tutup aurat tapi kalau x tutup aurat, memang x sopan...

    mudah cerita, cuba bawa cara berpakaian dorang tu g umah BAKAL MAk MERTUA.. sesuai tak?

    ReplyDelete
  7. entry yang terbaik...... =) thumbs up..

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com