Tudung or Not Tudung
Aku tengok sekarang ni banyak sangat entry tentang isu tudung,ada yang cakap pakai tudung tak ikhlas,ada yang cakap pakai tudung semata-mata nak tutup love bite,ada yang kata biarlah janji dia pakai tudung,daripada tak pakai,ada pulak yang cakap kalau tak hot pakai tudung lar,muka dah ugly tapi nak dedah-dedah apahal,pastu tup tup bagi pulak cadangan kata,kalau hot tak pakai tudung pun takpe kalau boleh berbogel lagi cun.
Tudung ni bukan satu keperluan ,sebab tudung nie macam-macam boleh diklasifikasikan sebagai tudung,ada tudung saji,tudung periuk,bak kata semua lah yang berkenaan menutup dan melindungi nie orang akan panggil sebagai tudung,kalau nak tengok laki pakai tudung,time hujan ramai yang "bertudung",pakai topi dan payung,jadi definisi tudung ini sangat meluas,terpulang pada individu untuk mentafsirkan hal tudung nie.
Yang menjadi kewajipan adalah menutup aurat,itu yang agama Islam tuntut,aku tak kata salah kalau ada orang perempuan yang pakai tudung mengikut gaya-gaya terkini,yang jadi salah tu bila pakai tudung semata-mata nak menunjuk yang dia pandai berfesyen dan yang paling tak best nya,siap buat tutorial lagi bertudung,kenapa susah sangat kah nak menutup aurat dengan bertudung sampai nak kena buat tutorial dan tahukah anda yang tengok video anda membuka pekung di dada tu adalah lelaki(termasuk lah aku),kalau niat korang bagus,nawaitu bagus semata-mata nak ajar orang bertudung,sangat bagus,sebab ada kawan perempuan aku yang bila tengok tutorial bertudung,ramai yang nak bertudung,wanita sukakan kecantikan,apa yang dibuat oleh wanita semuanya mesti berkait dengan cantik,Rasulullah sukakan kecantikan,dan Baginda memang sangat-sangat mementingkan kecantikan dan ada kisah kalau Rasulullah lalu di lorong,pasti akan tertinggal kesan-kesan wangian dari pewangi Baginda..
Isunya sekarang terletak pada diri wanita tu sendiri,bertudung atau tidak itu dia dengan Allah,aku pun pernah ada teman yang tidak bertudung,tapi jauh di sudut hatinya dia teringin sangat-sangat nak bertudung,bila ditanya,katanya belum bersedia,bagi aku,benda yang baik jangan tunggu bersedia ke tidak,bak kata Nike,"Just Do It",memang orang akan pandang serong pada mulanya,biasalah manusia kan,hati mesti kena jaki beb.Mulanya wanita akan pakai tudung bila dia rasa cantik dan bila orang puji dia cantik,dan itu tak salah kalau niatnya pada mulanya nak pakai tudung sebab "eh aku rasa cantik la kalau pakai tudung,ayu gitu",its ok,lama kelamaan niat tu akan berubah,lama kelamaan diri akan rasa malu untuk tidak bertudung,dan waktu tu nawaitu hanya kerana Allah.
Ada satu entry dalam blog tulis,"Kau hodoh pakai lah tudung,jangan nak tunjuk peta plak,kalau hot takpa dedah-dedah",sekurang-kurangnya yang hodoh bertudung ini terlindung dari dosa menunjukkan aurat,ujian bagi dia,dan dia mampu untuk teruskan ujian,yang cantik pulak satu hal,ujian yang Allah beri dekat dia berupa kecantikan dia sendiri,your beauty is your own curse.Seriously aku cakap kadang-kadang hati busuk aku pun ada terdetik kata macam tu,tapi cepat-cepat kita ucap istiqfar,sebab aku dah menilai manusia tu dan aku pulak yang nak bagi "markah" dekat dia,padahal tu kerja Allah,bukan kerja aku pun.
1.Aku tak nak pakai tudung,rambut aku cantik,mahal ni aku buat rebonding,
2.Panas la bertudung,
3.Ala pakai tudung pun buat apa,still buat benda-benda jahat jugak
Satu lagi aku nak tambah(thx to http://tubelawak.blogspot.com/ sebab tolong carikan alasan bagi wanita-wanita ini untuk elakkan dari bertudung)
4.Boyfriend I tak suka tengok I pakai tudung,dia kata tak cantik
Untuk point nie aku bagi nasihat,sila dump boyfriend anda cepat-cepat sebelum dia dump anda,lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik,vice versa,dan itu cuma alasan bagi wanita yang tak nak berubah,alasan bagi dia kukuhkan lagi sebab untuk tak nak bertudung,suami yang baik nak kan yang terbaik untuk isterinya,aku point untuk suami sebab boyfriend ko bukan suami ko,sampai bila nak jadi boyfriend ko?Kalau ko nak berubah,ni ha ramai lagi lelaki lelaki yang baik yang mampu nak tolong ko,tapi dengan syarat dan nawaitu hanya kerana Allah,baru laju sikit datang pertolongan dari Dia.
Dan point no 3 tu memang selalu kita dengar,of course dari mereka yang tak bertudung,dengan alasan pakai tudung tapi perangai jahat,baik tak payah pakai,meh sini aku nak tolong jawab.
1st,Semua manusia,tak dak siapa yang pernah lepas dari melakukan dosa(ayat skema dan biasa kita dengar).
2nd,Kalau ko tak mampu nak pakai tudung,tolong jangan cakap ayat macamtu dekat wanita yang pakai tudung,sekurang-kurangnya dia menutup aurat,dan itu bukan arahan yang suka suki dibuat,itu Hukum Allah.
3rd-Anda cakap pakai tudung pun still buat benda jahat,ok aku bagi situasi,Kalau dia bertudung sekalipun dan buat benda-benda yang tak senonoh,sekurang-kurangnya rambut dia tak kan di gantung dan di bakar di dalam api neraka,sedangkan kita yang tak pakai tudung tapi buat benda-benda yang baik,hukuman tetap hukuman,so kesimpulan dia,pakai lah tudung dan buat benda-benda yang baik,anda dapat berganda,anda tak rugi,suami tak kena seksa.
Kalau orang kata awek/bini aku tak bertudung,ada aku kisah?aku memang kisah!aku tak boleh paksa dia untuk bertudung,tapi aku boleh nasihatkan dia untuk bertudung,lama-lama nanti insyaAllah dia akan buat jugak ,sebab itu benda baik,benda baik Allah janji akan jadi,cuma masa yang menentukan,jadi kepada lelaki-lelaki yang diluar sana,jangan putus asa,unless anda yang tak suka tengok perempuan anda pakai tudung,memang kesian lah wanita-wanita yang dapat suami yang macam tu.
Tolong jangan salah faham kepada wanita-wanita yang tidak bertudung tu,mungkin dia belum jumpa orang yang mampu untuk mengubah dirinya,dan ingat hidayah itu milik Allah,just nak pesan kepada diorang,jangan mengata orang yang berbuat baik,so point disini,jangan mengata orang yang bertudung,itu biar dia dengan Allah,itu dirinya dan akhlak dia,just bila korang tengok ,biar dalam hati ada niat untuk berubah,insyaAllah Allah akan tolong.
So last sekali,aku rasa kalau korang nak bantai dekat minah-minah@perempuan yang bertudung nie,tak perlu lah,itu bukan kerja korang,itu kerja Allah yang menilai dan one more,kalau korang nak bantai aku dan tak puas hati silakan,itu bukan hukum aku,tapi itu hukum Allah.
IKLAN BYGON AKU NAK BUNUH LIPAS JAP!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
Terima Kasih
Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.
©www.izat.blogspot.com
©www.theizat.com

* tersenyum *
ReplyDeleteteruskan mnulis.. :)
weh!! ni gila dahsyat hang karang.. tapi ada lagi alasan menarik untuk tidak pakai tudung.. "boyfriend i cakap dia lagi suka kalau i freehair"
ReplyDeleteTu sebenarnya pompuan tu pun memang nak jadikan alasan untuk sebab tidak bertudung,so bila dia cakap kata macamtu,kukuh lagi lah alasan dia untuk tak nak berubah.
ReplyDeleteTu la yang aku dok cakap kat atas tu,kalau benda baik,terus buat,nie bila dok buat alasan macamtu,alamatnya makin simpang jauh la,
Boyfriend macam tu aku nasihat,WAJIB di DUMPKAN awal-awal sebab lambat laun dia akan DUMP kan awek dia tu jugak,ye lah,dah kalau bf tak suka kearah kebaikan,mesti lah banyak lagi benda-benda buruk yang dia minat nak cari.Suami yang baik sayang isteri dia sebab tu maruah isteri dia.Aku target suami sebab sampai bila Bf tu nak jadi Bf,tak kan buat stok geli2 jer..
I like , i like :D
ReplyDeletelike sgt2 entry nih....
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletekiranya bertudung itu bukan lagi bermakna menutu aurat menetapi syariat, maka, tidaklah mustahil, suatu hari nanti, frasa 'bertudung' dan 'menutup aurat' itu perlu dipisahkan...
allahu 'alam.
Salam
ReplyDeletebertudung menutup aurat mengikut syariat adalah tak sama dengan bertudung,sebab tudung pun dah macam-macam jenis dan fesyen,sy rasa ramai saudari-saudari yang lebih taw jenis-jenis tudung nie,tudung bawal sy tahu lah,hehe.
sgt bersetuju!! ^_^
ReplyDeletevery interesting!stgah org cakap..nk pkai tudung kena tungu smpai seru dulu..bukankah dalam al-quran tu sndir dah nyatakan hukum pemakaian tudng..menutup aurat..musykil dgn org zaman skrg...terukan menulis...sy suka n3 awak..=)
ReplyDeleteThx sAkEeNa..mmg apa yg izat tulis cara santai,tapi dlam tu ada ayat yang membantai,rasanya bole kot remaja sekarang terima cara penulisan macam nie,tak terlalu panjang atleast ada point penting :)
ReplyDeletesuka entry awk..
ReplyDeletemmg btul, tudung n bertudung xsma..tambah2 sekrang pelbagai fesyen tudung yg ada..cba awk tgk fesyen yg ada sanggul tinggi (sbnrnya sanggul palsu)..klu dlm istilah kitaorg itu adalh bonggol unta...Allah ada melarang dlm al-Quran pasal bertudung seperti bonggol unta nih...
nauzubillah....
setuju sangat! ramai yang cakap, "alah kalau bertudung pun tapi tak ikhlas nak buatpe,,"
ReplyDeleteIt's not about ikhlas ke tak, tapi dah memang wajib bertudung. Ikhlas tak ikhlas tu belakang kira laa. Asalkan ikut apa yang Dia mintak.
menarik entry ni..
ReplyDeleteBravo bro! ;p
ReplyDeleteWANITA YG BERTUDUNG XSEMESTINYA BAEK, TP UTK JDIE LEBIH BAEK, KNE LA BERTUDUNG... xbegitu??
ReplyDeleteBukan kira bertudung or tak bertudung untuk jadi baik atau tidak,bertudung tu perintah Allah,jadi mana perintah Allah itulah yang terbaik.
ReplyDeleteYang mana baik tapi tak pakai tudung,doa pada Allah agar satu hari nanti diorang akan berubah,ramai jer kawan-kawan izat yang dah pakai tudung,lagi cumil lagi sopan,dah la baik,pakai tudung tutup aurat,pergh lagi nampak ayu jer..
pd sy bila seorg pompuan tu b'tudung, dia dpt hindarkn diri dr b'dosa, sy slalu p'hatikan, lelaki xkacau sgt pompuan yg b'tudung ni, konon2nya tutup sangat, xhot n mcm2 lg. so dr sini scr xlgsg pompuan dpt hindarkn diri dr dosa.
ReplyDeletesuke bace entry ni :D
ReplyDeleteNice one , mr ! Sejuk hati membaca entry ini :D
ReplyDeleteNice one , mr ! Sejuk hati membaca entry ini :D
ReplyDeleteTeruskan berdakwah:) Btw, apa pandangan Encik Izat ni mengenai aurat perempuan yg mana hanya muka dan tapak tgn saja blh dilihat, kan? Maksudnya bkn rambut je kena tutup, tu kaki tu..kira wajib la pakai stokin?
ReplyDeleteHm. Elakkan drpd membezakan baik buruk perempuan bertudung atau tidak. Memang dah wajib perempuan tutup aurat, buatlah apa yang diperintahkan Allah. Orang yang memberi nasihat pada mereka yang tidak bertudung, tidak perlulah dikatakan alim dan sebagainya. Ingatlah Allah...andai sampai mati pun tak dapat seru, adakah patut kita salahkan Allah? Wahai perempuan Islam..tutup aurat ini wajib..sepertimana diri manusia yang beragama Islam wajib menunaikan solat 5 waktu. Mari kita muhasabah diri bersama..dan mari kita selamatkan diri dari neraka..
ReplyDeleteTolong pentingkan suruhan Allah!
entry yg menarik..zaman skrg ramai yg bertudung tapi tak tutup aurat, dunno niat asal derang sebenarnya ap?sekadar tutup rambut @ kepala saja kah?Bertudung yang menutup aurat adalah yang menutupi dadanya, dipadan dengan pakaian yang tidak ketat dan tidak menampakkan lekuk tubuh.
ReplyDelete"2nd,Kalau ko tak mampu nak pakai tudung,tolong jangan cakap ayat macamtu dekat wanita yang pakai tudung,sekurang-kurangnya dia menutup aurat,dan itu bukan arahan yang suka suki dibuat,itu Hukum Allah."
ReplyDeletesuka baca part tu :)
a rule that made to protect women... :)
ReplyDeletebrtudung ni WAJIB bkn sunat...
ReplyDeleteslm,good job.keep it up...sgt santai dan mendalam tulian nie
ReplyDeletebrtudung ni WAJIB bkn sunat...
ReplyDeletesuke bace entry ni :D
ReplyDeletemenarik entry ni..
ReplyDeletepd sy bila seorg pompuan tu b'tudung, dia dpt hindarkn diri dr b'dosa, sy slalu p'hatikan, lelaki xkacau sgt pompuan yg b'tudung ni, konon2nya tutup sangat, xhot n mcm2 lg. so dr sini scr xlgsg pompuan dpt hindarkn diri dr dosa.
ReplyDeletebest :)
ReplyDelete