Dakwah dalam Lawak atau dalam Kasar



Bagi menjawab entry tubelawak.blogspot tentang entry nya Tak boleh ke Melawak dalam Berdakwah?
sebenarnya aku nak tulis jer komen kat bawah tu,tapi kalau aku tulis nanti dah jadi macam satu entry plak,haha,aku memang kuat berleter,jadi baik lah aku tulis jer entry,anggap jer la tu komen ye tubelawak?

Dakwah ada banyak definisi,apa sahaja yang menyeru kepada kebaikan dan ingat kepada Allah,itu adalah dakwah,Amar Makruf Nahi Mungkar konsep dakwah dalam islam,tak salah nak melawak dalam berdakwah,terpulang pada cara masing-masing kalau nak berdakwah,ada caranya tegas tapi masih boleh diterima ada cara yang lembut dan lawak tapi masih boleh diterima,yang penting nawaitu kita.

Setiap perbuatan,amalan,tingkah laku hatta cara pemakaian kita pun boleh digolongkan dalam cara-cara untuk berdakwah ,sebab target untuk berdakwah ni dari peringkat umur,kedudukan dan pangkat semuanya ada cara masing-masing,tak kan ko nak pergi sound boss ko depan-depan client dia cakap itu tak betul ini tak betul,islam bukan lah satu agama yang menjatuhkan martabat orang lain,sebab tu dalam islam ada kata jangan buka pekung orang lain,walau jahat mana pun manusia tu kita tak boleh aibkan diri dia depan manusia yang lain.


Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam dari menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan ini, ia menjadi fasik, maka hendaklah ia bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya, "... dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang...".

So islam ada cara yang lebih mudah dalam berdakwah,tak salah kalau kita melawak sambil berdakwah,cara yang paling simple kalau dengan kawan-kawan yang melepak sambil minum dengan kita,tetiba azan zohor,kata lah dia tengah lepak dengan rakan dia yang kita tak kenal sangat pun,tak kan kita nak cakap "jom,jom ramai-ramai p sembahyang sama-sama,hng ajak la member-member hang sama" cara macam tu sekaligus boleh jatuhkan air muka seseorang tanpa kita sedar,maybe dia rasa termalu bila cara kita ajak tu nampak sangat macam dia tak reti nak sembahyang kea?sekaligus dah buat orang sangka buruk dekat kita,sebab tu kita mesti kena dengan gaya kita,dakwah kita mesti kena dengan tempat dan cara,bukan main redah,better cakap macamnie "Weyh,aku nak solat jap,japg aku join balik" dengan harapan dan niat moga agar diorang pun ikut sama,Hidayah milik Allah,ingat tu,bukan milik kita.

Satu lagi situasi,aku rasa ramai dah pernah dengar cerita nie,macamana menantu berdakwah dengan pak mentua dengan cara sindiran sinis,meh aku cerita lagi.Menantu yang kuat makan dengan Pak Mentua yang malas solat,waktu dekat meja makan,pak mentua nie merungut sebab beras selalu habis cepat dan si menantu terasa sebab dia kuat makan,teguran secara direct,takpa la sebab dia lagi tua,tapi macamana si menantu nak tegur Pak Mertua,dia orang tua,kalau tegur direct nanti terasa,dia hormat orang-orang tua,jadi satu hari dia ajak mertua dia main dam aji,sebab orang tua nie champion dam aji dekat kampung,saja dia bagi mertua dia menang "Ha!tengok aku naik aji lagi,hahaha" tergelak dan rasa bangga sebab dapat kalahkan menantu dia yang bodoh tu,tapi menantu dia ada agenda tersendiri dan terus dia kata "Teringin nak p Haji,selalu dalam solat cek doa Allah bagi p haji,untung lah pak bole p haji tiap2 hari",tersenyap orang tua tu.


Nampak?itu cara macamana kita nak berdakwah,tak semestinya ko kena ajak orang tu sembahyang dengan ko sampai tarik-tarik dia,cukup sekadar cakap "aku nak solat dulu nie",ataupun kalau dalam rumah,sembahyang depan dia,maksudnya tempat yang dia boleh nampak,lama kelamaan pintu hati dia akan terbuka,itu cara kita berdakwah..jangan main redah,islam itu indah islam itu mudah.


Aku pernah join karkun,tabligh keluar untuk berdakwah,dan banyak yang aku belajar dari diorang macamana cara-cara berdakwah,apa yang diorang buat sebenarnya bukan untuk memandai nak tegur orang,tapi diorang cakap sebagai pesanan untuk diri sendiri,bila kita berpesan dan bercakap,sudah tentu kita yang lebih ingat berbanding dengan orang yang mendengar,terpulang pada setiap insan,tapi belajar cara yang betul,tak salah melawak dalam berdakwah,yang salah bila sampai menjatuhkan air muka seseorang,kalau nak menegur pun biarlah secara ko dan aku,bukan kau dan depan rakan-rakan ko sekali.


Jangan ingat orang kata diri kita jahat kita tak boleh ajak ke arah kebaikan,apa yang kita ajak tu sebenarnya lebih kepada untuk kita sendiri,sekali kita advice dekat orang 1000 kali kita akan ingat.Gunakan cara apa sekali pun asalkan tidak lari dari landasan.

 Cuba tengok macamana ustaz-ustaz dalam ceramah melawak dalam berdakwah,untuk tarik perhatian jemaah dan sekaligus memberi ilmu.



Yang baik dari Allah yang buruk tu dari aku.


P/s: Jangan rasa diri kita superior sangat,bila ditegur nak merajuk nak tarik muka,kalau sensitive sangat pun,merajuk lah kejap2 pastu sedar diri kita salah,terima teguran.













6 comments:

  1. ngeheheee..rasenye cara ajak org semayang direct pon x ape..sbb bnyak kawan sya ibaratnye satu tahun kenal,ari2 teman saya semayang tpi dy xnah semayang..cara lain2,kan..senang ckap je direct.."jom semayang,zohor dah ni"..klo terase,x apelah..mmg tuntutan agama kan semayang tu..:)..yg penting bkn ajak dgn cara bongkak,kan..hehe..sory wak,dah mcm entry plak saya komen kan??hehe..:p

    ReplyDelete
  2. Haha,teman yg dimaksudkan tu mean member yg melepak dengan kawan2 dia yg kita baru kenal member2 dia tu,mesti dia nak jaga air muka depan member2 dia,mmg x salah pn kalau tegas,Saidina Umar memang org yg tegas dan sound direct,entry nie pn bertajuk berdakwah secara lawak@lembut..hehe

    ReplyDelete
  3. nak dakwah kena berhikmah,
    nak ajak kpd perkara makruf ade 3 cara kan,
    mula2 dengan lisan(cakap),kedua tangan (perbuatan) n ketiga dengan hati,yg ni selemah2 iman..kalau mampu cakap direct,bagusla tu.
    tapi biar sesuai pada msa n tempat..contoh bukan time org tu tgh bad mood n x tegur dia dpn org..slow talk dgn dia (berhikmah)

    lagi 1,
    semua manusia tak sempurna,
    tak lepas dari kesilapan,
    tapi kita dianjurkan saling berpesan n menasihati ke arah kebaikan..nak tggu sempurna baru berdakwah,mustahil la =)

    ReplyDelete
  4. ngeheheee..rasenye cara ajak org semayang direct pon x ape..sbb bnyak kawan sya ibaratnye satu tahun kenal,ari2 teman saya semayang tpi dy xnah semayang..cara lain2,kan..senang ckap je direct.."jom semayang,zohor dah ni"..klo terase,x apelah..mmg tuntutan agama kan semayang tu..:)..yg penting bkn ajak dgn cara bongkak,kan..hehe..sory wak,dah mcm entry plak saya komen kan??hehe..:p

    ReplyDelete
  5. izat,i've tagged you in my blogg..tolong promote utk perkongsian bersama..nice to share...insyaallah..syukran jiddan ala maklumatik,,:))

    ReplyDelete
  6. tq cik(cik kan?hahaha)Syuiba,sy dah ziarah balik blog cik :)

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com