Merong Mahawangsa + Penat




Hari ni aku tak dak kelas,so aku plan dengan kawan-kawan aku untuk tengok cerita yang di gah2 kan oleh banyak blogger meleis,antaranya ohmedia,dan blog hiburan yang lain,aku nak tengok hebat sangatkah cerita yang diberi rating 4.5 daripada 5 bintang.

Siap-siap dalam pukul 1 lebih lepas zohor aku bergerak dengan maju jayanya ke stesen sentul timur,naik tren sampai titiwangsa,tukar monorail sampai ke bukit bintang,dah tempah tiket tayangan pukul 2.30 dekat pavillion,tiket murah rm8 jer.Agak-agak sampai tu dah boleh masuk ke dalam wayang,bagi aku selama beberapa jam aku dalam tu(aku tak ingat berapa jam sebab bosan sangat) adalah satu seksaan,dah tak ramai orang yang tengok tadi,seat aku rasa bersepah jer kosong,cerita Merong Mahawangsa ni awal-awal lagi dah spoil dengan suara garau narator yang bila digabungkan dengan soundsystem THX sangat-sangat lah annoying,seperti suara orang yang kahak nya disekat dekat kerongkong.

Aku tak nak ulas panjang-panjang,ye lah,lain padang lain belalang,ada sesetengah orang tu kalau suka cerita tu,keluar-keluar panggung jer terus cakap "IM NO FOUR!!",terbawak-bawak dengan character tu sebab cerita best,aku kalau tengok cerita bukan setakat stun,kalau stun macam tu memang lar semua orang boleh buat,yang penting tu jalan cerita,JALAN CERITA!ini semuanya ko nak harung sekali dalam satu cerita memang lar tak cukup,dengan gelagat Merong nie ala-ala playboy,hadoiyai nak buat lawak slapstik yang tak jadi,aku rasa baik lah hari tu aku tengok cerita Beastly,menyesal tak dengar cakap Bob,aku bukan nak kritik cerita melayu,ada jugak cerita melayu yang best,bukan semua tak best.Apa yang aku boleh senaraikan dekat sini,itu pendapat aku,terpulang lah pada blogger yang lain yang rasa cerita tu best,lain padang lain belalang,semua orang tak sama cita rasa.

1.Teknik kamera yang tak best,Puteri Gunung Ledang lagi best,kalau nak buat cerita dan teknik kamera macam cerita zaman lama-lama,belajar lah dari teknik kamera cerita 300 ke,Indiana Jones ke.

2.Semua cerita nak compile sekali,kejap-kejap nak cerita pasal mak dia,kejap nak cerita pasal dia,kejap nak cerita pasal keturunan dia,kejap nak cerita pasal tok guru dia,nak cerita pasal garuda,last-last semua tergantung,ek ok ek ok ek(effect bunyi barang yang digantung dengan tali).

3.Aku nak tengok tok guru yang baik tu lawan tok guru yang jahat ada ilmu sihir dan its FAIL!,tak dak pun perlawanan antara diorang,ahhhh..sedih betul!.

4.Paling bodoh sekali,bila Merong buat senjata atas kapal tu(aku tak nak cerita nanti spoil,tengok lah sendiri)

5.Kenapa tak boleh buat semua fully bahasa melayu?aku tengok cerita omputih boleh jer harung semua bahasa english,siap cerita 300,tapi semua cakap english,cerita alien,tapi cakap english..apa kes nie?


DAN....last sekali aku rasa patut tukar lar tajuk cerita tu,bukan tukar,just tambah..MERONG MAHAWANGSA DAN TANGKAL AJAIB,hahaha,ala macam cerita Harry Potter and the Deathly Hollow tu,Indiana Jones and The bla bla skull tu.Sebab cerita nie dah macam nak cerita pasal tangkal azimat kebal lar pulak,haish..lari tajuk.


Apa pun tahniah lar,aku pandai kritik jer,ye la aku kan end user,kritik jer la,KRU and other team member yang susah payah nak buat,aku ucap tahniah,terima lah kritikan ikhlas dari seorang orang.TQ,yang lain-lain punya review tu aku tak taw lah,bukan nak kata,diulang BUKAN NAK KATA,benda dah dapat free and orang panggil tengok,mestilah kena puji.tanda nak membalas jasa orang yang menjemput kita,tapi bagi aku,aku bayar tiket tu,so aku cakap jerla apa aku nak kata.


Lastly,aku main bowling tadi dekat Times Square dan buat ke tiga kalinya aku sesat mencari Monorail..kenapalah besar sangat Times Square nie T_T


p/s: aku penat dan nak demam

9 comments:

  1. Star?bila ko cakap baru aku teringat..hurm,untuk effort,satu bintang..satu bintang saja la aku rasa,satu dari 10 bintang.

    p/s: member aku pun yang baru tengok merong mahawangsa tayangan untuk malam,baru jer msg aku cakap dia tertidur,bangun2 dah habis cerita,try tanya dia,aku rasa dia nampak twinkle-twinkle litte star,apasal p/s aku lagi panjang nie..haha

    ReplyDelete
  2. seb bek x try p tgok~ heheheh

    ReplyDelete
  3. Aku dah agak....KRU buat gambar bolehla layan tapi kalau Professor mamak tu buat lagi la mcm sial...

    ReplyDelete
  4. Walaupun nih first time aku post kat blog ko...tp aku sgt stuju dgn komen ko psal merong mahawangsa. Aku dah tgok it is a disaster. Aku post coment at fb merong, dia punya admin delete komen aku..suka2 je. siot tul.

    nih komen aq yg kene reject...

    Sorry to say this; truths are always bitter

    - Positif -

    1. Intro yg menarik dan latar tempat Goa sangat mengagumkan
    2. Jalan cerita tidak membosankan; ada suspen/humor/drama
    3. Syabas Stephen Rahman kerana watak Merong sangat berkesan
    4. Babak Melayu lebih berkesan dari babak Inggeris/Melayu mix Inggeris
    5. Adegan lawak Puteri China dgn dayang dan babak Bahasa Mandarin antara Merong ngan Laksamana sgt berkesan
    6.Beberapa babak lawan pedang harus dipuji
    7. Babak Taji dan Kemawas sgt sgt sgt MANTAP!

    -Negatif-

    1. KeBykan Angle x menarik - Sgt Obvious.. Byk perlu diperbaiki dan diedit..Cameraman amek gmbar jarak dekat(separuh badan).... especially time lawan2 dan semasa perjalanan Merong dr Goa ke tnh Melayu. Ada adegan berlawan dipaparkan di bhgian tepi skrin by which need to be focus ke tgh...

    2. IDEA Pantulan cahaya dari cermin menyebabkan kapal terbakar dan juga anak kapal terjun dgn sgt selamba dan sgt x boleh diterima/sgt x logik

    3.Bulan dlm Merong sama dgn bulan dlm citer Magika dan Cicakman

    4.Babak dayang pura2 mati sewaktu perang sgt antiklimaks

    5. Gavin x berpewatakan dan berkarisma seperti putera Rom lansung. Merong lg layak sbg putera Rom

    6.Aksi suspen yg tak menjadi apabila Puteri cuba melarikan diri dr
    khemah

    7.Tusukan pedang nampak jelas disisip di sisi pinggang dan ada yg
    tidak berdarah

    8.KApal x banyak di pelabuhan time merong tiba di Semenanjung emas
    kapal kecik la...bagi la besar skit

    9.Adunan warna latar masa dan tempat tidak kena dan kadang2 confius samada malam atau siang

    10. Kampung Geruda x cukup menggerunkan..

    11. Pahlawan Melayu kurus keding TP SMGT MEMBARA mnentang musuh..tp sorakan YAY!! lepas menang macam x masuk je...

    12.Adunan bunyi ada semacam x kena di pertengahan citer

    13. Ada Babak yang x sepatutnya dimaksudkan dengan unsur lawak. Part pahlawan langkasuka berpeluk bila askar keMawas + Cina + Rom menyerang sesama mereka

    Kesimpulannya...negatif lg byk dr positif. KOMEN sy sgt ikhlas. Jgn Marah….Apapun ini adalah satu percubaan yg baek dari KRU Studios. Syabas diucapkan. Mungkin ramai yg seperti saya di luar sana yg mnjangkakan sesuatu yg terbaik dan diluar jangkaan, namun maybe due to my very high expectation that this film gonna be WOW!!, ….namun sorry saya terpaksa menyatakan yg sebaliknya. Harap kritikan ini dapat diterima dan membantu pihak produksi di masa hadapan. Rating 1.5/5

    ReplyDelete
  5. Sincerely memang itulah kerja kita sebagai end user,kalau ok kita kata ok kalau tak ok kita kritik,yang buat terpaksa terima kritikan ataupun membalas hujah kita dengan alasan yang boleh masuk akal.

    ReplyDelete
  6. ya aku setuju ngan pendapat korang.. seriously.. utk 8 juta cost dia buat.. x berbaloi langsung effect dia sumer.. aku tgk kat youtube budak indie jer boleh buat effect
    realistic and macam ala guna highend equipment.. bagi aku lah.. kecewa and ramai rakan aku berpendapat merong punya cita macam pirate carribean

    ReplyDelete
  7. Aku dah agak....KRU buat gambar bolehla layan tapi kalau Professor mamak tu buat lagi la mcm sial...

    ReplyDelete
  8. Walaupun nih first time aku post kat blog ko...tp aku sgt stuju dgn komen ko psal merong mahawangsa. Aku dah tgok it is a disaster. Aku post coment at fb merong, dia punya admin delete komen aku..suka2 je. siot tul.

    nih komen aq yg kene reject...

    Sorry to say this; truths are always bitter

    - Positif -

    1. Intro yg menarik dan latar tempat Goa sangat mengagumkan
    2. Jalan cerita tidak membosankan; ada suspen/humor/drama
    3. Syabas Stephen Rahman kerana watak Merong sangat berkesan
    4. Babak Melayu lebih berkesan dari babak Inggeris/Melayu mix Inggeris
    5. Adegan lawak Puteri China dgn dayang dan babak Bahasa Mandarin antara Merong ngan Laksamana sgt berkesan
    6.Beberapa babak lawan pedang harus dipuji
    7. Babak Taji dan Kemawas sgt sgt sgt MANTAP!

    -Negatif-

    1. KeBykan Angle x menarik - Sgt Obvious.. Byk perlu diperbaiki dan diedit..Cameraman amek gmbar jarak dekat(separuh badan).... especially time lawan2 dan semasa perjalanan Merong dr Goa ke tnh Melayu. Ada adegan berlawan dipaparkan di bhgian tepi skrin by which need to be focus ke tgh...

    2. IDEA Pantulan cahaya dari cermin menyebabkan kapal terbakar dan juga anak kapal terjun dgn sgt selamba dan sgt x boleh diterima/sgt x logik

    3.Bulan dlm Merong sama dgn bulan dlm citer Magika dan Cicakman

    4.Babak dayang pura2 mati sewaktu perang sgt antiklimaks

    5. Gavin x berpewatakan dan berkarisma seperti putera Rom lansung. Merong lg layak sbg putera Rom

    6.Aksi suspen yg tak menjadi apabila Puteri cuba melarikan diri dr
    khemah

    7.Tusukan pedang nampak jelas disisip di sisi pinggang dan ada yg
    tidak berdarah

    8.KApal x banyak di pelabuhan time merong tiba di Semenanjung emas
    kapal kecik la...bagi la besar skit

    9.Adunan warna latar masa dan tempat tidak kena dan kadang2 confius samada malam atau siang

    10. Kampung Geruda x cukup menggerunkan..

    11. Pahlawan Melayu kurus keding TP SMGT MEMBARA mnentang musuh..tp sorakan YAY!! lepas menang macam x masuk je...

    12.Adunan bunyi ada semacam x kena di pertengahan citer

    13. Ada Babak yang x sepatutnya dimaksudkan dengan unsur lawak. Part pahlawan langkasuka berpeluk bila askar keMawas + Cina + Rom menyerang sesama mereka

    Kesimpulannya...negatif lg byk dr positif. KOMEN sy sgt ikhlas. Jgn Marah….Apapun ini adalah satu percubaan yg baek dari KRU Studios. Syabas diucapkan. Mungkin ramai yg seperti saya di luar sana yg mnjangkakan sesuatu yg terbaik dan diluar jangkaan, namun maybe due to my very high expectation that this film gonna be WOW!!, ….namun sorry saya terpaksa menyatakan yg sebaliknya. Harap kritikan ini dapat diterima dan membantu pihak produksi di masa hadapan. Rating 1.5/5

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com