Lepas dapat keputusan UPSR yang memberangsangkan,aku dan Pet meneruskan pelajaran di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam,ala sekolah Pak Lah tu(Perdana Menteri),kiranya sekolah hebat-hebat lah kan,kami study sama-sama dan belajar sama-sama,aku main bowling dan dilantik sebagai kapten bowling,Pet jugak main bowling,dia bawah aku sebagai team mate.
Lepas seketika,lebih kurang lepas 3 hari keputusan PMR diumumkan,waktu tu aku dapat 7A1B dan Pet score 8A straight,aku dapat berita yang membuatkan aku rasa sedih,Pet beritahu aku yang dia nak berpindah ke USA dengan keluarganya,waktu tu aku rasa macam kehilangan seorang sahabat,selalu dengan dia lah aku ponteng kelas,lari dari sekolah dan pergi ke cyber cafe pada waktu rehat.
Itu cerita 20 tahun yang lepas,masih terngiang-ngiang lagi dalam ingatan aku,hari ni Pet akan balik ke Malaysia setelah 20 tahun aku tak jumpa dia dan rasanya itu lah kali pertama dia contact aku melalui email,nasib baik aku dan Pet ada buat emel sekali dan aku gunakan emel tu sampai sekarang,Hari ni aku menanti Pet di Lapangan Terbang Antarabangsa Penang,Board dah menunjukkan yang kapal terbang dah pun selamat mendarat,tak sabar aku nak tengok Pet,rindu kawan lama weh!tunggu punya tunggu akhirnya aku nampak kelibat macam Pet dari jauh,Ya Allah!Pet dah berubah,rambutnya panjang dan berskirt!Pet dah jadi bapok!Aku rasa terkejut sangat waktu tu,makin lama makin dekat Pet datang dekat aku,dan terus melewati aku,Pergh..rupanya tu bukan Pet,perempuan mana ntah,Kusssss semangat aku..
Sedang aku terpingga-pingga sambil pegang manila kad yang ada nama Pet,tiba-tiba ada orang tepuk belakang aku,"Assalamualaikum",aku jawab "Waalaikumusalam",sambil menoleh ke belakang,Ya Allah..aku lihat seorang lelaki yang wajahnya sangat bersih,berkopiah dan berjanggut kemas,"PETER!" aku hampir menjerit,dia tersenyum dan aku peluk Pet kuat2,menangis air mata aku bila aku lihat Pet dah memeluk islam dan Peter adalah saudara seislam dengan aku!menangis aku,Pet pun menangis terharu,aku tak sabar nak dengar Pet bercerita tentang dirinya,sangat lama kami tak jumpa,Pet cakap dia akan cerita lepas solat isyak berjemaah nanti.Pet datang bersama-sama anak dan isterinya.
Selesai solat jemaah di rumah banglo mewah 4 tingkat ku yang ada ferrari dan lamborghini itu(aku masih bujang),kali ini Pet yang menjadi imam,sayu bacaannya,hebat hafazannya,sangat mendayu-dayu,aku tersebak-sebak menahan tangisan ,selesai berdoa,Pet buat usrah,aku,anak-anaknya dan isterinya.Pet mulakan usrah dengan Bismillah dan Al-Fatihah,aku tersenyum waktu tu,Pet menceritakan yang dia mula tertarik dengan islam waktu belajar di High School di Massachusetts,dia tertarik dengan ukwah islamiah yang sangat rapat antara mereka,dia juga menceritakan yang pada mereka yang di negara dia dulu ramai orang islam dan dia pun ceritakan sikit-sikit tentang islam di negara Malaysia pada mereka,sedikit demi sedikit,lama-lama Pet tertarik dengan islam lebih mendalam,dia cuba mendekati mereka dan diterima dengan hati terbuka,genap umur Pet 18 tahun,Allah beri hidayah pada dia dan dia mengucapkan Kalimah Syahadah di Masjid bersaksikan rakan-rakan Pet di sana,Pet juga ceritakan macamana cabaran rakan-rakan islam disana,mereka sentiasa bersama tak kira susah dan senang.
Alhamdulillah,Pet kata dia sekarang merupakan Fellow di Universiti of Massachusetts dan merupakan Ketua Dakwah Islamiah di sana,ramai anak-anak muda yang telah diislamkan oleh nya,pertubuhan islam di sana sangat aktif,Pet juga kata yang media massa sebenarnya tak berani nak dedahkan yang sebenarnya sudah ramai orang-orang kafir yang telah peluk islam,Pet juga cakap orang-orang disana sangat curious dan ingin mengetahui tentang islam,dan Pertubuhan Dakwah Islamiyah yang diketuai Pet banyak membuat ceramah -ceramah islamiah,waktu tu ramai yang bukan islam datang untuk mendengar dan ada yang on the spot mendapat hidayah dari Allah,mengucapkan syahadah di atas pentas,aku sungguh teruja,Pet juga cakap,ceramah islam di sana tak sama dengan di Malaysia,Malaysia tak dak pun orang yang bukan islam datang join,tapi disana semuanya datang dengan penuh perasaan ingin tahu,sambil menangis aku titiskan air mata,aku dah tak rasa malu dengan isteri dan anak-anak Pet,bagi aku ini adalah sesuatu yang sangat besar dalam hidup aku dan Pet sepanjang kami bersama.
Tiba-tiba Pet diam,dengan wajah yang kesal dan sedih Pet bersuara :
"Sahabatku,aku kesal,aku sedih dengan kau"
Aku tercengang..dalam hati aku berkata "awat pulak dah.??"
Pet menyambung :
"Selama kita berkawan,selama kita bersama sejak dari darjah 6 dahulu,dan sewaktu kita bersama di Pasific Mall bermain bowling,kenapa engkau tidak pernah mengajaku bahkan tidak pernah menceritakan kepadaku tentang manisnya Islam?"waktu engkau pergi bersolat setiap kali,kenapa engkau tidak pernah mengajaku?tidak pernah menceritakan kepadaku apa itu solat?apa itu Allah?aku hanya mampu melihat sambil tertanya-tanya,beginikah yang dikatakan sahabat?adakah engkau seorang yang ingin masuk syurga dan engkau ingin melihat sahabat baikmu di dalam neraka terpakai-kapai?,kenapa engkau tidak mengajaku kesyurga bersamamu,inikah nilai sahabat kita?"
O MAI!Ya Allah..terkedu aku,terdiam aku,terpaku aku dibuatnya,betul apa yang Pet kata,selama nie aku tak pernah pun berdakwah tentang islam kepadanya,selama ni aku tak pernah pun mengajak nya untuk mendengar ceramah,selama nie aku tak pernah pun terfikir semua ini!apakah aku patut digelar sahabat kepada rakan ku ini?Ya Allah,menangis aku tersedu-sedu,aku bersalah wahai sahabat,aku lupa!aku lupa tanggungjawab aku sebagai seorang khalifah dan pendakwah,aku lupa untuk berdakwah kepada orang yang aku sayang,kepada orang yang paling rapat dengan ku,Ya Allah,Maafkan aku Peter,maafkan aku Ya Allah,aku pentingkan diri sendiri,aku tak pernah menegur Pet selama ini.
Aku memohon maaf dengan Pet,aku menangis sambil memeluk erat Pet,Pet pun memaafkan aku dan aku berjanji aku akan ikut Pet berdakwah tak kira siang atau malam tak kira dengan apa cara sekalipun,aku hampir kehilangan sabahat aku di dunia ini sebab pentingkan diri sendiri,maafkan aku Ya Allah.
p/s:Cerita nie tak dak kena mengena dengan aku,aku saja karang berdasarkan cerita-cerita yang aku baca,aku tak dak banglo 4 tingkat,aku tak dak ferrari aku tak dak lamborghini,semuanya hanyalah rekaan semata-mata melainkan aku dapat 7A dan aku masih bujang,tu memang betul tu!,hahaha..

rasa cam penah baca cite ni..tp x sure kat mn....nice,anyway...=)
ReplyDeleteampehhh....
ReplyDeletebest3...^_^ still bujng? y? xjupe mrs right lgi ke? moga cepat jodoh!
ReplyDeletebest3...^_^ still bujng? y? xjupe mrs right lgi ke? moga cepat jodoh!
ReplyDelete