[B.U.M.P] Jangan Bersedih, Engkau Akan Mendapatkan Pasangan
This BUMP(Bring Up My Post) from my old post entry is to answer the question from tubelawak and cik epal thread
Jangan Bersedih, Engkau Akan Mendapatkan Pasangan
Sahabatku, diriwayatkan bahawa seorang wanita bernama Ummu Mahjul adalah seorang
pelacur. Dia biasa melayani lelaki dengan syarat lelaki itu memberikan wang sebagai
imbalan kepadanya. Kemudian, ada seorang dari kaum muslimin yang ingin mengahwini
wanita itu dan ia pun menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Maka turunlah
ayat ini : "…dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang
berzina atau lelaki musyrik. "
QS An-Nuur : 3
HR. Ahmad dan An Nasa’i
Sahabatku, alangkah benarnya penafsiran yang diungkapkan tentang ayat ini bahawa
seorang fasik yang buruk yang biasa berbuat zina, tidak tertarik untuk menikah dengan
wanita baik-baik. Akan tetapi, ia hanya ingin menikahi wanita fasik yang berbuat buruk
seperti dirinya atau wanita musyrik. Wanita fasik yang berbuat buruk tidak tertarik untuk
dinikahi oleh lelaki baik-baik dan mereka pun lari darinya. Orang yang tertarik untuk
menikahinya adalah lelaki yang satu perangai dengannya, iaitu sesama fasik dan musyrik.
Kaedah ini berlaku bagi kebanyakan orang, meskipun tidak menutup kemungkinan
sebaliknya, seperti yang dikatakan orang, ‘Hanya orang yang bertakwa yang melakukan
kebaikan, tapi ada orang yang tidak bertakwa yang melakukan kebaikan.’ Demikian juga
dalam kejadian ini.
Oleh kerana itu, wahai sahabatku, untuk apa engkau membangkitkan auratmu di depan
umum? Untuk mendapat temanmu? Untuk mendapat suamikah? Bukankah membangkitkan
aurat di depan umum itu perbuatan zina? Apakah engkau ingin mendapatkan suami / isteri
yang buruk perilakunya sama dengan kelakuanmu? Bukankah engkau menuntut kebahagiaan
sempurna? Lihatlah pasangan hidup yang perilakunya sama-sama buruk, rumahtangga
mereka tidak dapat bertahan lama!
Jangan bersedih andai diri pernah terlanjur melakukan dosa,sesunguhnya manusia tak akan pernah lari dari dosa,ingatlah dosa yang kita lakukan semuanya disebabkan kebodohan diri sendiri,insaf dan nekad kan hati untuk berubah,sesungguhnya Allah sayang akan hambanya yang kembali padaNya.
Jangan bersedih sahabat,pintu taubat masih lagi terbuka selagi tiupan sangkakala tidak kendengaran,bukan juga bermaksud harus kita lengah-lengahkan diri kita untuk bertaubat,ingat,mati ada lah pasti,tidak akan terlewat walau sesaat.
Wahai sahabatku, yakinlah dengan janji Allah bahawa engkau akan di beri pasangan
terbaik jika engkau beriman dan bertakwa padaNya. Dan adalah Allah tidak pernah
sedikit pun menyalahi janjiNya sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Disclaimer
Terima Kasih
Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.
©www.izat.blogspot.com
©www.theizat.com

betull.. selagi namanya manusia.. kita takkan lari dari melakukan kesilapan..
ReplyDelete