Salah Guna Sumpah


Dalam islam tiada penggunaan bersumpah untuk urusan yang melibatkan rogol,zina dan liwat melainkan para isteri yang mengadu kepada Hakim yang dia telah diliwat oleh suaminya(dibenarkan untuk bersumpah).



Zina,Rogol dan Liwat adalah satu tuduhan yang besar terhadap seseorang tanpa memanggil saksi(qazaf) menurut syarak adalah satu tuduhan yang boleh melibatkan salah faham antara satu sama lain,pengakuan dan sumpah sahaja tidak cukup untuk membuktikan bahawa dia bersalah atau pun tidak,tiada sumpah dalam islam melainkan sumpah hanya untuk Allah dan Rasululnya bagaimana Sumpah Baiatul Ridhwan yang mana para sahabat bersumpah atas jalan Allah.
Sumpah hanya ada dalam urusan yang bukan jenayah di atas, yang pembuktian hanya dilakukan melalui penyaksian atau pengakuan

Andainya dibenarkan sumpah dalam urusan qazaf, nescaya akan binasalah masyarakat, apabila seseorang wanita atau lelaki yang khianat atau berniat jahat kepada seorang imam, sanggup bersumpah dengan nama Allah :

"Saya bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang Imam ini telah merogol saya di sekian sekian tempat dan waktu"

Dan tanpa menggemukakan saksi akan membuatkan keyakinan kita kepada imam ini semakin punah dan penilaian yang kita buat akan menyebabkan orang yang tidak bersalah menanggung kesalahan,sebab itu lah islam adalah agama yang tegas dan kita haru faham sepenuhnya tentang agama islam sebelum melakukan sesuatu yang bidaah,haram dan  yang tidak sepatutnya.

Harus kita ingat bahawa bukan semua manusia takut kepada Allah,ada yang bertopengkan syaitan yang sanggup bermain dengan sumpah semata-mata untuk kepentingan diri dan untuk menyelamatkan diri,bagi yang penakut pulak akan bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak melakukan kesalahan itu,tapi dalam hati masih memikirkan yang Allah itu Maha Pengampun dan mengharapkan Dia untuk mengampukan dosa kerana menipu dengan nama Dia.

Dr Yusuf al-Qardhawi menjelaskan tiadanya sumpah dalam urusan qazaf, bermakna inilah panduan syarak yang perlu dipatuhi oleh umat Islam.

Ini lah yang akan jadi jika kita dengan senang lenang untuk bersumpah,manusia akan menggunakan sumpah ini untuk menjatuhkan maruah manusia yang lain demi kepentingan diri,sedangkan agama Allah pun sanggup diingkari dengan minum arak,berzina,rasuah dan salah guna kuasa apatah lagi cuma hanya perlu menyebut 3 perkataan sahaja,bagi mereka,ini adalah terlalu senang untuk menjatuhkan orang islam yang lain sebab dengan hanya 3 perkataan ini,mampu membuatkan seluruh umat islam percaya.

Harus kita ingat,yang kita minta untuk menjadi saksi tu bukan kroni kita,bukan juga manusia serta binatang,tapi Allah,kita minta Allah untuk jadi saksi kita,tak takut kah dengan bala yang Allah akan bagi kiranya kita menipu dalam bersumpah?

Entry kali nie bukan untuk membela sesiapa tapi hanya untuk menerangkan konsep dan penggunaan sumpah,bukan boleh main-main dengan sumpah atas nama Allah,jangan sampai sumpah makan diri,bukan saja diri,takut balanya datang satu negara musnah,Wallahualam..







9 comments:

  1. wow.. perkara mcm ni mmg patut dititik beratkan..

    ReplyDelete
  2. sekang macam2 yg timbul dan yg paling sedih ia disalhagunakan..T T

    hope semua org lebih peka mana yang betul mana yg salah..

    ReplyDelete
  3. Salam...berani kerana benar....tetapi sumpah bukan perkara mainan...wallahu'alam...

    ReplyDelete
  4. TAK PAHAM! dah tu nak guna sumpah tu macam mana?

    ReplyDelete
  5. informasi yang bagus. :)

    ReplyDelete
  6. betul tu.. zaman sekarang dah berubah.. menyesatkan adalah..

    ReplyDelete
  7. sumpah bolih makan diri..!

    ReplyDelete
  8. yang suka bersumpah macam sumpah-sumpah,
    senang bertukar warna~~~~~

    ReplyDelete
  9. TAK PAHAM! dah tu nak guna sumpah tu macam mana?

    ReplyDelete

Jangan takut nak komen,aku bukan makan orang pun..hahah

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com